7 GAYA FIKIR JUTAWAN BERUSIA 22 TAHUN

 7 GAYA FIKIR JUTAWAN BERUSIA 22 TAHUN

Hughes baru berumur 22 tahun. Tetapi,usia muda bukan penghalang beliau untuk mencapai tahap jutawan dalam industri yang kompetitif dan mencabar (industri hartanah komersial) di Amerika Syarikat.Kalau mahu menjadi kaya, perkara pertama yang perlu diubah adalah mentaliti.Saya akan kongsikan 7 gaya fikir(mindset)Hughes yang bantu capai kejayaan dalam hidup beliau.

1. UMUR SEKADAR NOMBOR

Kita masih bernafas, kan? Alhamdulillah. Bermakna, Allah S.W.T masih berikan kita peluang untuk teruskan kehidupan.Tapi hakikatnya, ia tidak akan kekal selama- lamanya.Dan kita tak tahu bila.Selagi masih hidup dan sihat,teruskan tindakan dan fokus 100% kat impian yang kita nak capai.

Tak patut jadikan umur sebagai batu penghalng Saat kita berikan alasan (tak kira berdasarkan apa faktor sebalipun), kejayaan akan susah nak dekat pada kita. Kalau kita percaya yang kita boleh buat daripada mula, peluang keiayaan akan jadi lebih cerah. Amalkan sikap postif, tak kina apa juga halangan yang menimpa kita. Bagi yang masih muda, mula bertindak sekarang, Yang dah berumur pula,masih belum terlambat untuk mula.

"BAIK LAGI LAMBAT,

DARIPADA TAK BUAT LANGSUNG."

MATTHEW HENRY


2. MELABUR PADA DIRI SENDIRI

Pelaburan terbaik yang Hughes pernah buat adalah pelaburan pada diri beliau sendiri. Dan ini perkara yang patut kita semua buat.Ini antara sikap yang Hughes amalkan iaitu membaca setiap hari (sekurang-kurangnya 30 minit) dan mendengar ceramah (yang berkaitan dengan kerjaya beliau) semasa memandu. Beliau juga akan berjumpa dengan mentor setiap kali ada waktu terluang. Semua tindakan ini berikan banyak manfaat kepada diri Hughes.

Tambah Hughes lagi, kita bukan setakat kena tahu selok-belok industri yang kita ceburi. Tapi, lebih baik lagi tambah pengetahuan tentang kewangan, politik,sukan, atau lain-lain yang berkaitan.Bila kita ada pengetahuan luas,lebih mudah kita nak berbual dengan ramai orang. Ini akan mudahkan kerja kita bercakap dan buatkan orang lain senang dengan kita.

Jadi,teruskan belajar dan jadikan ilmu bagaikan udara yang kita sedut setiap masa.

3. ELAKKAN'DECISION FATIGUE'

Decision fatigue bermaksud,kita penat untuk fikirkan keputusan yang terbaik untuk sesuatu perkara atau masalah. Fokus (attention) boleh guna banyak tenaga kita dan buatkan kita penat secara mental dan fizikal. Dan ia boleh memberi kesan yang tidak baik pada produktiviti kita.

4. MEMBINA DAYA TAHAN MINDA

Beza ketara antara orang yang berjaya dan yang tidak, adalah keupayaan untuk bekerja secara produktif untuk satu tempoh yang panjang.

Penting untuk kita membina daya tahan minda. Kalau tidak, susah untuk memiliki daya ketahanan untuk bekerja dalam satu tempoh yang lama. Dan perkara ni akan jadi pengacau besar dalam usaha mencapai matlamat kita. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang serba kompetitif ini.

Kenali kemahiran yang kita ada, supaya kita sedar di mana kekuatan kita. Dan kenal pasti gangguan yang alihkan fokus kita. Ini akan buatkan kita tahu dan boleh merangka pelan tindakan untuk atasi masalah ini. Kita juga boleh buat analisis mendalam tentang aktiviti harian kita setiap hari, dan sentiasa agresif mencari peluang untuk buat penambahbaikan.


5. BERFIKIR SECARA BESAR(THINK BIG)


Dengan adanya matlamat, kita akan jadi jelas untuk mencapai perkara yang kita nak dapatkan.Kalau tak tak mustahil kita akan terumbang ambing tak tahu apa nak buat. 

Kalau anda belum ada lagi matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh 1,5,atau 10 tahun akan datang,mula lakukan sekarang.

Menurut Hughes, beliau akan baca matlamat yang beliau nak capai setiap kali bangun tidur.Kemudian beliau akan tanya soalan ini pada diri sendiri: " Macam mana aku nak capai matlamat ini dalam tempoh X tahun? Apa yang perlu aku buat?"Jawapan untuk soalan ini akan menjana kuasa konsistensi dalam diri kita. Dengan konsistensi dalam tindakan,tak mustahil kita akan dapat capai matlamat itu dalam masa yang singkat.

Namun ia juga boleh dipengaruhi secara positif dan negatif. la boleh jadi sauh yang perlahankan tindakan kita,atau jadi pelincir ke arah matlamat yang kita hendak dicapai. Terpulang pada kita nak pilih yang mana satu.

6. LAKUKAN SESUATU PERKARA SECARA TERATUR DAN BERSISTEM

Rancang kerja kita dan buat kerja itu secara terancang Dalam kes Hughes,beliau akui kejayaan beliau berpunca dari sistem pemasaran secara automatik (dan berskala besar).

Hughes mampu gandakan jumlah output pemasaran dan tingkatkan kadar penukaran (conversion rate) yang baik untuk perniagaan beliau.Antara cara paling mudah adalah dengan meletakkan kempen pemasaran pada pelbagai medium setiap minggu (sekurang-kurangnya selama sebulan), mengikut susunan logik dan sediakan content secara berterusan.

Ini adalah cara Hughes.

Dan semua perkara ada sistem perlaksanaan yang tersendiri. Cari dan fahamkan sistem ini,dan tidak mustahil anda boleh kaya cepat.Orang kaya suka pada sistem yang berkesan.Dengan sistem yang betul, kita boleh uruskan sesuatu kerja berulang dengan lebih mudah, dan ia akan jimatkan banyak masa.

7. PERCAYA KAT DIRI SENDIRI

Kalau bukan anda siapa lagi? Tak ada siapa yang berhak jadi penghalang untuk mencapai impian yang anda idamkan.Setiap orang yang tak berjaya hanya ada alasan yang sudah sebati dengan diri mereka.

Orang yang berjaya ada cerita mereka tersendiri.Dah tentu tak semua cerita mereka manis-manis belala Tapi pengalaman itu buatkan mereka matang dan semakin bersemangat untuk terus maju ke depan.

Bila anda merasakan bahawa tiada apa yang anda tidak boleh lakukan dalam dunia ini,bermakna kejayaan sudah semakin menghampiri..Mulakan dengan berjani pada diri kita setiap hari untuk berusaha mencapai kecemerlangan secara konsisten,setiap hari. Ini adalah benih mentaliti yang Hughes tanam untuk berjaya dalam hidup.

Kejayaan akan hadir kalau kita berusaha betul-betul.Ia  bukan satu perkara yang mustahil untuk ssemua orang. Kalau kita usaha, kita akan dapat.Dan sertakan sekali doa dan ilmu,sebab 2 perkara ini juga perlu ada.

"NEVER LIMIT YOURSELF BECAUSE OF OTHERS' LIMITED IMAGINATION;NEVER LIMIT OTHERS BECAUSE OF YOUR OWN LIMITED IMAGINATION"

"SUCCESS USUALLY COMES TO THOSE WHO ARE TOO BUSY TO BE LOOKING FOR IT."

"THE DIFFERENCE BETWEEN A SUCCESSFUL PERSON AND OTHERS IS NOT A LACK OF STRENGTH,NOT A LACK OF KNOWLEDGE,BUT RATHER A LACK OF WILL"

"SUCCESS IS HOW HIGH YOU BOUNCE WHEN YOU HIT BOTTOM.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

PERUBAHAN GAYA HIDUP