JANGAN MENGELUH

Menurut kajian orang yang suka mengeluh lebih senang terkena penyakit nyanyuk, kecelaruan fikiran dan kemurungan .Selain dari itu orang yang mempunyai tabiat buruk ini tidak suka menyalahkan diri sendiri tetapi lebih suka menuding jari kepada orang lain sebagai tempat melepaskan tekanan perasaannya

Adalah lebih baik menyalahkan diri sendiri kerana ini boleh mendorong kita berfikir lebih kreatif, berusaha dengan lebih kuat dan berubah kepada perkara yang positif dengan meninggalkan tabiat-tabit buruk yang menjadi punca kegagalan atau kelemahan

Oleh itu:

  1. Jangan mengeluh jika tidak hensem tapi cuba tingkatkan penampilan diri
  2. Jangan mengeluh jika tidak naik pangkat atau tidak terima APC tapi cuba bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh
  3. Jangan menegluh jika rezeki selalu sempit tapi berdoalah kepda Allah yang Maha Pengasih dan Maha penyayang.Amalkan ayat seribu dinar
  4. Jangan mengeluh jika tidak ramai kawan tapi cuba ubah perangai buruk dulu
  5. Jangan mengeluh duit tidak pernah lekat di tangan tapi belajarlah mengurus kewangan dengan banyak membaca buku-buku pengurusan kewangan peribadi
  6. Jangan mengeluh harga barang semakin naik tapi cuba mencari jalan alternatif untuk usaha tambah pendapatan..dan bayak lagi
Oleh itu ubah tabiat, perbetulkan niat, kuatkan tekad dan usaha dipergiat.Manusia tidak pernah tahu di mana dia harus menjemput rezekinya tetapi rezeki pasti tahu di mana alamat pemiliknya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT