Motivasi Diri di Aidilfitri

 Bulan Ramadan akan berakhir.Kita akan menyambut Hari Raya. Aidilfitri.Adakah andasudah bersedia? Apakah motivasi tertinggi yang boleh kita ambil untuk manfaat diri, keluarga dan masyarakat dari sambutan Hari Raya yang kita sambut saban tahun?

Hadiah Kemenangan

Hari Raya ini adalah sebagai hadiah daripada Allah s.w.t.kepada umat Islam atas kejayaan perjuangan mengekang hawa nafsu yang getir pada bulan Ramadan. Allah menghalalkan kita berbuka dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.Amat tidak beradablah jika kita tidak menyambut hadiah tersebut dengan kegembiraan.

Mengekalkan Syariat Ibadah

Hari Raya hendaklah disambut mengikut syariat dan tidak bercampur baur dengan perkara yang dilarang.Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan lain seperti Hari Kemerdekaan, Hari Buruh atau hari keputeraan pemimpin kerana ia merupakan kurmiaan Allah s.w.t. khusus kepada hamba-hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadan.

Apabila diri kita telah terbiasa dengan ibadah pada bulan Ramadan,maka mudahlah untuk kita meneruskan ibadah tersebut seperti:

  1. Berpuasa sunat pada har Isnin dan Khamis atau pada awal,pertengahan dan akhir setiap bulan Hijrah.
  2. Membaca al-Quran.
  3. Solat sunat malam termasuk solat sunat Witir sebelum tidur.
  4. Biasakan lidah berselawat dan berzikir
  5. Mengurangkan perbelanjaan.
  6. Solat berjemaah di masjid atau surau
  7. Mendengar ceramah agama,kuliah, tazkirah dan pengajian.
  8. Mengurangkan makan-minum dan mudah berlapar.
  9. Bersedekah atau memberi orang miskn makan.

Timbul Rasa Simpati dan Empati

Selepas bulan Ramadan kita akan berasa mudah untuk menanam rasa keprihatinan terhadap orang yang miskin,susah,ditimpa  bencana dan kurang bermasib baik.Jika ada kesempatan ziarahilah rumah anak. anak yatim,pusat perlindungan remaja bermasalah,pusat serenti,rumah orang tua,institusi orang kurang upaya,pusat pemulihan dan penjara.

Menanam Rasa Tanggungjawab

Dengan menunaikan zakat fitrah pada bila-bila masa sepanjang bulan Ramadan hingga solat sunat Aidilfitri akan menimbulkan rasa tanggungjawab indvidu kepada masyarakat.Kita hendaklah saling ingat-mengingat dalam hal ini.

Hidupkan Roh Takbir Hari Raya

Takbir Hari Raya yang dikumandangkun sejak terbenamnya matahari Ramadan hingga takbir solat sunat Hari Raya merupakan takbir kemenangan umat Islam  yang mampu meningkatkan semangat dan iltizam untuk membuat yang lebih baik pada tahun berikutnya.

Takbir yang disunatkan kepada kita mengucapkannya dengan menguatkan suara ini juga mengingatkan umat Islam atas kemenangan Rasulullah s.a.w.dan sahabat dalam peperangan Uhud melawan  kafir Quraisy.Firman Allah s.w.t.yang bermaksud:"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjunjuk-Nya yang diberikan kepadamu supaya kamu bersyukur."(Surah al-Baqarah 2:185)

Perhimpunan Ahli Keluarga

Pada malam Har Raya,seluruh ahli keluarga dari jauh dan dekat berhimpun di rumah ibu bapa atau orang tua-tua dengan melakukan amal ibadah dan menghidupkan malam Hari Raya itu dengan mendirikan solat fardu berjemaah,solat sunat,bertakbir memanjatkan doa ke hadrat llahi,beramah mera dan berkasih sayang.

Imam al-Syafi telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah antara malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana kata beliau dalam al-Umm. Telah sampai kepada kami bahawasanya permah dikatakan bahawa sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam;malam Jumaat,malam Hari Raya Aidiadha,malam Hari Raya Aidilfitri,awal malam Rejab dan malm Nisfu Syoaban."

Amalan Sihat Bangun Pagi

Pada pagi Hari Raya disunatkan mandi kerana Hani Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan al-Fakih bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Aidiladha.Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah.

Penampilan Diri yang Mantap

Disunatkan memakai pakaian yang baru dan terbaik,bersih dan memakai harum-haruman. Tidak kira sama ada hendak ke masjid untuk solat Hari Raya ataupun duduk di rumah,kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias dan mencantikkan diri. Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:"Bahawasanya Nabi s.a.w.memakai kain yang bergaris-garis untuk diselimutkan pada badan pada setiap kali hari raya."(Riwayat al·Syafti dan al-Baghawi)

Amalkan Pemakanan Seimbang

Sebelum keluar ke masjid menunaikan solat sunat Hari Raya Puasa disunatkan makan dan minum terlebih dahulu,mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas r.a,beliau berkata:"Rasulullah s.a.w.tidak keluar dari rumah pada hari Aidilfitri,melainkan Baginda makan beberapa biji tamar terlebih dahulu. Baginda makan beberapa tamar dalam bilangan ganjil."(Riwayat al-Bukhari no.910)

Pertemuan Bermanfaat

Oleh kerana Hari Raya ialah hari kemenangan dan kegembiraan,disunatkan bagi sesama Muslim saling mengucapkan ucapan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:

Ka

"Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua."

Daripada Jubair bin Nufair, salah seorang tabiin (orang yang hidup selepas sahabat Nabi s.a.w.)telah berkata:"Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.apabila berjumpa pada Hari Raya,mereka mengucapkan kepada yang lain,'Semoga Alah menerima amalan kami dan amalan kalian semua."

Menurut pandangan jumhur ulama,mengucapkan tahniah pada Hari Raya merupakan perkara yang disyariatkan dalam Islam.

Amalan Ziarah-Menziarahi

Ambillah kesempatan pada Hari Raya untuk saling ziarah-menziarahi rumah terutama sekali ibu bapa,saudara-mara yang ditua-tuakan,sahabat handai,jiran tetangga,guru,rakan sejawat dan kenalan yang sudah lama tidak bertemu.Amalan ini Juga termasuk dalam perkara yang digemari dan disyariatkan dalam Islam. Antara adab ziarah ialah:

  1. Orang yang pergi berziarah hendaklah sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam.
  2. Hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk.
  3. Tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu bilik,sudut peribadi di dalam rumah atau melihat wajah ahli rumah Muslimah.
  4. Menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi.
  5. Memilih waktu yang sesuai untuk berziarah.

Mengadakan Majlis Keraian dan Kesyukuran

Boleh mengadakan majlis keramaian,keraian dan kesyukuran tanpa mengabaikan syariat Islam.Diriwayatkan daripada Aisyah r.ha.,beliau berkata: "Rasulullah s.a.w.masuk ke rumahku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Buath. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya.Kemudian Abu Bakar masuk,lalu mengherdikku dengan berkata:"Seruling syaitan di sisi Nabi s.a.w.I" Rasulullah s.a.w.menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata:"Biarkan mereka berdua itu."Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah:"Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada Hari Rayanya,dan hari ini adalah Hari Raya kita."(Riwayat al- Bukhari no.907)

Jangan Abaikan Amalan Wajib

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya,perlu dingat,jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah s.w.t.seperti mendirikan solat fardu,menjaga batas pergaulan dan mendahulukan perkara yang lebih utama.

Ingat Tentang Mati

Dengan menziarahi pusara ibu, ayah, datuk,nenek,guru dan saudara-mara, kita boleh mengenang kembali bahawa penghujung kehidupan kita ialah kematian. Ini akan menundukkan nafsu ego dan sifat bongkak kita.

Kesimpulan

Apa yang diharapkan daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini,bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi apa yang lebih penting dan lebih utama adalah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya kerana menghidupkan,membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Aidilfitri.Pada masa yang sama Aidilfitri boleh mendatangkan motivasi yang tinggi untuk kita menghadapi masa hadapan dengan lebih berketerampilan untuk menuju kecemerlangan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT