Hari Raya Remeh-Temeh
SENGAJA MENINGGALKAN SOLAT
Apakah hukum meninggalkan solat hari raya dengan sengaja?
Dalam merungkai persoalan ini,kita seharusnya melihat dari dua sudut pandang yang utama seperti berikut:
1.Sudut individu.
2.Sudut jemaah(komuniti Muslim).
Sekiranya yang meninggalkan solat raya itu bersifat individu,maka hukumnya adalah makruh kerana meninggalkan amalan sunat yang besar dalam Islam. Namun sekiranya satu komuniti,misalnya satu kawasan perumahan meninggalkan solat raya sehingga tiada sesiapa yang melaksanakannya dalam kariah tersebut,maka mereka semua boleh diperangi atau diambil tindakan kerana mengabaikan syiar Islam pada hari yang berbahagia itu. Dalam usul fiqh,ada kaedah menyatakan: “Adakalanya perbuatan itu hanyalah sunat bagi individu tetapi ia menjadi wajib (fardu kifayah) kepada jemaah(ahli komuniti).” Oleh yang demikian,disimpulkan bahawa sudut pandang fiqah adalah berbeza pada sudut-sudut tertentu.Misalnya jika dilihat dari aspek mikro, ia nyata berlainan dengan fiqah yang berkaitan dengan makro.
BERMAIN MERCUN
Apakah hukum bermain mercun pada malam raya?
Hukum bermain mercun pada malam raya pada kadar yang tidak melampau,tidak mengganggu keselamatan dan keamanan serta tidak mengabaikan ibadat adalah tidak mengapa. Namun,seseorang itu mestilah mematuhi undang-undang setempat yang melarang bermain mercun yang berbahaya kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan pada anggota badan. Tambahan pula,bermain mercun secara berlebihan sangat dekat dengan pembaziran dan perbuatan yang sia-sia di sisi agama.
TUNTUTAN BERGEMBIRA
Salahkah bergembira pada hari raya?
Tidak salah bergembira ketika menyambut hari raya kerana hari raya sememangnya hari untuk umat Islam bergembira. Bahkan ia merupakan tuntutan dan salah satu kurniaan Allah buat hamba-Nya. Namun,dalam kegembiraan menyambut hari raya,kita perlulah patuh kepada adab- adab yang digariskan syarak seperti tidak melampau dalam meraikannya,tidak mempunyal unsur-unsur maksiat dan tidak mengabaikan kewajipan syarak. Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis:"Bagi orang yang berpuasa terdapat dua kegembiraan.Kegembiraan ketika berbuka (atau ketika hari raya) dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya."(Riwayat al- Bukhari dan Muslim)
TIDAK DISYARIATKAN AZAN
Saya musykil, mengapakah tidak disyariatkan azan untuk solat hari raya? Jika ada, bukankah ia lebih mudah untuk menyeru manusia datang menunaikan solat bersama-sama?
Pada dasarnya,kita mesti memahami bahawa setiap ibadat atau syiar Islam tidak boleh dilaksanakan melainkan terdapat dalil daripada al-Quran dan sunnah. Misalnya dalam hal ini.Kita dapati bahawa tidak wujud mana-mana sunnah yang menunjukkan terdapat seruan azan pada solat hari raya.Justeru,ia tidak perlu dilakukan meskipun dari sudut logiknya mendatangkan kebaikan kerana tidak ada dalil yang menganjurkan amalan sedemikian.
TEMPAT PELAKSANAAN SOLAT
Apakah hukum menunaikan solat raya di masjid? Jika di padang bagaimana?
Menunaikan solat di masjid adalah harus bahkan sangat digalakkan.Begitu juga hukumnya menunaikan solat hari raya di lapangan seperti padang dan seumpamanya.Hukumnya adalah harus,asalkan mampu menghimpunkan manusia yang ramai pada kawasan tersebut. Alhamdulillah,pada zaman yang serba maju ini,terdapat banyak masjid dibina di setiap kawasan bahkan saiznya besar dan boleh menampung manusia yang ramai.
Adapun hadis yang meriwayatkan Nabi melaksanakan solat hanraya di padang bersama umat terdahulu menunjukkan kepada pengharusan,bukannya tuntutan yang wajib dikuti. Inti pati utamanya ialah me. nunaikan solat beramai-ramai dalam satu-satu kawasan,bukannya merujuk kepada kawasan-kawasan tertentu.Boleh jadi kerana saiz Masjid Nabawi ketka itu tidak mampu menampung jumlah Muslim yang semakin bertambah. Malah boleh jadi juga kerana Baginda hendak menghimpunkan keseluruhan Muslim pada hari tersebut termasuklah perempuan yang haid,nifas dan seumpamanya untuk menyaksi- kan kemeriahan dan kegembiraan pada hari tesebut.Jika dilaksanakan dalam masjid,sudah tentu golongan tersebut tidak boleh turut serta kerana larangan menjejakkan kaki dalam rumah Allah. Hal ini sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Ummu 'Atiyyah:"Kami telah diperintahkan (oleh Nabi) untuk keluar,maka kami pun memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid dan para gadis untuk keluar menyaksikan kaum muslimin dan dakwah mereka, namun hendaklah menjauhi tempat solat."(Riwayat al-Bukhari)
SOLAT BERSENDIRIAN
Bolehkah saya solat hari raya secara bersendirian?
