JANGAN LOKEK BELI BUKU- TUN MAHATHIR

Jika ada alasan yang tercipta. itu kita boleh andaikan semangat dan rasa minat dalam jiwa masih belum padu. Malah orang yang betul-betul mencurahkan jiwa dan raganya pada minat membaca ini ada kalanya mereka tidak perlu bersungguh-sungguh dalam usahanya,tetapi terjadi dengan sendirinya. Itulah antara situasi yang kita dapat samakan dengan sikap mantan Perdana Menteri Malaysia keempat.Tun Dr.Mahathir Mohamad.Sewaktu lawatan Tun Dr.Mahathir ke negara lain.beliau bukan sahaja membawa amanat urusannya malah turut membawa minatnya terhadap buku Sekiranya beliau tiba ke negara yang dilawati kedai buku pasti dalam senarai rancangan perjalanannya Mengagumkan lagi apabila beliau mampu menghabiskan bacaannya dalam penerbangan pulang sebelum buku itu disimpan di perpustakaan di rumahnya. Dengan sikap sebegini, maka tidak mustahil jika Tun Dr. Mahathir mampu meneruskan budaya membacanya dengan jumlah tiga buku sehari

Diharap budaya dan kebolehan membaca dengan pantas dapat dijadikan teladan dalam setiap diri masyarakat Malaysia. Maka selayaknya Tun Dr. Mahathir diangkat menjadi Ikon Membaca yang dianugerahkan pada tahun 2012 Malah di dalam Majalah Niaga juga.Tun Mahathir meluahkan rasa supaya masyarakat ubah mentaliti dan sikap dalam usaha memupuk minat membaca Tegasnya,masyarakat perlulah tidak berkira tentang kos dan wang ringgit untuk berbelanja membeli buku Tidak perlu lokek untuk setiap sen yang dibayar bagi sejumlah  ilmu yang tiada nilainya

Melalui katanya. Sewaktu kecil saya belanjakan wang  vang diberi  ibu bapa saya untuk beli buku pada 

hari minggu Saya banyak membaca buku Bahasa inggeris  jadi sebab itu saya fasih dalam pertuturan Bahasa inggeris .Dari kecil lagi saya meletakkan kepercayaan tinggi apabila kita buat berrulang kali untuk sesuatu perkara.tidak dapat tidak. kita akan jadi cekap termasuk membaca buku

Apa yang dapat disimpulkan dalam kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia ini,beliau bukan sahaja tidak berkira dalam berbelanja untuk bahan bacaan tetapi melalui membaca beliau boleh fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris Mudah,bukan? Tambah beliau lagi. dengan membaca otak mampu bertindak lebih cekap.Malah boleh mendapat kesannya dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang apa yang dibaca itulah yang bakal kita dapat

Prinsipnya mudah_ banyak membaca maka banyak lagi pengalaman dan pengetahuan yang kita peroleh di masa hadapan. Jika itu yang diucapkan oleh seseorang yang dihormati dan disegani.mengapa pula kita harus mempertikaikan? Sebaiknya ambilkan tindakan dan tirulah tabiat itu

Tun Mahathir Mohamad. anak kelahiran Alor Setar. Kedah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat pada tahun 1981 Beliau kini yang berusia 91 tahun dan digelar Bapa Pemodenan masih lagi berpegang teguh pada prinsip pembelajaran adalah proses seumur hidup seiring dengan minat membacanya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

PERUBAHAN GAYA HIDUP