Pesan Abah (pengetua) 3

 Resipi Tiga: Menjadi Remaja Berani

Kenapa kita masih ditakuk lama, sedangkan yang lain sudah berjaya?

Hendak berubah, tetapi takut diejek.

Aku tak boleeeh!!!

1.Tiada kejayaan tanpa keberanian.

Kejayaan dalam hidup adalah perjuangan yang pada hujungnya adalah kemenangan.Kemenangan hanya milik orang yang berani. Untuk berjaya, kita mesti berani mencari dan menambah pengetahuan, maklumat dan pengalaman.Berani mencuba apabila mahukan kejayaan menjadi milik kita.

2.Bersedia mencipta kejayaan. 

Jangan hanya berpuas hati dan mendabik dada dengan pencapaian generasi terdahulu. Fikirkan di mana usaha dan pencapaian kita? Oleh itu, tidak cukup sekadar mempunyai pengetahuan sahaja. Kita perlu mempunyai kemahiran dan semangat  tinggi bagi mencapai kecemerlangan. Laksanakan dengan berani apa yang sudah dirancang.

3.Berani pemikiran dan jiwa. 

Mereka yang berani bukan yang sedia melawan dan menunjuk gagah kekuatan tubuh mereka. Sebaliknya,berani mencetuskan pemikiran dan idea baru. Miliki  keberanian jiwa,hadapi segala intangane Justeru tetapkan matalamat yang jelas dan seterusnya berani mencapai matalamat itu

4.Bercita-cita besar.

Apabila kita berani mencetus pemikiran dan idea baru,letakkan cita-cita dan matlamat yang besar. Nampak seperti mustahil untuk dicapai.Tetapi, orang yang mahu mencari jalan, yang tidak mahu memberi alasan.Cari jalan bagi mencapai cita-cita itu.

5.Berani mencuba.

Tidak memadai jika kita hanya berani berfikir tetapi takut melaksanakannya. Tanpa percubaan dan usaha yang bersungguh-sungguh, keberanian berfikir kita tidak bermakna.Dalam mencuba,yakin kita akan berjaya.Jangan lupa bertawakal dan berdoa kepada Allah kerana ketentuan sesuatu adalah di bawah kekuasaan-Nya.

6.Elakkan ungkapan “Tidak boleh”。 Ucapkan kepada diri sendiri kata-kata gagah yang dapat merangsang diri. Jangan sesekali kata "Aku tidak boleh" sebelum mencuba dan berusaha. Jangan kalah sebelum masuk gelanggang. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

7.Mulakan langkah pertama.

 Kita akan terus berada di bawah kepompong perasaan takut, selagi mana kita tidak memulakan langkah pertama untuk keluar. Jangan teragak-agak untuk berubah. Orang penakut tidak ke mana-mana, malah ketinggalan dan dipandang hina. Kita mahu jadi begini?

8.Lihat apa yang ada di hadapan dan jangan toleh ke belakang lagi.

Apabila kita sudah memulakan langkah berani bagi mencuba sesuatu, teruskan perjalanan. Jangan toleh lagi kepada perasaan takut yang ada di belakang kerana di hadapan kita adalah bayangan kejayaan dan kecemerlangan. Usah hiraukan ejekan,kata-kata perli dan hasutan mereka yang berada di sepanjang jalan.

9.Ingat, berani adalah pemisah antara kejayaan dan kegagalan.

Berani juga memisahkan antara yang mulia dan hina. Kadang-kadang orang yang berani membuat perubahan menerima tekanan dan ujian. Ini adalah perjuangan yang sering kali dilingkari dengan onak dan ranjau duri. Tetapi, tanamkan dalam ingatan bahawa sikap berani menjadi pemisah antara yang berjaya dan gagal, yang mulia dan hina.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT