BOOK REVIEW 6: MAHABBAH
Membaca Mahabbah, novel terbaharu Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, terkesan bahawa novel ini memberi kelainan daripada novel-novelnya yang terdahulu dan daripada novel-novel yang dihasilkan oleh novelis yang lain. Ia tidak sahaja memaparkan cerita, malah mengejutkan pembaca dengan beberapa kelainan sehingga sebahagian dari penting yang mengidentifikasikan dan memantapkan sesebuah novel telah dianggap tidak penting dan dirombak dalam Mahabbah.
Kelainan persembahan Mahabbah mempunyai hubungan yang erat dengan pemusatan cerita tertumpu pada perjalanan minda ikon Endar sahaja. Ikon lelaki tua yang mengalami serangan penyakit Myasthenia Gravis sehingga melumpuhkan anggota badannya dan terlantar di perbaringan hanya berupaya menggerakkan mindanya pada dua persoalan yang utama: Bangsanya yang berpecah dan bertelagah serta dirinya yang telah bersedia untuk meninggalkan alam fana dan berpindah ke alam barzakh.
ULASAN AKU
Membaca buku ini memerlukan kesabaran yang tinggi.Sudah beberapa minggu aku membacanya tidak juga habis-habis.Bukan kerana ketebalannya tetapi pengulangan cerita dalam setiap bab menyebabkan aku rasa bosan..Baru 2 muka surat sahaja aku sudah tidak mampu meneruskannya.
Cerita berkisar mengenai Endar yang telah lumpuh anggota tubuhnya tapi masih bersemangat dan perihatin dengan sekelilingnya.Perihatin terhadap apa yang berlaku dalam masyarakatnya seperti pergolakakan politik yang diumpamakan seperti 2 batang sungai yang tidak akan bersatu walau keduanya menuju ke tempat yang sama iaitu muara.Begitu juga dengan kebobrokan masyarakat dengan rasuah ,penindasan dan sebagainya tetap difikirkan oleh Endar walaupun dia tahu dirinya tidak lama lagi akan dipanggil Ilahi
Semua jasadnya sudah tidak berfungsi lagi kecuali hati dan mindanya namun 2 anggota ini tetap digunakan untuk menyelesaikan masalah masyrakatnya.Inilah kebijakan Shanon dalam menyentuh hati nurani pembaca betapa kita tetap boleh menyumbang kepada masyarakat dengan menggunakan kudrat yang ada
Endar akhirnya menyerahkan segalanya kepada Ilahi.Apa yang dicari sekarang adalah mahabbahnya dengan Allah kerana hidup ini adalah perjalanan yang akan tiba juga noktahnya.Hidup ini hanyalah perpindahan antara satu solat dengan solat yang lain dalam mengabdikan diri sebagai hamba Allah.

Ulasan
Catat Ulasan