Boleh dan diharuskan, namun ia adalah khilaf al- aula (menyelisihi perbuatan yang utama)kerana sememangnya sabit secara sunnah bahawa Nabi menunaikan solat hari raya secara berjemaah. Adapun jika seseorang itu dalam keadaan terdesak,maka tiada masalah baginya untuk me- nunaikan solat hari raya secara bersendirian.
TURUT SERTA SOLAT
Bolehkah wanita yang didatangi haid atau masih dalam idah menyertai solat hari raya?
Secara asasnya,kaum wanita tidak dihalang untuk menyertai solat hari raya beramai- ramai.Namun,dia tidak boleh memasuki masjid ketika haid. Jika solat hari raya dilakukan di tanah lapang,maka wanita yang sedang haid dibenarkan untuk menyertainya.Mungkin ini hikmah dan sebab Nabi melaksanakan solat hari raya di padang kerana hendak menghimpunkan keseluruhan Muslimin pada zaman tersebut. Berlainan pula dengan wanita yang dalam idah,mereka tidak boleh keluar solat hari raya secara berjemaah.Hal ini kerana golongan tersebut dilarang keluar dari rumah hanya untuk melakukan ibadat-ibadat sunat. Cukuplah dia menunaikan solat hari raya di rumahnya sahaja.
PAKAIAN BARU
Adakah disyariatkan untuk memakai pakaian baru pada hari raya?
Umumnya,tidaklah disyariatkan atau diwajibkan sedemikian.Namun memakai pakaian yang indah dan cantik,mengenakan wangian serta merapikan penampilan amat digalakkan ketika itu.Bahkan, ia termasuk dalam kebiasaan Rasulullah apabila tibanya hariraya. Jabir berkata:"Rasulullah memiliki jubah khusus untuk dikenakan pada dua hari raya serta pada hari Jumaat."(RiwayatIbn Khuzaimah)
GABUNG PUASA
Jika saya hendak menggabungkan puasa qada dengan puasa enam Syawal,bolehkah?Adakah ia sah?
Permasalahan ini merupakan khilaf dalam kalangan ulama.Menurut fuqaha mazhab Syafi'i,harus(dibolehkan) menggabungkan antara puasa wajib seperti qada,nazar dan kafarah dengan puasa sunat. Hal ini sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuti dalam al-Asybah wa al-Naza'ir."Seseorang yang berpuasa pada hari Arafah dengan niat puasa qada atau nazar atau kafarah dan dia turut berniat puasa (sunat)Arafah,maka al- Barizi memfatwakan hukumnya adalah sah dan mendapat kedua-duanya (pahala qada dan sunat)." Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafii,namun pahala yang dianugerahkan tidak sempurna jika tidak dilakukannya secara berasingan,iaitu puasa qada dan sunat tidak digabungkan tetapi dilakukan pada hari yang berlainan. Hal ini turut dinyatakan oleh Imam Syamsuddin al-Ramli dalam karyanya Nihayah al-Muhtaj: "Jika seseorang berpuasa pada bulan Syawal untuk tujuan qada atau nazar atau selainnya, atau seperti berpuasa pada hari Asyura,maka dia mendapat pahala puasa sunat sepertimana yang difatwakan oleh bapa saya(Syahabuddin al-Ramli)sebagai susulan (fatwa) daripada al-Barizi, al-Asfuni,al-Nasyin,al-Faqih Ali bin Soleh al-Hadrami dan selain mereka."Tetapi dia tidak akan mendapat pahala yang lengkap disebabkan perkara yang dituntut(puasa yang berasingan denganniat yang khusus),lebih-lebih lagi sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan kemudian menggantikannya pada bulan Syawal."
Menurut fatwa Imam al-Ramli,sesiapa yang berpuasa qada pada bulan Syawal,maka diaj uga akan mendapat pahala puasa sunat Syawal.Meskipun begitu,adalah lebih afdal jika puasa qada dilaksanakan secara berasingan untuk mendapatkan pahala puasa yang lengkap lagi sempurna.Fatwa yang sama juga dinukilkan oleh lmam Ibn Hajar al-Haithami dalam Tuhfah al-Muhtaj,juga dinyatakan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj. Walau bagaimanapun,menurut ulama mazhab Syafii,meskipun puasa gabungan sebegini dikira sah,namun ia dianggap tidak mencapai maksudnya yang sebenar.Hal ini kerana puasa enam Syawal dituntut apabila lengkap berpuasa Ramadan berdasarkan zahir hadis,Justeru, dituntut berpuasa qada Ramadan dahulu kemudian dikuti dengan puasa enam atau sebaliknya.
Wallahu a'lam.
Ulasan
Catat Ulasan