Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2021

Jaga-Jaga, Ini 5 Faktor Penentu Harga Emas Tahun 2022

Imej
  Take note, faktor-faktor ini besar kemungkinan akan menjadi penentu kepada kenaikan atau penurunan harga emas tahun 2022. Ini pandangan pakar. Terdapat beberapa tanda yang sangat menggalakkan dalam tahun 2021 yang dilihat sebagai ‘tahun perlahan’ untuk emas. Melihat dari sudut teknikal, terdapat beberapa pencetus pada 2022 yang boleh mendorong emas lebih tinggi. Lebih khusus lagi, faktor yang telah mengekalkan emas pada 2021 boleh memacu harga emas lebih tinggi pada 2022. 5 faktor yang menahan dan melonjak harga emas 1. INFLASI.  Dengan inflasi menjadi salah satu kebimbangan utama tahun ini, ramai pelabur menyangka emas akan meningkat berdasarkan sifat lindung nilai inflasinya. Walaubagaimanapun, terdapat banyak faktor bercanggah lain, termasuk pasaran saham A.S., pemulihan ekonomi yang kukuh, dolar A.S. dan hasil sebenar (real yields). Di samping masalah ini, naratif inflasi telah dilihat sebagai sementara hanya sehingga beberapa bulan lalu, yang turut membebankan emas....

Kenapa Harga Emas Naik Bila Inflasi Tinggi?

Imej
  Apa kaitan   emas   dengan inflasi? Dan kenapa harga emas biasanya akan naik bila berlaku inflasi? Artikel ini explain dalam ayat mudah. Inflasi Adalah Masalah Serius Bagi Mana-Mana Ekonomi Inflasi bukan hanya soal mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanjakan. Walaupun ia akan membawa kepada peningkatan dalam jumlah keseluruhan wang yang beredar dalam ekonomi, ia bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Inflasi juga bermakna harga barangan dan perkhidmatan akan meningkat, kadangkala dalam cara yang agak drastik. Akibatnya, mata wang negara sesebuah negara akan kehilangan nilai dengan cepat. Bukan sahaja berbanding mata wang lain, tetapi juga dalam kuasa beli keseluruhan. Pengguna akan dapat membeli lebih sedikit dengan jumlah wang yang sama seperti sebelumnya. Ia jauh daripada situasi yang ideal, dan satu yang mendorong orang ramai kepada bentuk pelaburan alternatif. Dalam kebanyakan kes, ini bermakna ramai akan beralih kepada simpanan yang lebih kukuh seperti emas, pera...

POLA ALIRAN HIDUP MANUSIA

  Memahami Aliran Hidup Manusia 1. Fasa 20an 2. Fasa 40an 3. fasa 60an 4. fasa 80an 1. Fasa 20an       Pertumbuhan melibatkan sisi kuantitatif fizikal seperti perubahan morfologi, peningkatan ketinggian atau berat badan, manakala perkembangan sisi kualitatif pula melibatkan corak pemikiran dan kematangan keperibadian dan sebagainya.      Keberhasilan fasa ini, peranan sebagai 'anak yang soleh' sangat dititikberatkan. Anak yang soleh tentunya anak yang berbakti, terutama kepada ibu bapa dan guru-gurunya, juga yang memanfaatkan peluang masa mudanya untuk menuntut sebanyak mungkin ilmu pengetahuan.      Ini adalah fasa keghairahan dan semangat berkobar-kobar, untuk mengejar impian yang digantung setinggi bintang di langit. Fasa di mana seseorang mengumpul literatur kehidupan alif ba ta, mengumpul rujukan yang mengukir keperibadiannya, menampung perpustakaan idea yang memperkaya fikirannya dengan semua khazanah untuk tampil kreatif dan ...