BOOK REVIEW 2: Siapa Kita 10 Tahun Lagi


MENGENAI BUKU INI:

 Siapa Kita Sepuluh Tahun Lagi?

Adakah kita akan menjadi seorang pengurus?
Adakah kita akan tetap menjadi seorang kerani?

Adakah kita akan menjadi individu yang lebih berjaya daripada hari ini?

Pilihan semestinya ada di tangan kita. Janganlah hanya memandang hari esok! Barangkali hari esok sama seperti hari ini dan hari lusa sama juga dengan hari esok.
 Jadi, marilah kita berfikir sejenak apa yang kita mahukan di dalam kehidupan ini. Perlu diingat bahawa kehidupan yang kita jalani ini hanya sekali sahaja. Ia tidak akan berulang kembali. 
Buku ini mengandungi pelbagai cadangan yang bakal membangkitkan rasa dan kehendak anda untuk berjuang ke arah kecemerlangan masa depan anda. Bermula dengan pertanyaan penting iaitu ‘Siapakah diri kita pada masa depan?’, buku ini cuba merungkai jalan-jalan yang sepatutnya dilalui secara nyata dan benar demi untuk mencapai kecemerlangan pada masa depan sebelum ditutup oleh satu lagi pertanyaan penting iaitu ‘Apakah yang bakal kita wariskan kelak kepada anak cucu kita?’
 Kesimpulan yang dapat di buat di sini ialah di dalam hidup ini, janganlah asyik memandang keseronokan atau hanya memikirkan mengenai hari esok sahaja. Fikirkan masa depan yang lebih jauh lagi seperti sepuluh tahun atau dua puluh tahun lagi.
 Oleh itu, marilah berusaha untuk mengelakkan kesukaran hidup pada masa depan dengan cara berusaha dengan lebih gigih lagi pada masa sekarang. Ini boleh dilakukan dengan memikirkan mengenai, ‘Siapa Kita Sepuluh Tahun Lagi?'

ULASAN 
Idea-idea yang biasa kita dengar walau bagaimanapun pengarang berjaya mengupas dengan baik dan contoh2 yg releven .tahniah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT