APA YANG MENARIK HONDA ADV NI?
Aku rasa ramai yang sudah tidak sabar menantikan kehadiran skuter kembara cilikHonda ADV 150 yang sekarang telah memasuki pasaran Malaysia.Tapi kena booking bro.Setakat tarikh posting ini ditulis telah ada di Melaka dalam 40 buah.Pasaran Indonesia telah masuk sejak 2019 lagi.Maklumlah diaorang motor lebih laris dari kereta
Tidak perlu bercerita dengan lebih panjang, mari kita tengok beberapa ciri penting yang bakal buat anda rasa teruja untuk sambar Honda ADV 150.
1. Sistem gantungan ala offroad
Dengan jarak lega bumi 165 mm dan tayar semi dual purpose tanpa
tiub yang lebar (110/80-14 depan, 130/70-13 belakang), ia bukan sahaja nampak
agresif, malah memang boleh digunakan untuk aktiviti off-road yang ringan.
2. Mudah untuk dikawal
Honda ADV 150 menggunakan rekaan bar hendal tapered ala motocross yang bukan
sahaja lebar, malah ia juga memudahkan penunggang untuk mengawal jentera ini
dengan lebih baik.
Struktur bar yang togel itu juga membolehkan pemilik untuk memasang
aksesori yang lain, seperti contoh kamera aksi, pemegang GPS dan sebagainya.
Selain daripada itu, cermin hadapan juga boleh dilaras pada dua
kedudukan yang berbeza, Ini bermakna, rider dengan fizikal badan yang tinggi
juga boleh mendapat perlindungan ketika tunggangan.
3. Ruang kargo memadai
Antara kelebihan yang ada pada skuter berbanding motor kapcai adalah ruang
kargo yang memadai untuk meletakkan apa jua barang tanpa perlu risau akan
kecurian, atau basah akibat cuaca Malaysia.
Untuk ADV 150, ruang bawah tempat duduk adalah sebesar 28 liter yang
boleh memuatkan satu helmet open face dan juga baju hujan.
Selain daripada itu, terdapat juga soket 12V yang terdapat di bawah bar
hendal untuk kegunaan pengecasan peranti elektronik, atau aksesori yang lebih
penting seperti pam udara tayar.
4. Panel LCD
Sama seperti abangnya X-ADV 750, Honda ADV 150 yang kecil itu turut didatangkan
dengan paparan panel LCD yang tidak berwarna, akan tetapi segala informasi yang
dipaparkan amat mudah untuk dilihat.
Susun aturnya juga kemas, di mana segala logo-logo notifikasi diasingkan
dalam satu bar di bahagian yang berasingan.
5. Enjin Mesra Alam Euro 4

Honda ADV 150 datang dengan enjin mesra alam yang memenuhi piawaian pelepasan
emisi Euro 4, di mana enjin 149.3 cc sejukan cecair eSP dengan bantuan PGM-FI
itu mampu menghasilkan angka output 10.9 kW dan daya kilas 13.8 Nm.
Kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 8 liter dan dengan ciri
Idling Stop System, Honda ADV 150 mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan
api yang sesuai untuk kegunaan seharian.
6. Ada sistem kecemasan ESS dan ABS!
Sebagai sebuah skuter moden, Honda ADV 150 turut lengkap dengan ciri-ciri keselamatan
seperti Emergency Stop Signal dan ABS.
Sistem Emergency Stop Signal bermakna bila brek
mengejut dilakukan, lampu kecemasan akan dihidupkan secara automatik. Sementara
sistem brek cakera dengan angkup Nissin depan belakang dengan petal
disc itu juga lengkap dengan ciri ABS.
Skuter adventure untuk urban ini dijangka akan mengalami peningkatan harga kerana permintaan yang banyak sehingga kena booking dalam 2-3 bulan.Pada tahu hadapan dijangka harganya mencecah RM15K.Yang berminiat jangan tunggu lama-lama.Nanti hubungi saya kita boleh ride sama-sama, jalan-jalan cari makan atau konvoi lepas PKP nanti Insya Allah Taala
Ulasan
Catat Ulasan