MENCARI UDARA SEGAR DAN NYAMAN

 


Petang tadi aku berlari solo di Pantai Klebang mencari udara segar.Kes covid-19 hari ini mencecah paras tertinggi iaitu 8290 kes dengan kematian 61 orang.Hari ini juga jam 8.00 mlm semasa berita perdana kerajaan telah mengumumkan 'total lockdown' di mana semua sektor ditutup kecuali sektor yang penting seperti kawalan keselamatan, pembersihan sahaja

PKP penuh ini akan bermula 1 jun hingga 14 Jun 2021.Untuk perincian  sektor Pendidikan akan diumumkan oleh KPM dalam  sedikit masa lagi.Kalau ikut jadual awal sekolah akan bermula pada 14 jun tapi .nampak gayanya sekolah tidak akan dibuka lagi gamaknya.Oleh itu PdPR adalah alternatif yang ada.Maka dengan itu PdPR ini perlu dimantapkan dan diatasi segera masalah-masalah yang ada.Jika tidak anak-anak akan menjadi mangsa ketinggalan (lost generation).Ini akan merugikan negara bangsa dan agama.

Semua ini adalah ujian dari tuhan kepada hambanya."Nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"(Al Rahman) .Ayat ini diulang sebanyak 31 kali.Di masa wabak ini banyakkanlah bertadabbur al Quran dan menginsafi dosa-dosa yang dilakukan.Allah berfirman yang bermaksud: "Telah zahir kerosakan di daratan dan lautan dengan sebab tangan-tangan manusia". Aku yakin pandemik ini berlaku asbabnya adalah kerosakan yang dibuat oleh manusia sendiri.maka manusia jugalah yang akan menerima akibatnya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT