Pesan Abah (pengetua) 2

 

Resipi dua: Meningkatkan Keyakinan Diri

Sentiasa rasa lemah semangat?

Tidak berani melakukan perkara yang baru?

Hidup tidak melangkah ke hadapan?

1.Fikirkan boleh. 

Tidak ada yang mustahil sebelum mencuba. Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba? Kalau orang lain dapat melakukan, kenapa saudara tidak? Ini adalah cogan kata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati.Dengan berpegang kepada cogan kata ini, tiada apa yang mustahil dalam hidup saudara.

2.Saudara bukan gagal, cuma belum berjaya. 

Jangan cepat melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang 'GAGAL'. Kesannya amat buruk. Saudara bukan gagal,tetapi belum berjaya. Mungkin saudara hanya memerlukan selangkah lagi untuk berjaya, jadi kenapa berhenti sekarang?

3.Berdikari.

Jangan terlalu bergantung pada orang lain. Semua manusia dalam dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Saudara juga tidak terkecuali. Apa yang perlu dilakukan adalah mengenali potensi diri dan menggilapnya. Saudara dapat melakukannya sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Adakah saudara mempunyai kekuatan yang tidak dimiliki oleh orang lain.

4.Berfikir secara kreatif.

Dengan berkreatif,saudara dapat melihat 'cahaya-cahaya' baru yang menerangi 'kegelapan' selama ini.Kadangkala, perkara itu bukan sukar.Tetapi,oleh kerana saudara menyempitkan pemikiran, akhirnya saudara rasa terhimpit dan hilang motivasi. Oleh itu, belajar untuk berkreatif.

5.Bersikap positif dan optimis.

Langit tidak selamanya mendung.Alam tidak selamanya malam. Pasti suatu masa,fajar akan menyingsing datang menebarkan sinarnya.Jangan berputus asa dengan rahmat Tuhan.Berbaik sangka dengan-Nya dan berusaha sehingga berjaya.

6.Berilah sedikit masa untuk berjaya.

 Ia seperti bercucuk tanam. Jika hari ini saudara menyemai pokok durian, mungkin lima tujuh tahun nanti saudara mendapatkan hasilnya. Begitu juga dalam karier dan kerjaya. Saudara memerlukan masa untuk mendaki tangga kejayaan.

7.Rujuk matlamat hidup.

Adakah saudara berada di atas landasannya? Jika ya,jangan gundah gulana. Saudara tidak akan tersesat selagi di atas landasan yang betul. Teruskan dengan jadual perancangan saudara dan tingkatkan usaha.

8.Pertingkatkan ilmu dan kemahiran. 

 Mungkin bukan kerana saudara tidak boleh berjaya, tetapi ada beberapa 'kelengkapan' yang masih belum dimiliki. Ia adalah ilmu dan kemahiran.Saudara boleh mendapatkannya melalui pendidikan formal ataupun tidak formal. Tetapi,terdapat suatu sistem pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat iaitu pengalaman. Belajarlah daripadanya.

9.Fahami fitrah alam.

Kejayaan bukan suatu yang mudah. Jika saudara hendak menjadi seorang yang tewas, ia sangat mudah. Jika hendak mendapatkan wang,saudara perlu bekerja. Tetapi,jika hendak kehilangan wang, saudara boleh mencampakkannya ke mana-mana.Mudah bukan? Itulah hukum alam.Kejayaan bukan perkara mudah. Jangan rasa lemah dan longlai semata-mata kerana ia sukar. Mungkin itu petanda kejayaa., yang semakin hampir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

PERUBAHAN GAYA HIDUP