Kebiasaan Pada Hari Raya Ibadat atau Adat?
TIDAK DENGAR KHUTBAH
Bolehkah seseorang itu menunaikan solat sunat hari raya namun tidak mendengar khutbah?
Boleh,bahkan sah solatnya namun ia adalah khilaful aula (menyelisihi perbuatan yang lebih utama)kerana kita disunatkan mendengar khutbah hari raya. Diriwayatkan daripada Abdullah binSa'ib:"Aku bersama Rasulullah ketika solat hari raya.Seusai solat,Baginda bersabda:'Aku akan berkhutbah.Sesiapa ingin duduk mendengarnya,maka duduklah.Sesiapa ingin pergi,silakan pergi.'"(Riwayat Abu Dawud)
Namun ini bukanlah pengecualian untuk tidak mendengar khutbah raya.Sekiranya tiada apa-apa yang mendesak,kekallah mendengarnya kerana ia merupakan amalan para sahabat dan tabiin.
TAKBIR RAYA
Boleh ustaz huraikan tentang takbir raya?
Dari sudut tempoh masanya,takbir raya di sisi mazhab Syafi'i adalah bermula setelah tenggelamnya matahari pada malam hari raya sehinggalah selesai solat raya. Dari sudut hukumnya pula,sunat melaungkan takbir dengan suara yang kuat baik tidak kiralah ketika berada di rumah,di jalanan,di masjid dan sebagainya.
Lafaz takbir raya:
"Alah Maha Besr,Alah Maha Besar,Alah, Maha Besar.Tidak. ada Tuhan melainkan Alah danAlah Maha Maha Besar.Allah Maha Besar dan segala puj pujan hanya buat Alah.
GUGUR KEWAJIPAN JUMAAT
Selkiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat. adakah kewajipan solat jumaat gugur jika telah melaksanakan solat hari raya?
Jika hari raya iatuh pada han jumaat,maka para ulama bersepakat bahawa wajb menunaikan solat Jumaat bagi penduduk setempat atau mereka yang berkemampuan. Adapun rukhsah atau kelonggaran untuk tidak menghadini solat Jumaat itu khusus buat ahl al-bawaadi yakni penduduk di Kawasan pedalaman.Gambaran penduduk pedalaman ialah mereka yang tinggal jauh dari masijd yang mana jka mereka telah pulang daripada solat hari raya dan kembali semula ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat,mereka pasti terlepas solat Jumaat tersebut. Jika dilihat dengan teliti,ternyata keadaan ini amat jarang ditemui pada masa kini.Hal ini kerana masjid sudah pun terbina di seluruh pelosok tanah air,baik di kota,di desa ataupun di kawa- san pedalaman. Bahkan jka masjid jauh sekalipun,masyarakat hari ini telah memiliki kenderaan peribadi yang memudahkan serta mempercepat perjalanan menuju ke masjid. Maka,tidak ada alasan yang kukuh untuk meninggalkan solat,Jumaat tanpa sebab.
HUKUM DUIT RATA
Antara perkara yang menjadi peehatian ketika tibanya hari raya ialah pemberian duit raya.Apakah hukum memberi duit raya seperti yang biasa diamalkan?
Pada dasarnya,memberi duit raya bukanlah sebahagian darpada amalan yang dilakukan oleh para sahabat ketika menyambut hari raya.Namun ia merupakan adat tradisi bangsa Melayu sejak dahulu kala.Budaya hari ini terus berkembang sehingga ke hari ini.
Meskipun tidak disyariatkan, budaya memberi duit raya ini termasuk dalam bab sedekah dan memberi hadiah.Amalan ini sunat dilakukan sesama Muslim. Rasullah bersabda:"Berilah hadiah sesama kalian,nescaya kalian akan saling menyayangi."(Riwayat al-Bukhari)
Namun begitu,budaya memberi duit raya kadangkala dianggap sebagai suatu kewajipan pula di sisi sebahagian masyarakat sehingga ada yang rasa terbeban kerana perlu menyediakan perbelanjaan yang lebih di luar kemampuan diri semata-mata untuk menghidup- kan budaya ini. Perlu diingat bahawa memberi duit raya itu sunat sahaja,bukannya wajib.Sesiapa yang berkemampuan,silakan.Siapa yang tidak mampu,maka tidak perlulah menyusahkan diri.
BERSALAMAN LAWAN JANTINA
Menjelang hari raya,biasanya ramai saudara mara akan berkunjung ke rumah.Sudah menjadi kebiasaan kami sejak Kecil untuk saling bersalaman sesama saudara mara.Adakah amalan sebegini dibenarkan walaupun saudara berlainan Jantina?
Anjuran merjaga batasan pergaulan merupakan sebahagjan daripada syariat Islam.Kewajipan ini adalah terpakai dalam setiap keadaan dan tempat termasuklah ketika meryambut hari raya. Justeru,umat Islam perlu peka dengan siapa dia berinteraksi.Tidak dapat tidak,kita semua perlu mengenal pasti siapakah mahram dan siapa pula bukan mahram terutama dalam keadaan berkumpulnya kaum kerabat pada hari raya. Sekiranya seseorang itu termasuk dalam mahram,maka tidak mengapa bersalaman dengarmya.Jika tidak,maka tidak dibenarkan sama sekali.Jangan kerana memiliki hubungan sau-dara,kita tanpa rasa bersalah bersalaman dengan sepupu atau sanak saudara lain yang berbeza jantina.Sekiranya perlu bersalaman dengan warga tua yang bukan mahram sekalipun,usahakanlah untuk melapikkan tangan dengan kain atau seumpamanya.Namun jika mampu mengelak daripada bersalaman,maka itu lebih baik.Perkara yang biasa dilakukan tidak bermakna ia halal dan di- benarkan syarak.Sentiasalah berhati-hati dalam pergaulan.
ZIARAH KUBUR
Apakah hukum bagi amalan menziarahi kubur dan bersedih pada pagi hari raya?
Hukum meyiarahi kubur harus.Bahkan sebahagian ulama menyebutkan bahawa antara sebab Rasulullah suka mengambil jalan yang berbeza ketika pulang daripada menunaikan solat hari raya ialah untuk menziarahi perkuburan para sahabat dan kaum keluarganya.Cuma,kita tidak digalakkan bersedih dan berduka ketika menyambut hari raya kerana ia adalah hari untuk kita bergembira atas kemenangan bermujahadah atas gelojak nafsu.
Untuk mengelakkan perbuatan yang menyelisihi sunnah hari raya yang jelas menyeru kepadamenzahirkan kegembiraan,maka ubahlah tempoh ziarah kubur Sehari sebelum raya atau selepashari raya pertama.
AMALAN BERMAAFAN: SUNNAHKAH?
Apabila tibanya hari raya,kebiasaannya kita akan saling bermaafan sesama ahli keluarga dan kenalan.Bahkan dalam ucapan raya kita pun disebutkan lafaz maaf zahir dan batin.Adakah amalanbermaafan ini sebahagian daripada sunnah pada hari raya?
Pada dasarnya,saya tidak mendapati secara khusus dalil-dalil yang menunjukkan kepada galakan saling bermaafan pada hari raya,Sememangnya malan ini bukanlah amalan para salafussoleh terdahulu.Sebagaimana amalan memberi duit raya,amalan bermaaf-maafan termasuk dalam adat tradisi masyarakat Melayu yang dipupuk sejak sekian lama.Adat ini tidak menjadi suatu kesalahan untuk diamalkan.Lebih-lebih lagi budaya bermaafan sememangnya dituntut dalam Islam. Ketika hari raya,kebiasaannya seluruh ahili keluarga dapat berkumpul bersama-sama,bahkan saudara-mara dan sanak saudara juga saling berkunjung.
Peluang berkumpul beramai-ramai sebegini jarang berlaku.Maka,peluang sebegini diisi dan dimanfaatkan dengan saling bermaafan atas kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan. Allah berfirman:"Dan bersegeralah kamu kepada(mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat)keampunan daripada Tuhanmu,dan mendapat syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa.
"laitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,dan orang yang menahan kemarahannya,dan orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan ingatlah,Allah mengasihi orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."(Surah Ali 'Imran 3:133-134)
BERPUASA DI PAGI SYAWAL
Bagaimana jika saya tidak mahu beraya pada pagi Syawal sebaliknya ingin terus berpuasa.Adakah dibenarkan?
Menurut mazhab Syafi'i,berpuasa pada hari pertama Syawal adalah haram dan terlarang.Bahkan puasa itu tidak sah kerana ia dilakukan pada waktu yang haram.Seseorang itu hanya dibenarkan berpuasa semula pada hari berikutnya iatu hari kedua Syawal.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah:"Rasululah melarang umatnya berpuasa pada dua hari,iaitu Aidilfitri dan Aidilacdha.(Riwayat Muslim)
SYAITAN DIBEBASKAN
Benarkah syaitan mula dibebaskan apabila tibanya hari raya?
Saya tidak mengetahui hadis atau sebarang dalil yang menyatakan sedemikian. Hal ini kerana dalil yangmengisahkan syaitan dibelenggu pada bulan Ramadan pun mempunyai pelbagai tafsiran seperti syaitan berasa sukar untuk bergerak,bukannya dirantaidalam bentuk literal.
IBARAT BERPUASA SETAHUN
Saya dengar,jika kita amalkan puasa enam Syawal,maka pahalanya seperti puasa setahun. Sahihkah dakwaan itu?
Ya.Kenyataan tersebut bersandarkan kepada sabda Baginda:"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian dikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang tahun."(Riwayat Muslim)
Wallahu a'lam.
Ulasan
Catat Ulasan