Aidilfitri daripada Adat kepada Ibadat
Menyambut Hari Raya adalah ibadah dalam Islam.Aidilfitri merupakan hari kejayaan dan kegembiraan bagi setiap orang Mukmin yang telah berjaya menjalani kursus intensif di madrasah Ramadan selama satu bulan.Berikut adalah beberapa perkara sunah ketika menyambut ketibaan bulan Syawal, agar Aidilfitri yang kita raikan benar-benar diterima sebagai ibadat di sisi Allah.
1)Bertakbir
Umat Islam disunatkan bertakbir pada Hari Raya Aidilfitri bermula dari malam raya sehingga imam mengangkat takbiratulihram untuk solat sunat Hari Raya.Bagi Aidladha, ia disunatkan bermula selepas solat subuh 9 Zulhijah sehingga selepas asar hari ke-3 tasyrik(menurut tarjih Imam al-Nawawi).
Umat Islam sangat digalakkan untuk memahami dan menghayati setiap ungkapan takbir yang dilaungkan.la sarat mengandungi makna keagungan dan keesaan Alah,serta knbenaran janjiNya untuk memberi pertolongan kepada orang Mukmin.Bahkan la juga mengingatkan kita tentang peristiwa perang Ahzab,di mana Allah telah memporak-perandakan tentera barisan Ahzab dengan kekuasaan-Nya.
2)Mandi Sunat,Memakai Pakaian yang Terbaik dan Berwangi-Wangian
Imam al-Hakim telah meriwayatkan bahawa Hasan bin Ali bin Abi Talib r.a.berkata:"Rasulullah s.a.w.telah memerintahkan kami pada kedua-dua Hari Raya supaya memakai sebaik-baik pakaian yang kami miliki,menggunakan wangian yang paling baik dan menyembelih binatang korban yang paling berharga(mengikut kemampuan)."(A/-Mustadrak al-Hakim,jl. 4,him.230)
Manakala berkenaan mandi sunat Hari Raya pula,tidak ada sebarang hadis yang sahih tentangnya,tetapi terdapat beberapa athar daripada para sahabat r.a.Antaranya ialah ungkapan Abdullah Ibn Abbas ra.:"Rasulullah s.a.w.sentiasa mandi pada hari Aidilfitri dan Aidiladha."(Riwayat Ibn Majah no.1315)
Menurut Sheikh Nasiruddin dalam kitabnya Inwa'al-Ghall,katanya:"Sebaik-baik dalil tentang sunatnya mandi pada Hari Raya adalah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di mana Sayidina Ali t.a. telah ditanya oleh seorang lelaki tentang mandi,lantas beliau menjawab:Mandilah setiap hari kalau kamu kehendaki.'Lelaki itu berkata lagi:'Aku maksudkan mandi yang betul-betul mandi(mendapat pahala)" Ali menjawab:Hari Jumaat,hari Arafah,Hari Raya Aidiladha dan Aidifitri"(Irua"al-Ghaill 。1.him.176)
Wujudkan suatu persekitaran ibadah dalam rumah masing-masing.Apabila Hari Raya menjelang tiba,anak-anak perlu diIngatkan untuk melakukan perkara-perkara ini sebagai suatu bentuk ibadah.Walaupun ia dihat kecil tetapi roh ibadah ini akan membawa kepada keberkatan dalam keluarga.
3)Makan Sebelum Keluar Rumah
Imam al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa Anas bin Malik berkata:"Rasululah s.a.w.tidak keluar dari rumah Baginda pada hari Aidifitri,melainkan Baginda makan beberapa biji tamar terlebih dahulu.Baginda makan beberapa bij kurma dalam bilangan ganjil(bukan genap)"(Riwayat al-Bukha(no910)
Olch sebab itu,sebaik-baik makanan pada pagi tersebut ialah kurma kerana menepati dua sunah iaitu sunah makan terlebih dahulu dan sunah memakan kuma. Walau bagaimanapun,tidaklah pula menjadi suatu kesalahan memakan selain kurma kerana ia tetap mendapat pahala makan sebelum keluar dari rumah,insyaAlah.
4)Pergi ke Masjid dan Pulang dengan Melalui Jalan yang Berbeza
Jabir bin Abdullah t.a.menceritakan bahawa pada Hari Raya,Rasulullah Saw menggunakan jalan yang berbeza.(Riwayat al-Bukhari no.943)Abu Hurairah ra.jua turut menyatakan:"Setiap kal Hari Raya, Rasulullah s.a.w.apabila keluar menunaikan solat Hari Raya,kemudian Baginda pulang melalui jalan yang berbeza."(RiwayatTirmizi no.541).
Justeru,usahakanlah untuk menghidupkan sunah ini.Semoga kesungguhan kita memilih jalan berbeza untuk pulang ke rumah semata-mata kerana menurutinti sulullah s.a.w.,bakal menambahkan kasih kita kepada Baginda s.a.w.
5)Ucapan Hari Raya
Jubair bin Nufair r.a. berkata:"Apabia para sahabat Rasulullah s.a.w.bertemu sesama mereka pada Hari Raya,mereka saling mengucapkan:
Maksudnya:"Moga-moga Allah meneia amalan kami dan amalan kalian semua (Ibn Hajar,Fath al-Bari, jl. 2,him. 517 dan Sheikh Nasiruddin,Tamam al-Minnah,hlm. 354)
Namun begitu,tidak ada sebarang larangan untuk kita mengungkap "maaf zahir batin"atau "selamat Hari Raya", tetapi sebagai umat yang sentiasa ingin menjadikan generasi para sahabat sebagai contoh,maka utamakanlah ungkapan yang diamalkan oleh para sahabat ini,kemudian dikuti adat masyarakat setempat.Semoga Allah menempatkan kita bersama para sahabat Baginda di akhirat kelak.
6)Solat Sunat Hari Raya dan Mendengar Khutbah
Umat Islam disunatkan melakukan solat sunat pada kedua-dua Hari Raya secara berjemaah dan mengambil iktibar daripada khutbah yang disampaikan.Para imam berkewajipan mengingatkan umat Islam akan kebesaran Allah dan menimbulkan rasa kesyukuran kerana telah berjaya menundukkan hawa nafsu sepanjang Ramadan serta menasihatkan ummah agar sentiasa istiqamah dengan ketaatan dalam 11 bulan seterusnya.
Begitu juga para imam perlulah menggalakkan masyarakat agar berkongsi kegembiraan Hari Raya ini dengan golongan fakir miskin dengan memberi zakat dan bersedekah kepada mereka.Sebaiknya juga, dalam khutbah imam menjelaskan makna takbir yang dilaungkan,contohnya seperti kisah pertolongan Allah dalam perang Ahzab,supaya ia menjadi ingatan umat Islam dalam menghadapi cabaran menjaga agama mutakhir ini.
Awas!
Ada dalam kalangan umat Islam yang merosakkan ketaatannya selama sebulan sepanjang Ramadan, hanya pada hari pertama Syawal.Menyambut Hari Raya sehingga meninggalkan solat,tidak menutup aurat, pergaulan tanpa batas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram,makan yang terlampau sehingga membahayakan kesihatan, pembaziran dan sebagainya. Ini adalah akibat mereka yang"menyembah"Ramadan,sedangkan yang sepatutnya mereka sembah ialah Tuhan Ramadan yang juga mesti disembah pada bulan-bulan yang lain.
Ulasan
Catat Ulasan