7 Langkah Mulakan Operasi Gadaian Ar-Rahnu .

 7 Langkah Mulakan Operasi Gadaian Ar-Rahnu


Untuk meringkaskan strategi menerusi sistem gadaian Islam Ar-Rahnu, kita boleh rujuk langkah-langkah di bawah:

1. Fokus pada kuantiti emas. 

2. Buat pinjaman maksimum.

3. Jadi bijak dan celik.

4. Kawal emosi.

5. Belajar analisis, pantau harga emas.

6. Lebarkan sayap kewangan.

 7. Membangunkan komuniti pelabur logam.


Langkah #1-Fokus Pada Kuantiti Emas

Nilai pinjaman kita bergantung pada kuantiti emas. Oleh yang demikian, sentiasa menambah item emas fizikal dari semasa ke semasa. Lagi banyak emas, lagi besar duit yang bakal diperoleh.

Langkah #2- Buat Pinjaman Maksimum

Tujuan memilih untuk membuat pinjaman maksimum adalah untuk melatih diri kita, supaya tidak takut dengan risiko. Ini kerana harga emas sentiasa ada turun naiknya. Lebih menarik, jika harga emas naik atau turun, kedua-duanya adalah waktu berpotensi untuk si pelabur logam bijak mengaut keuntungan.

Langkah #3-Jadi Bijak dan Celik

Kita menggadai emas bukan tujuan untuk menggadai diri. Dalam erti kata lain, kita melakukan strategi ini bukan untuk menyusahkan diri sendiri, menerusi pembelian item-item yang tidak bermanfaat.

Kita menggadaikan emas untuk menambahkan lagi saluran pendapatan, menerusi modal yang diberikan oleh Ar-Rahnu,

Langkah #4-Kawal Emosi

Sama seperti langkah sebelum ini. Siapkan diri kita dengan rancangan yang teliti sebelum lakukan pinjaman. Tidak mempunyai rancangan selepas menggadaikan emas, akan menyebabkan wang pinjaman menjadi sia-sia.

Jangan lupa untuk simpan emas di tangan dan sedikit tunai, untuk masa penebusan dan pencairan semula hutang dalam pajakan.

Langkah #5- Belajar Analisis, Pantau Harga Emas

 "Untuk berjaya dalam apa jua perkara, kita perlukan ilmu-Azizan Oman.

Berteka-teki ketika membeli dan menjual emas adalah perbuatan yang kurang cerdik, dan berisiko tinggi. Ini adalah amalan para pelabur yang sentiasa gagal. Untuk mengetahui nilai harga emas turun atau naik, ilmu mengenai cara menganalisis harga emas semasa adalah penting.

Pembelajaran tentang teknik analisis boleh diambil menerusi beberapa medium. Antaranya:

  • Seminar anjuran pelabur emas berpengalaman (Sebagai contoh: Seminar Pelaburan Emas dan Perak oleh Jutawan Logam iaitu Ir Sofian).
  • Buku berdasarkan pakar pelaburan emas.

Langkah #6 - Lebarkan Sayap Kewangan

Gunakan duit pinjaman itu untuk menjemput lebih banyak duit ke akaun bank kita. Antara medium-medium yang sesuai untuk meletakkan wang itu adalah seperti berikut:

• Membeli lebih banyak emas.

• Memasuki dunia instrumen pelaburan yang lain seperti hartanah, saham dan pelbagainya.

• Melaburkan duit ke dalam bisnes-bisnes yang berpotensi 


Langkah #7 - Membangunkan Komuniti Pelabur Logam

Wujudkan satu bulatan komuniti yang dipenuhi oleh pelabur-pelabur logam bijak yang lain. Tujuannya supaya kita dapat memperoleh maklumat-maklumat penting seperti berikut:

1. Naik turun harga emas tanpa perlu susah payah melakukan analisis.

2. Mengetahui jenis-jenis pelaburan lain yang menguntungkan.

3. Memperoleh maklumat dalaman yang unik, seperti potensi perniagaan dan sebagainya.


Lokasi-lokasi Ar-Rahnu Di Malaysia

 Berikut adalah senarai lokasi untuk merealisasikan impian kita, bagi memulakan operasi memajak emas-emas:

• Agrobank(http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu).

• Bank Rakyat (http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu).

YaPEIM (http://yapeim.net.my/ar-rahnu-yapeim). 

• Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (http://www.arrahn.pkb.net.my).

Adakah Ar-Rahnu Selamat

"Adakah pelaburan Ar-Rahnu selamat?" -Tanya si pelabur logam.

Soalan di atas adalah yang sentiasa bermain dalam fikiran pelabur logam, yang masih belum berpengalaman menggunakan strategi Ar-Rahnu.

Jawapannya adalah, strategi Ar-Rahnu terbukti selamat. Berikut adalah sebab-sebabnya:

1. Pihak mereka akan menyimpan emas kita di tempat yang selamat. 

2. Ketulenan emas kita akan diuji terlebih dahulu sebelum pinjaman diberikan.

3. Boleh lakukannya (gadai atau tebus) pada bila-bila masa.

 4. Sistem transaksi yang telus dan jujur.


Pesanan Eksklusif Jutawan Logam: Sebarang teknik Ar-Rahnu ini banyak bergantung pada tahap keupayaan kita untuk menjalankannya. Sentiasa berhati-hati. Untuk menggunakan teknik ini, ilmu membaca pergerakan harga mesti mantap dan catatan buku kira-kira dan kalendar adalah wajib.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT