Doa ringkas untuk bengkel/taklimat/mesyuarat/perjumpaan/seminar/kursus, program motivasi dan lain-lain.


.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ

.....وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Radina billahi rabba wabilislami dina wabimuhammadin nabiyau warasula.Allahumma tah alaina futuhal ariffin warzuqna fahman nabiien bijahil mursala 

allahumma faqqihna fiddin waalimna takwil wahdinasiratakal mustakim.allahumma arinal hakka haqqa warzuknattibaah waarinal batilalan batillau warzukna ijtinabah

Ya Allah, Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri mesyuarat, bengkel, taklimat (nyatakan nama program) pada kali ini. Kami juga memohon kehadratMu agar majlis ini berjalan dengan lancar dan teratur.

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Kami memohon kehadratMu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu dalam kalangan kami. Kau berkatilah perjumpaan kami pada hari ini Ya Allah. Semoga ianya diterima sebagai satu perhimpunan yang mendapat keredhaan dariMu.

Ya Allah Ya Fattahu Ya Alim,

Bantulah kami, bimbinglah kami untuk menjadi ahli-ahli yang beramanah terhadap tanggungjawab yang diberikan ini.  Kau jadikanlah kami ahli-ahli yang  sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Kau permudahkanlah untuk kami terus menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Semoga segala usaha yang dijalankan meningkatkan kemenjadian murid dari segi rohani, akademik dan kokurikulum seterusnya menjadikan sekolah kami sekolah yang berkualiti 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan juga dari keburukan.

 اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ 

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT