10 Rahsia Minda Jutawan Logam

 10 Rahsia Minda Jutawan Logam


Minda insan jutawan jauh bezanya dengan minda manusia biasa. Berikut adalah 10 rahsia minda jutawan logam:

1. Jelas matlamat pelaburan. 

2. Jelas tempoh pegang aset.

3. Mulakan dengan apa yang ada dalam tangan. 

4. Tidak terikut-ikut kuantiti orang lain.

5. Bijak bermain dengan risiko.

6. Bijak kawal emosi.

7. Obses dengan ilmu pelaburan logam.

8. Cipta bulatan jutawan logam.

 9. Ada mazhab pelaburan sendiri.

10. Suka bertindak untuk belajar.


#1-Jelas Matlamat Pelaburan

Apa yang akan berlaku apabila:

• Kita mahu menaiki kereta, tetapi tidak tahu ke mana hala tujunya? 

• Kita mahu bersenam, tetapi tidak jelas sebabnya?

• Kita mahu jadi pelabur, tetapi tidak ada matlamat pelaburan?

Apabila tidak mempunyai matlamat dalam pelaburan, ia menyebabkan kita lebih dekat dengan lorong kegagalan. Matlamat yang tidak jelas juga merupakan faktor utama yang mendorong masyarakat untuk masuk ke skim-skim pelaburan logam yang merugikan.

Pertama, perkataan pelaburan adalah perkataan yang membawa maksud:"

"Memiliki sesuatu bagi tujuan menjana keuntungan masa panjang."

Oleh yang demikian, mempunyai matlamat yang jelas dapat membantu kita untuk bergerak dalam landasan yang lurus, apabila memulakan pelaburan.

Saya boleh gariskan contoh-contoh di bawah ini bagaimana dengan menetapkan matlamat sebelum memulakan pelaburan boleh membawa anda ke destinasi yang ditetapkan. Antaranya:

• Mensasarkan keuntungan sebanyak berapa peratus dari nilai asal pelaburan.

• Memperoleh pendapatan sampingan untuk diri sendiri atau keluarga.

• Membeli hartanah untuk tempoh masa 5 tahun akan datang. 

• Mempunyai harta bernilai yang boleh digunakan oleh generasi seterusnya (legasi). ⚫️Mengelakkan diri daripada mengalami masalah kebocoran wang.

•Mewujudkan simpanan alternatif untuk anak melanjutkan pelajaran ke universiti setelah tamat peperiksaan.

Setiap matlamat menghasilkan tindakan yang berbeza. Sebagai contoh, apabila matlamat kita menjurus pada mengelakkan diri daripada mengalami masalah kebocoran wang, maka tindakan rasmi kita adalah:

•Setiap kali wang simpanan mencapai amaun untuk membeli emas atau perak, kita terus membelinya.

• Setiap kali kita terasa mahu melakukan pembaziran dengan duit, kita memilih untuk membeli emas dan perak.

Seorang pelabur logam jutawan tahu dan jelas dengan matlamat pelaburannya. Justeru itu, sebelum melakukan pelaburan logam, tulis matlamat di buku catatan dan simpan juga matlamat itu dalam minda kita.

#2-Jelas Tempoh Pegang Aset

Pada zaman dahulu, nenek moyang kita menggunakan pendekatan membeli emas dan perak, kemudian simpan. Mereka tidak ditunjukkan dengan potensi pelaburan logam yang boleh membawa kepada keuntungan yang maksimum.

 Berbeza dengan keadaan sekarang. Kita bukan sekadar boleh menyimpan emas. Malah diberikan alternatif untuk menjana keuntungan daripadanya. Satu cara untuk mengaut keuntungan daripada pelaburan ini adalah mempunyai tempoh pemegangan aset yang jelas. 

    Sebagai contoh, kita sudah menetapkan matlamat bahawa 1 dinar emas akan dijual sebaik sahaja harga meningkat sebanyak 20%, daripada harga yang dibeli. Apabila mempunyai tempoh pegang aset yang jelas, kita sebenarnya mencipta landasan keuntungan sendiri.

 Pelabur logam yang gagal adalah pelabur yang hidup terkapai-kapai dalam dunia pelaburannya sendiri.Lantas wujud masalah yang menyebabkan mereka tidak tahu masa yang sesuai untuk menjual dan membeli kedua-dua jenis logam ini.

#3-Mulakan Dengan Apa yang Ada Dalam Tangan

Majoriti masyarakat Malaysia diterapkan dengan gaya fikir meminjam wang daripada bank, sebelum memulakan aktiviti pelaburan. Pendekatan ini adalah tidak betul. Khususnya buat pelabur logam yang masih lagi baru dan tidak mempunyai pengalaman.

Kebanyakan pelabur logam jutawan bermula dengan wang simpanan mereka sendiri. Tujuannya supaya mereka dapat melatih diri untuk menguruskan wang dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

Pendekatan meminjam wang daripada bank untuk memulakan pelaburan tidak digalakkan kerana ia bakal membawa padah yang mengerikan apabila wang itu gagal diuruskan dengan baik

Sebagai permulaan, gunakan wang simpanan sendiri. Belajar bagaimana untuk menguruskan sekecil-kecil nilai wang Supaya kita berkemampuan untuk menguruskan wang pelaburan logam yang lebih besar kelak.


#4 - Tidak Terikut-ikut Kuantiti Orang Lain

Berani untuk berdiri teguh dalam kedudukan pelaburan sendiri. Ini adalah mesej yang ditekankan dalam poin ini. Pelabur jutawan emas dan perak tidak terikut-ikut orang lain.

Apabila berkait rapat dengan kuantiti simpanan logam, mereka mempunyai matlamat yang tersendiri. Terikut-ikut orang lain kelak akan menyeksakan diri. Sentiasa fokus pada matlamat pelaburan yang telah dirangka sebelum ini.


#5- Bijak Bermain Dengan Risiko

 Apabila kita sedang makan ikan, ada risiko untuk kita tercekik tulang kita. Begitu juga dari aspek seorang pelabur logam. Melabur dalam emas dan perak mempunyai risikonya yang tersendiri.

Seperti kata bilionair dan pakar pelaburan saham iaitu Warren Buffett, "Apabila kita tidak tahu apa yang kita lakukan, itu tandanya kita sedang berhadapan dengan risiko,"

Kenyataan beliau ini membawa satu lagi mesej yang jelas. Cara untuk menjadi jutawan dalam pelaburan emas dan perak adalah mempunyai kebijaksanaan, dalam menguruskan risiko pelaburan.

Sebaik sahaja kita belajar bagaimana untuk menguruskan risiko dengan betul, itu adalah signal bahawa kita mampu untuk mengaut lebih banyak keuntungan menerusi pelaburan logam.


#6 Bijak Kawal Emosi

Pesan  pakar pelaburan. Sebaik sahaja sifat tamak dan emosi menguasai diri seseorang pelabur itu tandanya mereka akan menghadapi kerugian yang amat besar

Pelaburan logam dan emosi berkait rapat Kita akan diduga dengan pelbagai cabaran emosi Contohnya dalam situasi harga emas yang sedang mencanak-anak naik Jika kita gagal mengawal emosi kita akan membiarkan rasa tamak menguasai diri.

Keputusan yang bakal diambil adalah, kita akan terus menanti supaya harga emas semakin naik agar kita boleh menjual emas sedia ada dengan harga yang lebih tinggi. Siruasi seperti in biasanya berakhir dengan penuh kehampaan dan kekecewaan.

Apa yang boleh dipelajari di sini adalah, pelabur logam jutawan sentiasa berusaha untuk tidak membiarkan emosi menguasai dirinya.

Gagal mengawal emosi, aset pelaburan logam bertukar menjadi liabiliti.

Dalam proses untuk membeli dan menjual semula emas dan perak, emosi perlu dikawal bagi mendapatkan harga yang terbaik di dalam setiap urusniaga.

#7-Obses Dengan Ilmu Pelaburan Logam

Sebaik sahaja manusia berhenti belajar, kebijaksanaannya mengenai sesuatu topik terbantut. Ilmu adalah aset utama yang ditelan bulat-bulat dalam kehidupan pelabur logam jutawan.

Setiap hari, mereka akan memilih untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai emas dan perak. Oleh yang demikian kita dapat lihat bagaimana aset mereka seperti tiada jalan noktah, kerana terus berkembang dan berkembang.

Rahsianya adalah belajar secara berterusan. Pelabur jutawan adalah golongan insan yang obses terhadap ilmu. Mereka jadikan Ilmu sebagai jambatan untuk menambah lagi kekayaan menerusi pelaburan emas dan perak

#8-Cipta Bulatan Jutawan Logam

"Beritahu saya bagaimana tabiat bulatan kenalan dan rakan- rakan saudara. Kemudian saya boleh ramal bagaimana kehidupan saudara dalam tempoh 5 tahun dari sekarang."

Memilih rakan bukan satu perkara yang mudah, Tersilap pilih, padah menanti. Untuk mengekalkan motivasi dan terus menjana kekayaan, golongan jutawan logam sentiasa berhati-hati dengan bulatan kenalannya.

Mereka hanya memilih golongan individu yang memilik ciri-ciri berikut:

  • Suka untuk berjaya.
  •  Suka untuk kaya.
  • Suka membantu orang lain menjadi lebih kaya dan berjaya. 
  • Sentiasa sedekahkan ilmu dan pengalaman.
Sebagai pelabur yang baru bermula dalam instrumen emas dan perak, langkah awal yang boleh diadaptasi supaya proses kejayaan menjadi lebih pantas adalah menerusi pemilihan rakan sekeliling

Aktifkan diri kita untuk berkenalan dengan lebih ramai pelabur logam yang komited untuk mencipta kekayaan dan kejayaan. Ia dapat memaksa kita untuk berjaya dengan lebih pantas. Pelbagai saluran yang mudah untuk kita berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat. Antaranya adalah:

  • Blog
  • Facebook.
  • Twitter, 
  • E-mel.
  • Aplikasi telefon pintar (Seperti Whatsapp).
  • Lain-lain.
#9-Ada Mazhab Pelaburan Sendiri

Walaupun kita belajar puluhan atau ratusan strategi pelaburan logam, itu tidak bermakna kita perlu gunakan semua. Seperti pesan mentor Azizan Osman. "Untuk berjaya, kita perlu mempunyai prinsip diri."

Setiap pelabur jutawan mempunyai mazhab pelaburannya yang tersendiri. Ada yang suka menggunakan strategi A. Ada juga yang menggunakan strategi B. Asalkan kedua-dua strategi itu berkesan dan memberikan keuntungan, maka tidak ada salahnya untuk kita berpegang pada satu jenis strategi sahaja.

Pada peringkat awal penglibatan, kemungkinan besar mereka ini akan tercari-cari arah mana yang hendak dituju. Saranan saya adalah dapatkan ilmu dari pelbagai sumber, buat perbandingan, dapatkan mentor yang betul dan kemudian bertindak secara lebih aktif.

Kegagalan ramai pelabur emas dan perak hari ini adalah mempelbagaikan strategi pelaburan pada peringkat awal. Ini yang menyebabkan mereka rugi besar atau untung dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Pelabur logam jutawan sentiasa memaksimumkan keuntungan pada satu masa. Ini bermakna, mereka menggunakan satu strategi sehingga puas hati dengan keuntungan yang berjaya dikaut.

#10-Suka Bertindak Untuk Belajar

Membaca, menuntut ilmu dan membayar sejumlah wang yang besar untuk belajar dengan pakar pelaburan logam adalah sia-sia. Situasi sia-sia yang dimaksudkan adalah apabila ilmu yang diperoleh itu hanya disimpan dalam minda.

Ramai orang bertindak sedemikian. Mereka tidak menterjemahkan ilmu-ilmu menjadi tindakan. Buat pengetahuan para pembaca, pelabur logam jutawan adalah insan yang aktif bertindak

Mereka bertindak menerusi tindakan. Mereka juga belajar daripada kesilapan menerusi tindakan. Tindakan adalah kunci kepada kejayaan, tindakan yang melulu dan tergopoh-gapah akan menjadikan seseorang itu terperangkap di dalam situasi yang tidak diingini.

Adakah Kita Berani Jadi Pelabur Logam Jutawan

Kesemua maklumat mengenai prinsip yang dipegang teguh oleh para pelabur jutawan didedahkan dalam bab ini. Langkah seterusnya adalah mengamalkan prinsip-prinsip mereka.

Jika dikaji secara menyeluruh, gaya fikir seorang pelabur logam jutawan jelas berbeza dengan insan biasa. Mereka sentiasa optimis, bertenaga dan mempunyai sifat liat untuk berputus asa.

Untuk berjaya sebagai pelabur emas dan perak mulai saat ini, jadikan kesemua sepuluh rahsia minda para jutawan logam ini sebagai amalan rasmi setiap hari. Mulakan dari mana-mana sudut mengikut kesesuaian dan kemampuan diri.

Pesanan Eksklusif Jutawan Logam: 'Mind Setting adalah paksi kepada kejayaan pelaburan anda. Oleh itu pacakkan paksi tersebut sekuat-kuatnya dan anda akan lihat hasilnya






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT