BOOK REVIEW 1: DETIK-DETIK DIRI DI DAERAH DAIF
MENGENAI BUKU INI:
Novel ini menyingkap pengalaman dan liku-liku hidup seorang sasterawan Negara secara jujur dan berterus terang. Sikap hidup masyarakat Banggol Dedap yang daif tetapi kaya dengan semangat bergotong royong membawa suatu nostalgia yang manis dan mengharukan penulis. Autobiografi ini adalah tunjang daya kreativiti Shahnon di mana setiap hasil karyanya dapat di singkap dalam autobiografi ini.
ULASAN
Alhamdulillah dapat habiskan membaca autobiografi karya shahnon Ahmad ini.Kebanyakkan apa yang diceritakan beliau mengingatkan kembali aku semasa kanak-kanak.Walaupun zaman kanak-kanak aku adalah pada tahun akhir 60an sedangkan beliau sekitar zaman 40an tapi masih banyak yang sama.Lokasinya berbeza beliau di utara tanah air sedangkan aku di selatan
keistimewaan shahnon yang aku kagumi ialah dia berjaya membawa dan menyingkap sesuatu perkara itu dengan sedetail-detailnya hatta kalau dia bercerita pasal bisul yg bernanah boleh membuatkan aku nak termuntah dan tak lalu makan
Satu lagi keistimewaan shahnon ialah dia berani menyingkap hal-hal yang agak personel dan sulit sehingga hal-hal di dalam kain lelaki dan perempuan secara berkias.Bagi orang yang dah lama hidup dalam alam berumahtangga tidaklah sukar untuk memahami apa yg dikiaskan oleh beliau hahaha..terasa lucu dan kadang-kadang menaikkan semula semangat jantan aku hehe
Ulasan
Catat Ulasan