Azan jumaat yang mengelirukan

 




Di antara hikmah dikemundangkan azan yang pertama pada hari jumaat adalah untuk mengingatkan kaum muslimin supaya segera ke masjid dan tinggalkan semua aktiviti seperti yang jelas dalam ayat di atas

Apabila berlaku PKP seperti sekarang ini  bilangan had jamaah telah di hadkan ada masa 100, ada masa 50, ada masa 12 orang mengikut ketetapan negeri-negeri.Alangkah baik supaya tidak mengelirukan masyarakat pihak AJK masjid misalnya tidak payah melaungkan azan yang pertama lagi supaya kaum muslimin faham bahawa solat jumaat telah 'cukup koata'.Tidaklah orang perlu bergegas ke masjid seolah-olah koata belum cukup lagi.Para jemaah yang bertuah dapat hadir dan dipilih untuk solat Jumaat hari itu  boleh terus mendirikan solat dengan memulakan azan kedua dan diikuti dengan khatib membaca khutbah seperti mana biasa'.

Maksud ayat 'diseru' dalam ayat di atas tidak semestinya bermaksud dilaungkan azan.Boleh dengan berbagai cara seperti mengeluarkan senarai nama yang dapat hadir pada hari jumaat itu dan sebagainya

Ada kawan merungut "panggil orang solat (azan pertama) tapi bila sampai masjid tak boleh masuk kerana dah cukup koata.". Betul jugak tu..Bukankah perkara-perkara teknikal seperti ini sepatutnya cerdik pandai agama boleh memikirkan dengan melakukan perubahan mengikut situasi masa sekarang dan keadaan sekarang.(kaedah fiqh perubahan hukum mengikut perubahan masa dan tempat).Cerdik pandai agama kena berani berubah atau membuat perubahan perkara-perkara ranting dalam soal fiqh kerana perkara ini diizinkan.

Kita hidup di zaman yang berbeza dari zaman ulamak-ulamak yang terdahulu.mereka tidak pernah mengalami pandemik covid-19 ini.Jadi ulamak-ulamk sekarang perlu memerah idea untuk mengeluarkan kaedah-kaedah fiqh ataupun menyusun peraturan dan adab-adab dengan menyesuaikan perkara-perkara yang sedia ada yang ditulis oleh orang terdahulu dengan situasi semasa yang ada sekarang.Bukankah fiqh itu sendiri bermaksud kefahaman jadi kenapa takut nak ubah hal-hal yang berkaiatan adab dengan solat jumaat 

Ini sekadar curahanrasa sahaja .Tuan/puan boleh  bersetuju untuk tidak bersetuju.Sila tinggalkan komen di bawah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT