MENGAPA ROKOK BERWARNA PUTIH

 

DIANGGARKAN 20,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat komplikasi merokok. Sehingga tahun lalu terdapat sejumlah lima juta perokok di negara di mana golongan lelaki adalah yang tertinggi 43%), manakala golongan wanita telah menunjukkan peningkatan (1% pada tahun 2011 kepada 1.4% pada tahun 2015).

Menyedari masalah ini,kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia akan memastikan setiap kawalan tembakau yang telah digariskan di bawah WHO FCTC dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyasarkan penurunan prevalen merokok kepada 30 peratus pada tahun 2025 dan seterusnya menuju ke penghujung permainan atau End Game of Tobacco iaitu prevalen kurang dari 5 peratus pada tahun 2045

Sempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada setiap 31 Mei,Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa komited di dalam membendung amalan merokok dan mengawal tembakau dan produk tembakau dengan lebih ketat.Adalah menjadi hasrat agar Malaysia menjadi sebuah negara dengan generasi yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok. 20 soalan-soalan di bawah. melibatkan perokok dan mengapa mereka merokok.apa yang membuatkan mereka terus merokok dan mengapa sukar untuk berhenti,yang dipetik dari NaturalNews.com. Soalan-soalan ini diajukan kepada para pelajar selama satu jam dalam kelas '14AndOut'yang kemudian diperiksa oleh guru dan pencipta program.yang mendedahkan cara untuk berhenti merokok dalam masa 14 hari atau kurang.secara semula jadi tanpa pil atau hipnosis. Kesemua 20 soalan tersebut memerlukan para perokok memikirkan mengenai pengetahuan bahan kimia yang dikaitkan dengan ketagihan,ritual paling lazim dan popular sebelum berubah,dan yang terakhir,kaitan dengan pemakanan dalam usaha mengganti dan memperbaharui' sistem penghadaman,pernafasan dan pembersihan yang terjejas. Jadi anda akan mempunyai tenaga dan keterampilan yang lebih positif sewaktu berhenti merokok


1

Bolehkah anda nama lima bahan kimia dalam rokok?

Kebanyakan dapat menjawab tiga dan berhenti di situ:"Tembakau, kertas dan nikotin?".Sesetengahnya menjawab termasuklah pestisid dan formaldehid Ada seorang yang menjawab fiberglass.Tidak ramai yang mengetahui,rokok komersial mengandungi sejumlah besar produk berbahaya. Itu sebab ia digelar sebagai cancer sticks.

Rokok mengandungi ammonia untuk nikotin dengan kekuatan super dan plastik [cellulose acetate) untuk membolehkannya terus menyala,dan glass wool(fiberglass filter).peluntur dan racun rumpai(GMO RoundUp).Kesemua bahan kimia ini bergabung untuk memberikan perokok rasa khayal' yang kemudian memberikan kelegaan kepada perasaan resah yang disebabkan oleh campuran 4.000 bahan kimia,yang disenaraikan lima di atas tadi

2 Mengapa rokok berwarna putih?

Ramai yang tiada idea mengapa rokok berwarna putih. Pokok berwarna coklat.Kertas dihasilkan daripada pokok Rokok dibalut dalam kertas berwarna putih yang telah dilunturkan.Anda sebenarnya menyedut asap yang mengandungi peluntur. Disebabkan itu apabila berhenti merokok,anda perlu menjalani proses detoksifikasi,bagi membersihkan organ terutama buah pinggang,pankreas dan hati daripada kesan-kesan peluntur  dan pestisid.Langkah ini penting. kerana anda tidak boleh hidup tanpa organ-organ utama ini.

3.Selain nikotin, apakah yang menyebabkan rokok menjadi suatu ketagihan?

Ramai yang menjawab nikotin,tetapi tidak boleh menerangkan mengapa ia terjadi. Ada yang merokok untuk menghilangkan kebimbangan, tetapi apa yang menyebabkan rasa bimbang?Sesetengahnya merokok untuk mendapatkan sedikit 'dorongan', tetapi mengapa mereka berasa kurang semangat? Majoriti yang merokok kerana berasa tertekan dengan kehidupan dan tercari-cari cara untuk menjalaninya,tetapi mengapa sukar untuk berhenti setelah situasi menjadi lebih baik?

Ketagihan sebenarnya bukan pada nikotin, sebalik satu kelegaan daripada sistem saraf pusat yang dipenuhi dengan toksin yang terperangkap dalam tar,juga di kedua-dua belah paru-paru

4 Bagaimana daun tembakau mengandungi racun?

Perokok tidak boleh menjawab soalan ini Kebanyakan tembakau adalah GMO(mengalami pengubahsuaian genetik di makmal).di mana gen kumbang dan rumpai pembunuh dimasukkan dalam biji benih,kemudian membesar di dalam tumbuhan. Pokok tembakau yang tumbuh dan membesar menghasilkan daun yang mempunyai ketahanan terhadap pembunuh kumbang dan rumpai,menjadikan setiap batang rokok sebagai racun yang bersifat karsinogenik.

5 Mengapa masa selama 15 tahun diperlukan untuk puntung rokok untuk terurai?

Asingkan bahagian dalam puntung rokok dan anda akan menjumpai bahan yang kelihatan serupa seperti penebat fiberglass. Benar,ini adalah 'kain bulu' kaca bukan span yang dibalut kejap. Jika ia cuma kertas dan kapas, sebagai contoh, ia akan terurai dan larut hanya selepas terdedah beberapa kali kepada hujan lebat.Serpihan kaca'mikroskopik ini berkumpul di paru-paru dan merosakkan tisu lembut dipanggil epitelium. Ia juga dikenali sebagai ground glass opacity dan boleh dilihat dengan jelas melalui imej imbasan CT.

6 Mengapa rokok menyala dengan sangat panas, sekata dan tidak pernah terpadam walaupun sewaktu angin bertiup kencang?

Ada yang menjawab nikotin. Sebenarnya,cellulosa acetate,yang digunakan dalam penghasilan filem foto,dijalin dengan kemas ke dalam kertas. Ia salah satu sebab mengapa rokok tidak terpadam sekali pun bertiup kencang,dan terbakar secara sekata,tidak hanya menyala pada satu bahagian.

7. Apakah kesan kesemua bahan kimia ke atas tubuh badan?

Menyedut asap rokok yang mengandungi pestisid,herbisid dan racun serangga,dicampurkan dengan ammonia dan peluntur, sememangnya amalan buruk yang mana anda tidak boleh berhenti tanpa dibantu. Kebanyakan perokok yang berhenti secara tiba-tiba, akan kembali merokok selepas enam bulan akibat berasa tertekan sewaktu proses detoksifikasi bahan kimia yang lama, ditambah pula tiada pengetahuan mengenai pemakanan. Sumber organik, makanan alkali dan air sangat penting dalam proses pemulihan pantas dan 'membunuh' rasa ingin merokok.

8 Mengapa pil,tampalan dan gula-gula nikotin kurang berkesan?

Tiada siapa tahu jawapannya. Untuk memendekkan cerita,tiada situasi yang boleh dibandingkan dengan pengalaman yang dilalui perokok selepas berhenti atau dalam proses berhenti. Tampalan dan gula-gula nikotin memberikan sekitar lima peratus daripada dos yang diperoleh daripada rokok komersial.Manakala pil pula menyekat hormon dan Dopamin,menimbulkan rasa ingin membunuh diri.Ramai yang kurang menyenanginya.

9 Apakah agensi kerajaan mengawal kadar keberkesanan nikotin?

Tiada siapa yang mengawalnya. Kalau pun ada,mereka tidak boleh mengukur kadar keberkesanan sebenar nikotin selepas dicampurkan dengan ammonia Lagi pun pernah anda melihat berapa miligran nikotin yang terkandung pada rokok? Tengok betul-betul pada kotak dan karton rokok,tiada maklumat mengenainya.

10 Mengapa rokok dicampurkan dengan ammonia?

Untuk kesan yang lebih pantas. Nikotin yang dicampurkan dengan ammonia membolehkan nikotin sampai ke jantung dan otak hanya dalam masa 3 SAAT. Ini menyebabkan perokok amat menggemari sesetengah jenama tertentu. Bukan saja rokok,rokok elektronik juga boleh menyebabkan anda ketagihan nikotin.

11. Adakah corak pernafasan anda menjadi lebih baik sewaktu merokok?

Jawapannya, ya dan tidak,tetapi jawapan sebenarnya adalah ya. Sekitar 98 peratus perokok bernafas mengikut paten yang spesifik. Tarik nafas,tahan dan lepaskan asap rokok, berbeza sama sekali dengan paten pernafasan tipikal sewaktu tidak merokok. Apabila berhenti merokok,maka ritual ini turut terhenti, yang mana ia sebenarnya ritual yang menenangkan walaupun bahan kimia berbahaya disedut ke dalam paru- paru. Ritual pernafasan ini dilupakan, yang mana menjadi punca gagal untuk berhenti. tidak boleh menenangkan diri,terutama selepas makan.

12. Adakah anda mempunyai tabiat tangan di mulut?

Sudah pasti ada. Satu pek tipikal mengandungi 20 batang rokok dan dianggarkan dianggar terdiri daripada 1--12 hembusan asap.Sekiranya satu kotak rokok dihabiskan sehari,tangan anda turun dan  naik sebanyak 250 kali sehari.Kalau dua kotak rokok,500 kali tangan turun dan naik dalam sehari.Bagi mengekang tabiat ini. anda perlu menggantikannya sama ada dengan air, kekacang, snek sihat, coklat atau apa saja makanan yang sihat.

13. Adakah merokok satu bentuk meditasi?

Sesetengah menjawab ya, dan ia sama sekali benar.Kebanyakan perokok akan mengubah sekitaran untuk merokok, seperti pergi ke luar pejabat atau beredar daripada orang tertentu. Sekiranya nikotin berjaya digantikan dengan kaedah nutrisi yang betul dan keseimbangan pH dalam tubuh. meditasi menjadi lebih mudah dan boleh menjadi 'teman baik' anda.

14 Mengapa ramai gemar merokok selepas makan?

Sekitar tahun 1930an, Camel mengiklankan rokok membantu penghadaman.Malah mereka menunjukkan doktor mengesyorkan jenama kegemaran dan terdapat satu iklan yang menyatakan anda harus menghisap rokok di antara hidangan sewaktu acara Thanksgiving.Mitos itu terus dipercayai sehingga kini dan terus diingati selepas seabad lamanya Sebenarnya, corak pernafasan yang memberi kelegaan kepada perokok.

15 Adakah tembakau organik wujud?

Memang ada,tetapi tiada siapa mengetahui manfaatnya. Lupakan tampalan,pil,gam dan dekatkan diri anda dengan bahan semula jadi Beli daun tembakau organik dan gulung rokok anda sendiri

16 Apakah yang dimaksudkan seni pernafasan?

Di sini diberikan taktik mudah yang membantu ramai berhenti merokok.Letakkan dua jari seperti anda sedang memegang rokok,sedut umpama anda sedang merokok. tahan selama satu atau dua saat,kemudian hembuskan seperti mengeluarkan asap rokok.Lakukan ini setiap kali timbul keinginan untuk merokok. Percayalah,anda perlu melakukannya banyak kali Jangan putus asa!

7. Mengapa ramai yang naik berat badan apabila berhenti merokok?

Soalan ini ada banyak jawapan.Yang paling popular adalah kurang rangsangan, kemurungan,keraguan dan perasaan negatif,tetapi jawapan yang mereka tidak beri adalah pemakanan. Kebanyakan perokok tidak menjaga pemakanan. Apabila berhenti,gaya pemakanan yang sama masih lagi diamalkan. Itu sebabnya berat badan meningkat.

18 Bagaimana cara untuk membenci rokok, jika kita sebenarnya sangat menggemarinya?

Anda kerap mendengar daripada perokok."Saya tidak sukakannya!"tetapi mengapa tidak boleh berhenti? Ia disebabkan mereka amat menyukai kelegaan yang dirasai tatkala merokok yang mengandungi racun pembunuh serangga dan rumpai,tetapi tidak tahu bagaimana menjelaskannya.

19 Bagaimana cara menangani desakan dan stres sewaktu berhenti merokok?

Tiada sesiapa pun boleh menjawab. Jawapannya ialah pemakanan,tetapi tidak banyak program berhenti merokok menyatakannya.

20. Apakah sebab utama pil kurang berkesan, tetapi menjadikan keadaan semakin buruk?

Ubat seperti Zyban dan Chantix berkesan pada sesetengah individu,tetapi bagi kebanyakan ia umpama mimpi menakutkan dan meningkatkan rasa bimbang.Memang benar, 'kesan sampingan' dalam usaha berhenti merokok menggunakan ubat adalah rasa paranoia. Namun ia bukanlah sesuatu yang dibimbangkan kerana, kemurungan umum,rasa resah, tidak boleh tidur,kurang daya rangsangan seks,ia bukan sesuatu yang baru kepada perokok.Kini terdapat satu lagi tambahan-serangan jantung!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT