Membaca sebagai Gaya Hidup

 Pada tahun 2019, tular gambar Gigi dan Bella Hadid, iaitu adik-beradik yang menjadi model antarabangsa terkenal sedang memegang buku di tangan sambil bersiar-siar, Lazimnya, gambar seseorang yang sedang berjalan-jalan sambil memegang buku bukanlah kejadian yang boleh menimbulkan kekecohan, namun disebabkan kedua duanya merupakan model terkenal, maka pihak media menganggap bahawa gambar tersebut merupakan fenomena luar biasa yang mahu dihebohkan. Kaitan antara model terkenal dengan buku (membaca dianggap sebagai hobi yang membosankan) merupakan pertembungan bertentangan yang menarik untuk dikupas.

Berita dan hantaran dalam media sosial yang tular menjadikan buku sebagai aksesori yang menarik untuk digayakan. Penjenamaan semula buku sebagai aksesori telah meletakkan buku berada pada tahap yang sama dengan beg tangan, telefon bimbit dan haiwan peliharaan. Buat seketika, membaca buku antara aktiviti santai dan menjadi ikutan dalam kalangan masyarakat

Namun begitu, menggelarkan buku sebagai aksesori seolah-olah menjadikan buku sebagai perhiasan tanpa makna yang bertujuan menunjuk-nunjuk. Selain itu, buku dijadikan sebagai aksesori untuk bergambar seolah-olah mengatakan bahawa kedua-dua model tersebut hanya menjadikan buku sebagal aksesori semata-mata, dan bukannya mereka memegang buku disebabkan mereka membaca buku. Pemerhatian lebih mendalam boleh juga ditafsirkan sebagai seseorang model itu bukanlah seseorang yang membaca, maka mereka bukan orang yang bijak dan berpengetahuan. Hal ini merupakan penghinaan terhadap wanita cantik di mana-mana!

Walau bagaimanapun, isu yang tular ini mencetuskan pertanyaan sama ada membaca boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada gaya hidup atau sebaliknya. Peningkatan penggunaan aplikasi media sosial sebagai sebahagian daripada aktiviti gaya hidup membantu memberikan ruang kepada buku dan aktiviti membaca. Buku, selain fungsinya untuk dibaca, apabila dibawa ke mana-mana, memberikan imej bahawa pemilik buku merupakan seseorang yang berbudaya, berilmu pengetahuan dan pemikir. Buku dijadikan aksesori tambahan ketika sedang minum petang di kafe. Selain itu, buku juga menjadi peneman sewaktu menaiki pengangkutan awam, berehat di taman, dan bersantai di rumah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), gaya hidup didefinisikan sebagai cara tertentu individu atau kumpulan menjalani kehidupan. Peningkatan perkongsian dalam media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Snapchat mendapati bahawa buku dan aktiviti membaca menjadi sebahagian daripada gaya hidup pembaca di serata dunia. Penggunaan gelaran seperti #bookstragrammer dan #booktwitter menunjukkan wujudnya komuniti pembaca dalam platfrom media sosial ini. Namun begitu, apakah bentuk aktiviti yang dikatakan menyumbang kepada gaya hidup tersebut?


Antara aktiviti berkaitan dengan buku yang menyumbang kepada gaya hidup dan menjadi petanda bahawa membaca itu merupakan gaya hidup anda adalan seperti yang berikut:

1. Sentiasa membaca buku ke mana-mana Buku ditafsirkan sebagai buku fizikal atau tablet untuk membaca seperti Kindle dan Pocketbook.

2. Membaca di mana-mana sama ada semasa berada dalam pengangkutan awam, sewaktu beratur dalam barisan , atau sedang menunggu makanan dihidangkan di restoran.

3. Membaca pada bila-bila masa untuk mengisi masa lapang. Walaupun hanya selama beberapa minit sama ada ketika waktu sedang berehat

4. Membaca pelbagai jenis bahan baran seperti komik, majalah, artikel, buku kanak- kanak dan buku ilustrasi Pilhan bahan bacaan tidak terhad kepada novel  tebal buku sastera atau buku-buku fiksyen semata-mata

5. Mempunyai matlamat membaca. Antara matlamat yang boleh ditetapkan masa membaca seperti 20 minit sehari senang atau bilangan buku yang dibaca seperti 52 buah buku setahun atau sebuah buku seminggu.


6. Berkongsi petikan buku yang dibaca.


7. Menulis ulasan buku dan berkongsi ulasan tersebut dalam media sosial.


8. Mempunyai tempat kegemaran untuk membaca seperti di kafe ataupun di taman

9. Membaca buku bersama dengan keluarga, atau kawan-kawan secara kuat.


10. Sesetengah pembaca membuat readathon secara berkala, iaitu aktiviti membaca dalam tempoh tertentu, sama ada selama beberapa jam hingga 48 jam tanpa henti bersama dengan rakan pembaca

11. Mendengar buku audio sewaktu menjalani aktiviti harian lain seperti sewaktu menggunakan pengangkutan awam, memandu kereta, memasak atau bersenam

12. Mempunyai penulis kegemaran dan mengumpul semua buku tulisan mereka

13. Berasa teruja apabila mengetahui orang lain membaca. Rasa ingin tahu jenis buku yang dibaca, buku kegemaran mereka dan sama ada mereka saling berkongsi minat membaca yang sama.

14. Memasuki pintu utama kedai buku  berasa seperti masuk ke dalam taman impian. Walaupun tidak membeli buku tetapi dapat memegang tulang buku dan mencium bau buku sudah memadai.

15. Mengetahui keberadaan perpustakaan di sekitar tempat tinggal atau tempat yang dilawati sewaktu bercuti. Mempunyai kad keahlian membaca. Suka singgah di perpustakaan pada waktu lapang dan suka meminjam buku.

16. Suka menyertal aktiviti berkaitan dengan buku. Menjadi ahli kelab buku dan mendengar pembaca berkongsi mengenai buku

17. Membeli buku dengan kerap walaupun mempunyai banyak buku lain di rumah yang menunggu untuk dibaca.

18. Membaca beberapa buah buku dalam satu-satu masa (pembaca poligami).

19. Mempunyai senarai buku untuk dibaca (dan dibeli).

Berdasarkan pelbagai kajian, membaca merupakan aktiviti yang menyumbang kepada gaya hidup yang posif dan menyihatkan. Membaca buku juga membantu kita membina Fokus, mengurangkan tekanan, menambahkan ilmu.membina empati dan pemahaman terhadap masalah orang lain malah menjadikan pembaca sebagai penulis yang berkemahiran.

Penulis ingin berkongsi satu artikel menarik daripada Mel Magazine iaitu penulisnya berkongsi tentang bagaimanakah membaca telah menjadi satu jenama gaya hidup kerana membaca buku melibatkan industri ekonomi sama seperti pemilihan jenama barang dan aksesori lain dalam hidup anda. Dalam erti kata lain, pemilihan buku yang dibaca boleh disebabkan pengaruh cara buku atau penulis tersebut dipaparkan. Sebagai contoh, pembaca mungkin memilih untuk membaca buku yang disenarai akhir dalam Nobel Prize in Literature kerana prestij yang berkaitan dengan pembacaan buku sebegini. Selain itu, pembaca juga mungkin terpengaruh untuk membaca buku dalam genre tertentu atau oleh pembaca tertentu disebabkan pengaruh pembaca lain dalam kumpulan tertentu.

Menurut kajian oleh Pew Research Centre pada tahun 2012 pula, antara sebab orang suka membaca adalan kerana membaca merupakan pilihan gaya hidup. Penulis bersetuju dengan pandangan ini, kerana penulis sendiri boleh hidup tanpa televisyen kerana membaca telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup penulis.

Bagi yang berhasrat dan baru berjinak-jinak untuk menjadikan aktiviti membaca ini sebagai sebahagian daripada gaya hidup, bolehlah mengamalkan 19 tip gaya hidup yang dikongsikan dalam artikel ini. Mulakan dengan membaca buku ke mana-mana dan baca buku dengan konsisten setiap hari. Lama-kelamaan, aktiviti ini akan menjadi tabiat dan sebahagian daripada gaya hidup - tr

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT