Keajaiban membaca
Penulis Steal Like An Artist, Austin Kleon membangunkan disiplin membaca (dan menulis) dengan melakukan langkah-langkah ini. " Kita mesti percaya pada proses menyelak halaman demi halaman yang akan membentuk kita, " kata awal Austin sebagai pemula sesi semalam. 1. Baca lebih daripada satu buku pada satu-satu masa Kita membina percakapan antara buku dalam kepala apabila lebih daripada satu buku dibaca pada satu-satu masa. Percakapan itu akan membentuk input yang berbeza. Jika saudara seorang penulis, kualiti output iaitu hasil tulisan bergantung kepada kualiti input yakni buku yang dibaca. 2. Baca buku kanak-kanak bagi mendapatkan kejelasan susunan penyampaian. Apabila kita menulis apa-apa subjek, usahakan membaca topik yang sama dalam versi buku kanak-kanak. Kelebihan buku kanak-kanak adalah ia mudah difahami. Ia akan mempengaruhi cara saudara memahami topik dan cara saudara menulisnya. 3. Sedar bahawa, setiap buku menghasilkan tingkah laku berbeza Ada dua jenis tingkah laku ...