Bola sepak dan badminton




Sukan Badminton adalah kegemaranku selepas bolasepak.Masa remaja jarang aku main badminton.Aku lebih banyak bermain bolasepak.Boleh tahan juga bolehlah smpai mewakili sekolah, kolej dan Universiti.

Setelah berumur 35 tahun aku sudah berhenti bermain bola sepak.Ini disebabkan aku selalu sahaja mengalami kecederaan.Faktor usia barangkali.Oleh sebab itu sebagai pilihan aku mula bermain badminton pula sebagai alternatif dari bermain bola sepak.Sehingga sekarang aku masih bermain badminton lebih kurang 2 kali seminggu.Walau bagaimanapun sejak wabak covid-19 melanda dunia  jarang dah dapat main asyik PKP, PKPD,PKPB,PKPP, PKP Darurat dan entah apa lagi akan datang.

Pencapaian dalam badminton ini boleh tahan jugalah pernah menjadi johan bergu Kejohanan Melayu Melaka, Mewakili Melayu Melaka dalam kejohanan Badminton Jemputan Medan, Indonesia, mewakili MAKSAK Melaka dalam Kejohanan Badminton MAKSAK Malaysia, Mewakili PSKPP Melaka dalam kejohanan Badminton PSKPP Kebangsaan dan kejohanan-kejohanan tertutup yang lain.Aku juga berpengalaman menjadi jurulatih MSSM Melaka dan pernah melatih beberapa orang pemain badminton negara sekarang sewaktu mereka berumur 15 tahun mewakili MSSM Melaka

Bermain badminton sekarang ini hanya untuk keluarkan peluh sahaja tak ada  target apa-apa lagi.Al maklumlah sudah berumur 56 tahun.selain itu dapatlah release tension bila bermain dan berjumpa kawan-kawan sambil bersembang dan minum-minum selepas bermain.Lagipun badan dah biasa berpeluh sejak dari muda bimbang kalau berhenti bersukan penyakit pula yang datang.Alhamdulillah setakat ini Allah masih kurniakan kesihatan yang baik syukur Al hamdulillah

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT