10 kerjaya bakal jadi pilihan, popular pasca COVID-19
KUALA LUMPUR: Pandemik
COVID-19 bukan sahaja mengubah aktiviti harian penduduk dunia, malah turut
mengubah landskap kerjaya manusia hampir secara keseluruhan.
Istilah work
from home (WFH) mungkin sebelum ini tidak begitu popular sehingga
bertapaknya wabak pembunuh virus SARS-CoV-2.
Dengan adanya
pelbagai teknologi terkini, tugas-tugas yang dahulunya hanya boleh dilakukan di
tempat kerja kini telah dapat dilakukan bukan sahaja di rumah, malah di
mana-mana sahaja kita berada.
Memetik
laporan World Economic Forum, berikut adalah 10 kerjaya yang bakal
menjadi pilihan utama orang ramai pada fasa pasca COVID-19.
1. Fasilitator
Sebelum tahun 2020,
dianggarkan kurang daripada lima peratus individu yang bekerja dari rumah.
Namun kini, ekoran
penularan pandemik itu, trend tersebut berubah sehinggakan kerjaya ini dilihat
bakal menjadi rebutan utama rakyat dunia.
2. Perundingan
kecergasan
Tempoh lockdown yang
berpanjang dan tiada kesudahannya, menyebabkan ramai berdepan dengan masalah
berat badan.
Manakan tidak,
aktiviti seperti hiking dan sukan secara berkumpulan tidak
dibenarkan.
Maka, sebagai
langkah pintas, orang ramai sanggup membayar perunding kecergasan yang mana
pemantauan boleh dijalankan secara dalam talian sahaja. Mudahkan?
Malah Indeks
Pekerjaan Cognizant of the Future (CJoF) mendapati, jumlah
mereka yang menceburi kerjaya itu meningkat kira-kira 28.7 peratus pada suku
pertama tahun ini.
3. Pereka hiasan
dalaman
Memandangkan
pergerakan orang ramai kini terhad, apatah lagi memikirkan mengenai percutian
dan terpaksa menghabiskan sebahagian besar dari masa terluang di rumah.
Orang ramai kini
sanggup mengeluarkan kos tinggi bagi menjadikan rumah mereka bak 'istana'.
Justeru individu yang dicari tentukan pereka hiasan dalaman.
4. Kaunselor
program XR Immersive
Dengan menggunakan
teknologi Realiti Maya (VR) dan Realiti Luasan (AR), program XR Immersive kini
semakin mendapat perhatian majikan untuk menjadikan pekerja mereka lebih
produktif.
5 Arkitek tempat
kerja
Arkitek kini
mungkin akan lebih futuristik memikirkan persekitaran tempat kerja yang kini
lebih menekankan konsep WFH.
Maka bangunan atau
pejabat tempat kerja kini barangkali memerlukan pengubahsuaian berskala besar.
6. Editor algoritma
Gaya hidup
bersandarkan norma baharu yang sebahagian besar kerja atau pembelajaraan bermodulkan
secara dalam talian, jadi kerjaya ini difikirkan amat relevan dalam memfokuskan
usaha untuk memahami algoritma di media sosial.
Antara fokus
algoritma adalah untuk komuniti pada tahun depan di samping memperluaskan
jaringan tersendiri.
7. Detektif Data
Ia adalah satu
kerjaya yang berkembang pesak sejak pandemik ini.
Kerjaya ini
menyaksikan peningkatan kira-kira 42 peratus pada suku tahun pertama tahun ini.
Di samping itu,
mereka juga membantu syarikat dalam menyiasat data besar.
8. Pakar Peramal Siber
Menyedari pelbagai
bentuk serangan siber, permintaan terhadap kerjaya itu meningkat sehingga 28
peratus pada suku pertama tahun ini.
Kerjaya ini penting
dalam membuat ramalan terutamanya kepada syarikat untuk mengatur keupayaan
pengoperasian.
9. Arkitek tidewater
Perubahan iklim
menyebabkan kenaikan permukaan air laut. Menyedarinya, projek-projek berskala
besar muncul sejak kebelakangan ini dan menjadi antara kerjaya paling popular
abad ke-21.
Malah indeks CJoF
turut mendedahkan permintaan untuk kerjaya ini meningkat sehingga 37 peratus
pada suku tahun pertama tahun ini.
10. Juruteknik
robot
Peningkatan ke atas
penggunaan robot menggantikan manusia di tempat kerja menyebabkan permintaan
terhadap kerjaya ini meningkat sehingga 50 peratus pada suku pertama tahun ini.
Bayangkan
permintaan kerjaya ini pada masa-masa yang akan datang.

Ulasan
Catat Ulasan