BOOK REVIEW 4- SEMUA ADA SAATNYA

 
Hidup itu tidak selamanya serius. Hidup ada saat-saat senggang, walau hanya sebentar. Tujuannya agar hidup selalu bergairah, termotivasi dan tidak bosan memulai hari-hari panjang yang monoton. Itulah sebabnya ayat-ayat dalam Al-Quran pun tidak semuanya berisi perintah atau larangan semata, tetapi juga ada selingan-selingan cerita ringan untuk menjadi pelajaran. Bahkan surat Yusuf itu turun berawal dari permintaan sebagian sahabat yang merasa lelah dengan beban-beban syariat. Lalu, Allah menurunkan cerita Yusuf secara panjang lebar.

Karena memang begitu, tabiat manusia cenderung ingin santai. Agamapun tidak melarang seorang untuk menghadirkan suasana santai dalam aktivitas beratnya. Yang salah adalah ketika waktu serius dipakai bercanda dan waktu bercanda dipakai serius.

Buku “Semua Ada Saatnya” ini mengajak pembaca untuk lebih menikmati hidup dengan membaca kisah-kisah menarik dan santai yang sangat menginspirasi dan memberi semangat. Tentu agar stamina spiritual Anda selalu terjaga. Tak pelak buku ini layak Anda baca untuk menemani waktu santai Anda.

ULASAN AKU

Kisah-kisah yang dipaparkan memberi pengajaran dan pedoman kepada pembaca.Hakikatnya hidup ini bukan penumpuan kepada satu-satu perkara hingga mengabaikan hak-hak yg lain.Sesuai dgn mafhum hadis yg bermaksud: Kepada tuhan engkau ada tanggungjawab, ke atas diri engkau sendiri ada tanggungjawab, ke atas ahli keluarga engkau juga ada hak dan tanggungjawab maka tunaikan atau laksanakan ke atas setiap yang mempunyai hak akan hak-haknya.

Para sahabat sangat memahami konsep ini sehingga ada yang merasa mereka telah munafiq kerana semasa berada bersama rasulullah mereka sangat mengingati Allah sehingga ada yg mengalirkan air mata kerana insaf tetapi setelah balik ke rumah masing2 mereka ketawa dan bersantai-satai seolah-olah melupakan Allah.saidina Umar menerangkan kepada sahabat tersebut bahawa sekiranya engkau sentiasa seperti berada di dalam majlis rasulullah nescaya para malaikat akan menghulurkan tangan berjabat denganmu kerana memang menjadi nature bahawa setiap perkara ada saatnya ada saat untuk ibadat, ada saat untuk rehat dan bersenda gurau yg tidak melampau dan lain-lain2 lagi.

Kehidupan manusia memang dijadikan untuk beribadat tetapi bukan semua dengan cara ibadat khusus di tikar sejadah shj tetapi apa jua yg dilakukan yg tidak menyalahi syariat juga menjadi ibadat seperti bekerja mencari rezeki, belajar, beriadah dll juga adalah ibadat jika niatnya betul dan tidak menyalahi syariat.konsep ini dipanggil sebagai ibadat umum dan ibadat khusus 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT