POLA ALIRAN HIDUP MANUSIA
Memahami Aliran Hidup Manusia
1. Fasa 20an
2. Fasa 40an
3. fasa 60an
4. fasa 80an
1. Fasa 20an
Pertumbuhan melibatkan sisi kuantitatif fizikal seperti perubahan morfologi, peningkatan ketinggian atau berat badan, manakala perkembangan sisi kualitatif pula melibatkan corak pemikiran dan kematangan keperibadian dan sebagainya.
Keberhasilan fasa ini, peranan sebagai 'anak yang soleh' sangat dititikberatkan. Anak yang soleh tentunya anak yang berbakti, terutama kepada ibu bapa dan guru-gurunya, juga yang memanfaatkan peluang masa mudanya untuk menuntut sebanyak mungkin ilmu pengetahuan.
Ini adalah fasa keghairahan dan semangat berkobar-kobar, untuk mengejar impian yang digantung setinggi bintang di langit. Fasa di mana seseorang mengumpul literatur kehidupan alif ba ta, mengumpul rujukan yang mengukir keperibadiannya, menampung perpustakaan idea yang memperkaya fikirannya dengan semua khazanah untuk tampil kreatif dan mahir dalam pentas kehidupannya pada masa akan datang.
Seorang penyair berkata, "Apabila seorang pemuda mencapai usia 20 an dan belum mencapai sesuatu yang membanggakan, maka (biasanya) tidak ada lagi kebanggaan baginya.
2. Fasa 40an
" Memasuki babak kedua episod berusia 20 tahun, taitu pada usia 40-an, adalah fasa eksistensi (keberadaan) dan aktualisasi (pelaksanaan).Tahap ini menekankan seseorang telah menguasai nilai-nilai kehidupan dan kemudian menerapkannya sehingga mereka hidup dengan cara yang terhormat, mulia, dan berwibawa.Meminjam pepatah Barat, life begins at forty (kehidupan bermula pada usia 40 tahun), inilah fasa di mana manusia mencapai kematangan keperibadian dan memiliki kebijaksanaan (wisdom) dalam hidupnya.
Bagi pembaca yang berumur 40-an, raikanlah kerana pembaca sekarang berada di titik tengah. Sekiranya kita berada dalam kedudukan sebagai ketua keluarga pada peringkat usia ini, maka kita akan melihat anak kita membesar, meningkat dewasa dan juga pada masa yang sama menyaksikan ibu bapa menjadi lemah dan menyusut seiring dengan waktu.
Fasa ini disebut berjaya apabila seseorang berjaya menyebarkan pengetahuan yang bermanfaat kepada masyarakat sekeliling. Dia mempunyai peranan penting, untuk menyelesaikan masalah, memiliki sumbangan nyata dalam bentuk 'manfaat yang dapat dirasakan oleh orang-orang di sekelilingnya. Ilmu pengetahuan yang dimiliki diamalkan, kerana dalam Islam, ilmu tidak boleh berhenti sebagai ilmu sahaja (science for the sake of science) tetapi ilmu mesti mempunyai kesan nyata dalam memberikan manfaat konkrit kepada kehidupan.
Seperti doa yang diajarkan oleh Nabi SAW, kita diminta untuk bermohon diberikan ilmu yang bermanfaat. Ilmu tidak boleh sekadar menjadi akrobatik intelektual atau wacana maklumat hibur (infotaiment) yang indah diperdebatkan tanpa ada aplikasi sebenar.
Suatu ketika, hujjatul Islam (pembela Islam), Imam al-Ghazali kerap mengembara menjelajahi dunia mencari ilmu-ilmu baru sehinggalah dia dihadang oleh segerombolan penyamun. Penyamun itu berkata kepada al-Ghazali, "Mengapa kamu berterusan merentasi dunia ke sana sini mencari ilmu, sedangkan apa yang sudah kamu miliki, belum kamu manfaatkan?" Ilmu yang bermanfaat adalah tema utama yang dicari dalam fasa tempoh kedua ini.
Firman Allah SWT:
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والفناطير المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة والأنعام والحرث ذلك متاع الحياة الدنيا والله عنده حسن المآب ©
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingin nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak: kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah SWT ada tempat kembali sebaik-baiknya (iaitu syurga).
(Surah Ali Imran, ayat 1-1)
Sekiranya kita cuba memahami 'simbol ekonomi dalam ayat tersebut dan cuba mengaitkannya dalam konteks kehidupan hari ini, maka emas dan perak adalah simbol tabungan, dengan kata lain, pendapatan seseorang melebihi perbelanjaan hidupnya iaitu sudah memiliki simpanan. Pada masa kini, kita sudah ada simpanan dalam bentuk emas dan perak selain wang di bank.
Seterusnya, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih adalah simbol alat pengangkutan yang bukan hanya terbaik tetapi paling berkelas sesuai zamannya. Binatang ternak menjadi simbol jenis usaha perniagaan boleh berkembang maju; sama seperti haiwan-haiwan yang dapat membesar dan membiak menghasilkan banyak keturunan. Manakala kebun-kebun tanaman menjadi simbol pendapatan pasif yang berterusan sebagai kiasan jaminan hari tua.
Atas segala reputasinya, wajar bagi Nabi SAW menjadi tokoh yang disegani dan dipercayai; meminjam istilah popular ahli politik masa kini, dirinya sudah teruji dan terbukti. Sehingga keberadaan Muhammad SAW pada usia 40 tahun, berpaling dari dunia ini' lalu memilih berkhalwat dalam kesunyian di Gua Hira, meninggalkan dunia untuk memasuki fasa kegelisahan baru dalam episod hidupnya, iaitu merenungkan cara memperbaiki kehidupan sosial masyarakatnya!
Maka berdasarkan hidup Nabi SAW, idealnya, memasuki usia 40an, kita tidak perlu lagi berhabis-habisan mengejar material, tapi material yang seharusnya mencari dan mengejar kita. Dalam erti lain, kita telah memiliki tabung simpanan, kenderaan peribadi, pekerjaan yang berpotensi berkembang dan jaminan pencen; dalam bahasa sebenarnya telah mempunyai ekonomi yang stabil yang memungkinkan memperoleh status bebas kewangan! (Seperti gambaran ayat di atas).
Ini bukan ajaran untuk menjadi materialistik, tetapi mahu menunjukkan Islam bukanlah ajaran yang anti-material. Seseorang bersikap materialistik bukan pada harta yang dia miliki, tetapi bergantung kepada sikap dan mentalitinya dalam menangani hal-hal material, iaitu adakah dia 'menempatkan material di hati ataupun di kaki'?
Sikap seorang yang beriman kepada material mungkin sesuai digambarkan seperti pili air; sumber yang banyak namun kemudian menyalurkannya demi kebaikan orang ramai, ataupun umpama atendan parkir, yang menjaga banyak kenderaan tanpa rasa memiliki dan mengembalikan kepada pemiliknya secara amanah.
Sikap orang yang beriman kepada material mungkin seperti ruang parkir yang diberikan banyak kenderaan tanpa rasa memiliki dan mengembalikannya kepada pemiliknya secara dan tanpa merasa kehilangan.
Pada usta inilah manusia dapat mengubah orientasi hidup mereka daripada mencari material berevolusi mencari nilai . Hal ini demikian kerana sekiranya kehidupan dijalani dengan baik, kehidupan material pada usia ini telah mencapai "break event point' atau berjalan dengan autopilot, dalam erti kata lain, tidak perlu bekerja keras siang malam mencari material (wang) lagi.
Dalam al-Quran menyebut usia 40 tahun yang istimewa ini. merupakan tanda di mana seseorang telah bersyukur dengan melakukan kebaikan dalam kehidupannya, sekurang-kurangnya untuk keluarga terdekat.
حتى إذا بلغ أشده وبلغ أربعين سنة قال رب أوزعنى أن أشكر نعمتك التي أنعمت على وعلى والدي وأن أعمل صالحا ترضاه وأصلح لي في ذريتي إلى تبث إليك وإلى من
المسلمين *
Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur EMPAT PULUH TAHUN, berdoalah dia dengan berkata, "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk dan patuh kepadamu)."
(Surah al-Ahqaaf, ayat 15)
Ayat tersebut menegaskan sekurang-kurangnya kebaikan kita dapat dinikmati oleh satu kumpulan komuniti sekitar kita, iaitu golongan ke atas' kepada ibu bapa yang semakin tua hingga ke bawah' kepada anak cucu serta masyarakat
Abdullah bin Abbas RA dalam suatu riwayat berkata, "Barang siapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah dia bersiap siap ke neraka."(bersambung.....)
Memasuki fasa 60-an,
diharapkan manusia meninggalkan jejak kebaikan dalam bentuk amal jariah. Fokus orientasi adalah persiapan bagi memasuki masa peralihan untuk 'belajar meninggalkan dunia ini, bukan belajar meninggal dunia, kerana peristiwa meninggal dunia (kejadian mati) adalah peristiwa yang tidak perlu dikaji kerana suka ataupun tidak, tetap akan ditempuh. Pada usia ini, kita telah menyimpan album pencapaian sepanjang hidup, yang merupakan warisan nilai yang diharapkan tidak terputus walaupun sudah meninggal dunia.
Fasa 20 tahun yang ketiga pula adalah persediaan bagi 'matahari terbenam. Seseorang harus menyesuaikan diri dengan realiti fizikal yang mula menyusut. Hari demi hari proses pengecutan keadaan fisiologi badan mula menuju kehancuran. Mata mulai rabun, yang disebut presbyope, dan menariknya dia harus menjauh dari objek di sekelilingnya jika ingin melihat dengan jelas (perhatikan bagaimana objek duniawi mulai menjauh daripadanya!)
Di samping itu, warna alam di sekelilingnya tidak lagi terang dan ceria. Warna biru yang dilihat ketika muda akan berubah cakerawalanya dengan nuansa coklat kekuningan seperti daun yang layu dan mengering. Lensa matanya dikaburkan oleh pantulan cermin perjalanan penuaan yang membuatnya semakin kabur untuk melihat apa-apa Giginya akan tanggal satu per satu, dan suatu hari nanti, dia tidak mampu lagi mengunyah makanan keras dengan baik
Manakala, lidahnya mula hilang deria rasa, sehingga makanan yang enak mula terasa tawar, Mahkota kepalanya mulai memutih, lukisan wajahnya terukir coretan berkerut, menyimpan bekas luka daripada sejarah panjang perjuangan hidupnya. Dia kehilangan banyak kolagen dan elastin, dua protein utama yang memberi struktur tegang pada kulitnya. Dia mulai kehilangan satu demi satu orang sezamannya, tiada lagi yang menarik perhatian sebagai lawan bicara pada zaman yang telah melampaui kecanggihan hidupnya. Apabila berurusan di tempat awam pun, akan dilayan secara khusus
Pada masa lalu (di Indonesia), semasa membuat kad pengenalan untuk orang yang berumur lebih daripada 55 tahun, status seumur hidup telah digunakan. Seseorang yang berusia di atas 55 tahun, sukar (belum lagi dilarang) untuk menggunakan kemudahan pinjaman kredit di dunia perbankan. Jika dia mendaftar dan menunggu giliran untuk ke Tanah Suci menunaikan haji. maka dia akan diutamakan atas kapasiti sebagai warga emas
Pada usia ini, jam biologi berubah, ritma sirkadian (circadian rhythm adalah proses dalaman yang semula jadi yang mengatur kitaran tidur-bangun dan berulang kira-kira setiap 24 jam), menjadi terbalik. Dia menjadi sukar untuk tidur pada waktu malam, mungkin Yang Maha Kuasa mengajaknya untuk menjadi intim (mendekatkan diri kepada Allah. SWT) sekiranya sahaja dia menyedari itu adalah isyarat untuknya. Dunia sudah menjauh darinya, dan dia sebenarnya tidak begitu memerlukan dunia lagi.
Rasulullah SAW ditakdirkan Allah SWT hidup selama 63 tahun. Saya pernah menulis buku (yang diberi judul oleh penerbit) Kenapa Rasulullah SAW Tidak Pernah Sakit?. Suatu ketika semasa acara resensi (perbincangan) buku, seseorang bertanya, jika memang Rasulullah tidak pernah (jarang) sakit, mengapa usianya secara relatif pendek? Wallahualam, umur sepenuhnya rahsia Allah SWT.
Namun sekiranya Allah SWT mentakdirkan Nabi AW hidup lebih lama, mungkin kita tidak akan melihat karya-karya hebat para sahabat utamanya. Kita tidak akan melihat pencapaian Abu Bakar RA
Melawan Kematian Menuju Keabadian
yang mula menyebarkan dakwah ke Syria dan mula membuka jalan ke Parsi dan Byzanthum. Kita mungkin tidak melihat pencapaian Umar hin Khattab RA menakluk Mesir dan Parsi atau membuka Jerusalem al. Quds, menubuhkan baitulmal, karya intelektual Umar seperti merancang kalendar Hijriah, mendirikan institusi pengajian al-Quran, membina ad Diwaan (pejabat)
Bahkan, kita juga tidak dapat melihat pencapaian hebat Usman bin Affan RA menyatukan dan mencetak mushaf al-Quran, memperluas dakwah Islam ke Armenia atau warisan Ali RA, Nahjul Balaghah mewarisi ilmu linguistik dan kesusasteraan, dan lain-lain. Ya, warisan Nabi SAW selain al-Quran dan as-Sunnah, adalah tokoh-tokoh hidup sebagai bukti nyata kejayaan pertumbuhan semula (regeneration) sahabat-sahabat baginda SAW yang mencapai prestasi cemerlang, hasil didikan langsung daripadanya.
Orang Jawa memiliki pepatah, ketika memasuki usia tua “lengser keprabon mandeg pandhita" sehingga bagi pemimpin senior, sampai masa. dia akan menyerahkan tongkat kepimpinannya kepada yang lebih muda untuk pertumbuhan semula' yang sihat. Maka apabila dalam fasa di atas 60-an, seseorang yang masih terikat hati dan fikirannya kepada hiburan duniawi ini, dia pasti akan menderita sepanjang sisa kehidupannya.
Tidak mungkin hati manusia berjalan menuju Allah SWT, apabila hatinya masih dirantai oleh keinginan duniawi. Kepada mereka yang telah mencapai usia 60-an tetapi masih lalai, sehingga mereka harus masuk neraka. Allah SWT secara retorik meminta mereka mengenangkan kehidupan di dunia ketika mereka mencapai usia 60-an dengan mengatakan:
أولم تعمركم ما يتذكر فيه من تذكر وجاءكم النذير فذوقوا فما للظالمين من تصير ©
"Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran. Oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan".
(Surah Faatir, ayat 37)
ola Aliran Hidup Mania
Dalam sebuah hadith, Nabi SAW bersabda
أعذر الله إلى المرى أخر أجله حتى بلغة ستين سنة
Allah SWT tidak akan menerima dalinalaan) seseorang semudah Di menangkan tanya hingga enam puluh tahun Imam Bukhart di dalam Sahih al-Bukhari kiah uan-Repang, bah Akan Hillag800
Kehidupan yang memasuki usia 60 tahun ke atas mesti mempunyai hati yang selesai iaitu hati yang tidak lagi berkeliaran mencari-cari ke sana sini riuh-rendah duniawi, hati yang duduk bersila, seperti hati orang tua yang hampir mati yang memahami dengan baik apa yang palsu dan apa yang benar.
Namun, jika Tuhan masih memberikan fasa 20 tahun seterusnya (episod keempat), iaitu usia 80 tahun, anggaplah itu bonus istimewa daripada-Nya. Bonus untuk mensyukuri hidup kerana masih diberi peluang, mungkin untuk meninggalkan lebih banyak lagi warisan berharga dalam bentuk amal jariah yang berlipat ganda ganjaran pahalanya, sekali lagi tidak akan terputus oleh kematian.
Al-Quran mengatakan bahawa seseorang yang menjaga hubungan peribadi dengan Tuhannya tidak akan mengalami demensia (gangguan mental).
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah perintah Allah SWT, lalu Allah SWT menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fang derhaka
(Surah al-Hasyr ayat 19)
Seorang lelaki muda berusia 20-an akan banyak bercakap tentang masa
depan, seorang lelaki berusia 40-an pula akan bercakap tentang masa kini, tetapi seorang lelaki tua berusia 60-an lebih suka mengenangkan pengalaman dan kisah silam hidupnya. Bercerminkan jalan kehidupan manusia, kerjaya terpanjang yang dapat dijalani oleh manusia di muka bumi ini bukanlah kerjaya yang dibina daripada potensi fizikal ataupun intelektualnya, sebaliknya kerjaya
yang diasah daripada potensi spiritualnya.
Prestasi fizikal mula menurun memasuki usia 35 tahun; atlet akan menggantung raket atau sarung tinju pada usia 30-an. Para pensyarah dan profesor masih boleh mendedikasikan kemampuan intelektual mereka sehingga berusia 70-an. Walau bagaimanapun, ulama dan agamawan akan selalu terlibat dalam program keagamaan sehingga usia yang sangat tua dalam episod kehidupan mereka.
Dalam sejarah awal perjuangannya, Nabi SAW dibawa oleh Khadijah RA bertemu Waraqah bin Naufal, sepupu Khadijah, seorang imam yang memahami kitab Taurat dan Injil, untuk berunding. Waraqah yang sudah tua, berkata kepada Nabi SAW, "Andai saja aku memiliki kekuatan (seperti ketika masih muda) untuk membela kamu, ketika kamu diusir oleh kaummu." Fizikal Waraqah memang telah senja, namun semangat dan spiritualnya tetap terpelihara.
Fizikal boleh menjadi lemah seiring bertambahnya usia, tetapi semangat dan nilai idealisme tidak pernah hilang kerana manusia bukan makhluk fizikal yang mempunyai pengalaman spiritual, tetapi makhluk spiritual yang 'tersekat' sejenak dalam pengalaman fizikal. Entiti manusia sebenarnya adalah spiritual yang diliputi fizikal biologi.
Semua makhluk hidup di dunia ini memulakan sejarah daripada kelahiran, membesar, kemudian menyusut dan mati. Fizikal kita terhakis oleh arus waktu seperti jam Mesir kuno, menuju kekosongan bersama aliran waktu.
Umur seperti jam randik menghitung mundur ke belakang menjadi sifar Denyutan nadi dan rentak degupan jantung adalah langkah
menuju akhir perbatasan dunia ini.
Sehingga akhirnya, kita semua akan menemui 'kekosongan
iaitu KEMATIAN!
Ulasan
Catat Ulasan