CABARAN PENDIDIKAN AKHLAK SEMASA PdPR
![]() |
| guru mengajar murid-murid menutup camera |
Imam Al-Ghazali pernah memberi pandangan iaitu manusia dikategorikan sebagai makhluk hidup dan setiap makhluk yang hidup pasti akan berubah. Sebagai contoh, haiwan boleh berubah sekiranya dilatih, benih padi boleh tumbuh dan berkembang menjadi tanaman padi.
Oleh karena itu akhlak manusia juga boleh diubah walaupun bentuk dasar tabi’atnya tidak akan berubah sebagaimana padi tidak mungkin boleh tumbuh menjadi pohon mangga.
Al-Ghazali mempunyai keyakinan bahwa akhlak dapat diluruskan melalui pendidikan budi pekerti atau akhlak.Al-Ghazali dalam hal ini mengibaratkan guru sebagai doktor yang mengubati pesakit sesuai dengan penyakit yang dideritainya. Adalah suatu kebodohan jika mengobati bermacam-macam penyakit hanya dengan menggunakan satu macam ubat saja.
Di samping itu juga kemampuan guru dalam bidang psikologi juga penting .Murid-murid adalah generasi yang sedang berkembang peribadinya.Ia belum mampu berfikir secara matang dan memahami hal-hal yang abstrak atau dengan kata lain, ia belum mengenal erti kewibawaan, sehingga metode mendidik yang sesuai dengan keadaan mereka seperti metode latihan dan contoh tauladan.
Hal ini sangat penting sebagai contoh adab makan dan minum misalnya, anak dilatih supaya menggunakan tangan kanan dan memulainya dengan bismillah, serta mengambil apa-apa yang didepannya,begitu juga cara melakukan wuduk dan solat perlu dibawa ke tempat wuduk dan solat untuk latihan prakatikal.
Berdasarkan pengalaman memantau PdPR yang dijalankan secara 'online' (google meet) saya dapati unsur-unsur adab dan akhlak agak sukar dilakukan.Guru tidak dapat melihat murid sebab kebanyakan murid mematikan camera mereka.
Sewajarnya suatu kaedah boleh dibuat di mana guru boleh menghidupkan camera murid jika perlu.Ketika guru mengajar dengan membentangkan slaid tetapi adakah murid melihat atau tidak guru tidak tahu kerana masing-masing mematikan camera mereka.
Selain dari itu ada juga ada murid yang tidak menjaga adab berpakaian.Pakai ikut suka mereka sahaja dan yang lebih teruk lagi ada yang tidak menutup aurat (rambut perempuan).Setelah ditegur barulah dia memakainya.Hal ini sepatutnya menjadi tanggungjawab ibu bapa sebab murid berada di rumah.kalau di sekolah sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku.
Seperkara lagi ialah adab meninggalkan kelas sewaktu guru sedang mengajar.Bagi yang membuka camera mereka saya boleh nampak ada dalam kalangan mereka bangun meninggalkan komputer mereka tanpa memberitahu guru dahulu.Itu tidak termasuk mereka yang mematikan camera mereka.Apa yang mereka buat guru tidak tahu
Saya juga melihat ramai murid yang masuk lewat. Kelas sudah bermula 15 minit barulah sorang demi sorang murid masuk.Pengawasan dari ibu bapa sangat perlu dalam hal ini .Oleh itu ibu bapa sepatutnya ambil tahu jadual PdPR anak mereka supaya mereka boleh memantau.Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya PdP secara bersemuka dijalankan kerana pihak sekolah sentiasa mengawal disiplin berpakaian murid.
Sebenarnya banyak lagi isu-isu adab semasa PdPR ini.Perkara di atas adalah antara yang dapat saya perhatikan berlaku semasa sesi pencerapan PdPR yang berlangsung semasa PKP 3.0 yang lalu
Sesungguhnya apa yang ingin dicapai oleh guru seperti yang disebut oleh al Ghazali iaitu guru sebagai muallim, Mudarris,Muaddib dan Mursyid nampaknya semakin sukar dicapai sekiranya langkah-langkah penambahbaikan PdPR ini tidak diambil tindakan segera.
Wallahu 'alam

Ulasan
Catat Ulasan