Motivasi: Perancangan Hari Tua
Tempoh persaraan aku jika umur panjang tinggal lagi 7 tahun. apakah dengan pencen cukup untuk menampung kehidupan pada tahun 2025 itu nanti. sudah semestinya kos hidup ketika itu semakin tinggi.Kadar inflasi semakin meningkat.
Kos untuk menjalani kehidupan masa itu semakin tinggi. Aku pun tidak pasti siapakah nanti yang akan menjaga aku semasa tua..Tidak dapat dijangka anak yg manakah yg nanti yg akan berbakti kepada aku sebagai bapanya.Jangan difikirkan sangat perkara ghaib seperti ini kerana boleh menggangu fikiran.Allah yg mengaturnya nanti. Aku berdoa agar aku tidak dipinggirkan oleh anak-anak atau dihantar ke rumah orang tua-tua.
Sebagai persediaan aku perlu merangka bajet kehidupan masa tua nanti. Tidak boleh menyerahkan kepada nasib sahaja. Oleh itu plan persaraan perlu dibuat dari sekarang walaupun aku belum pasti adakah boleh sampai ke umur persaraan. Insyaallah jika ditadirkan umur panjang bagaimana aku nak hidup ketika itu dalam keadaan biasanya penyakit adalah menjadi kawan karib. Jadi dari sekarang perlu menjaga pemakanan dan riadah mudah-mudahan sihat sehingga ke hari tua
Tidak semena2 petang tadi ketika nak hantar Khairul balik ke asrama kami didatangi oleh seorang tua yg berkopiah meminta sedekah. Dalam hati aku berdetik mungkin Allah hantar org tua ini untuk menguji aku . Aku memberinya RM10 dan dia berdoa panjang untuk aku dan keluarga. Antara doanya dia memohon aku dan keluarga diberi kesihatan dan umur yg panjang.Didoakan aku umur sehingga 90 tahun .Wauuu!Aku mengaminkannya hehe.Dia pesan jaga makan dan jangan makan 'kentucky' sambil dia tersenyum. Dia mengucapkan salam dan berlalu.(Artikel ini ditulis pada 29 April 2018- Salin dari blog lama)
Ulasan
Catat Ulasan