KENAPA PERLU KAYA


10 ALASAN SEORANG MUSLIM HARUS KAYA

Seorang Muslim selain kaya dengan ilmu juga perlu kaya harta. Sesuatu yang salah jika berfikir seorang Muslim harus hidup dengan sederhana dan cukup-cukup  makan. Juga salah jika berfikir bahawa kaya ilmu lebih baik berbanding kaya harta. Kaya ilmu dan harta harus seimbang. Berikut adalah sebab mengapa seorang Muslim harus kaya harta.

1. Dengan Kekayaan Seseorang Dihormati

Melalui kekayaan, kita mempunyai nilai lebih di mata masyarakat.Kita boleh berdikari dan tidak meminta belas kasihan orang lain. Dengan kekayaan, kita boleh memberi.Ingat tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah, memberi lebih baik daripada menerima.

2, Peredaran Wang Adalah Petunjuk Kesolehan atau Kemusnahan Masyarakat

Jika peredaran wang dikendalikan oleh Muslim yang baik maka masyarakat akan baik juga.Sebaliknya, jika peredaran dikuasai oleh orang jahat maka masyarakat akan menjadi teruk.Maka umat Islam perlu kaya dan menguasai peredaran wang dalam masyarakat.

3. Banyak Perintah Syariat yang Harus Dilakukan Dengan Menggunakan Wang

Dua dari lima rukun Islam iaitu zakat dan haji, harus dilaksanakan menggunakan wang.Perintah syariat lain seperti jihad pun memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit. Dalam kegiatan dakwah, memerlukan belanja yang sangat banyak.Kita lihat contoh Rasulullah saw,yang menggunakan seluruh hartanya untuk membiayai dakwahnya.

Khadijah juga menginfakkan seluruh hartanya untuk kegiatan dakwah. Bayangkan jika Rasulullah dan Khadijah tidak memiliki harta. Dari mana mereka akan membiayai dakwah ini.

4. Harta Adalah Sesuatu yang Dibanggakan oleh Manusia Kerana Dengan Harta Menunjukkan Kedudukan Sosialnya Dalam Masyarakat

Orang dengan harta yang banyak tentu akan memiliki status sosial yang tinggi, kata-katanya didengari dan perintahnya dilaksanakan.

5. Kekayaan Membuat Manusia Bahagia di Dunia

Jangan tersilap fikir bahawa kita tidak boleh kaya di dunia untuk mendapatkan kekayaan di akhirat. Menurut Rasulullah saw, tiga perkara yang membuat manusia bahagia adalah isteri atau suami yang soleh atau solehah, rumah yang luas dan kenderaan yang mewah. Petunjuk kebahagiaan seorang manusia terlaksana hanya dengan kekayaan.

6. Menuntut llmu

Untuk menuntut ilmu kita memerlukan belanja yang banyak.

7. Memberi Nafkah Keluarga Dan Waris

Pemikiran yang salah jika kita hanya menyerahkan nasib keluarga kita pada Allah semata-mata tanpa ikhtiar.

8. Menegakkan Ekonomi Berlandaskan Syariah

Sehingga kini ekonomi syariah masih sukar berkembang kerana belum ramai pelabur Muslim yang menanamkan modal untuk ekonomi berlandaskan syariah. Itulah sebabnya mengapa kita harus kaya,salah satunya untuk mengembangkan ekonomi berlandaskan syariah.

9. Membangunkan Kemudahan Umat

Tanpa wang kita tidak dapat membangunkan masjid atau pasar raya berkonsep islamik.

10. Meningkatkan Kedudukan Umat Islam

Sekarang umat Islam masih dipandang sebelah mata kerana sebahagian besar negara Islam termasuk dalam negara miskin atau berkembang.

Itulah sebab mengapa kita sebagai umat Islam harus kaya dengan harta. Jangan takut menjadi kaya kerana dengan harta yang banyak kita boleh menyebarkan kebaikan seluas-luasnya.

Ingat,kebanyakan dari sahabat Rasulullah mempunyai harta yang melimpah. Sembilan dari io sahabat yang dijamin masuk syurga adalah para pedagang. Ingat, bagaimana Abu Bakar menginfakkan seluruh hartanya untuk jihad begitu juga Umar bin Khatab. Usman bin Affan dan Abdurrahman bin Auf juga sahabat yang terkenal kerana kekayaannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT