Pesan Abah (pengetua) 1

 

RESEPI SATU:  ADA MATLAMAT HIDUP

  1. Ingin melangkah lebih jauh dalam hidup?
  2. Hidup tidak bermatlamat? Tiada wawasan?
  3. Tidak tahu bagaimana hendak menetapkan matlamat hidup?

1.Buatlah matlamat yang spesifik.

 Nyatakan dengan jelas apa yang kita inginkan.Apa? Bila? Siapa? Berapa lama? Di mana? Bagaimana? Dan apa-apa penjelasan yang kita rasakan perlu bagi menjadikannya lebih menarik.Lewis Walker,Presiden Institut Jururunding Kewangan Berdaftar di Amerika Syarikat,memberikan suatu perkara yang mesti dielakkan dalam membuat sasaran, "Jangan buat matlamat dan sasaran yang kabur."

2.Jadikan matlamat itu suatu yang dapat dinilai.

Apabila tiba tempoh jangka masa yang ditetapkan, kita dapat menilai sama ada kita berjaya mencapainya ataupun tidak. Contohnya, mendapat 'A' dalam subjek Matematik dapat dinilai, tetapi apabila kita mempunyai matlamat 'hendak menjadi seorang yang gembira', ia sudah tentu sukar untuk dinilai.

3.Jadikan ia realistik. 

Usah membuat matlamat yang terlalu idealistik sehingga tidak praktikal untuk dilaksanakan. Buatlah matlamat yang sesiai dengan kemampuan,minat dan krboletan Kita.Tidak praktikal apibila kita hendak menyertai Pandu Putei jika kita soorang lelaki!

4.Tetapkan tempoh masa yang jelas dan munasabah.

Tetapkan kerangka mass yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai.Apabila markah subjek Matematik sekarang adalah 60 peratus, adakah munasabah apabila kita hendak meningkathan sehingga 98 peratus dalam ujian esok hari?Dengan itu,kita juga perlu melihat kemampuan,minat dan kebolehan kita dalam situasi ini

5.Serasi dengan jiwa.

Matlamat yang 'asing' dengan jiwa dan perangai kita biasanya akan ditinggalkan tidak lama kemudian. Renunglah diri secara ikhlas dan jujur.Apakah kepercayaan dan nilai yang ada di dalam diri? Bagai- manakah kita melihat sesuatu? Apakah perkara yang dibenci? Apakah idealisme kita?

6.Pecah-pecahkan matlamat. 

Mungkin matlamat kita terlalu banyak sehingga nampak sukar.Bahagikan ia kepada tahunan,bulanan, mingguan dan harian. Apabila kita hendak mengumpulkan sebanyak RM100,000.00 dalam masa 30 tahun, berapakah duit yang perlu kita tabungkan setiap hari? Berapa banyak yang hendak dimasukkan ke dalam akaun pelaburan setiap bulan?

7.Sebarkan kepada orang lain.

 Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi dengan memberitahu orang lain apa yang kita hendak capai, ia meningkatkan semangat kita. Lebih daripada itu, orang lain juga mungkin dapat memberi idea dan bantuan bagaimana mencapainya.

8. Kita mesti bertanggung- jawab. 

Ia adalah matlamat milik kita, bukan milik ibu bapa,rakan ataupun jiran. Oleh itu, ber- tanggungjawab dengan apa yang kita tentukan untuk diri. Selalulah membuat post mortem dan muhasabah prestasi matlamat kita. Ia bukan perkara yang sukar apabila matlamat kita mempunyai rangka masa dan dapat dinilai.

9.Berdisiplin dan istiqamah.

Ramai orang yang mempunyai matlamat tetapi hanya tinggal matlamat. Tetapkan standard disiplin yang perlu dipatuhi dan tentukan tahap minimum usaha yang perlu kita lakukan dalam suatu masa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT