7 Strategi Bijak Sebelum Beli Emas Fizikal

 7 Strategi Bijak Sebelum Beli Emas Fizikal

Sebuah organisasi itu lebih cepat lingkup apabila mereka tidak bersungguh-sungguh merancang perjalanan bisnes. Merancang adalah satu daripada aspek penting, bagi memastikan bisnes terus stabil dan kukuh. Dari sudut perkembangan hidup manusia, tidak merancang kehidupan bermakna memilih untuk hidup pada jalan kegagalan. Menurut pakar motivasi, apabila kita tidak merancang kejayaan,kita akan masuk ke rancangan kejayaan orang lain.

Dari kaca mata pelabur hampir sama. Merancang pelaburan dapat menyelamatkan duit dan keperibadian diri. Pelabur-pelabur logam yang lingkup biasanya terdiri daripada golongan yang gagal merancang

Itu sebabnya mereka mengalami dua situasi

• Untung sedikit, kepala sakit.

• Rugi besar, untung tersasar.

Untung Sedikit, Kepala Sakit

Pelabur logam yang tidak merancang tidak mempunyai keupayaan untuk mengaut untung yang besar dalam instrumen ini. Mereka sering dikecewakan oleh margin untung yang kecil.

Rugi Besar, Untung Tersasar

Dalam masa sama, tidak mustahil pelabur emas dan perak yang tidak merancang, bakal menghadapi kerugian yang menggugat jiwa. Terdapat beberapa situasi yang menjelaskan bahawa ada insan- insan yang rugi, sehingga ratusan ribu kerana gagal merancang

Mereka terlalu rakus dan terlalu obses pada beberapa faktor. Antaranya adalah keegoan dan ketamakan ketika memulakan pelaburan logam.

Duit Membawa Dosa dan Pahala

Dalam pelaburan, emosi kita bergantung pada nilai mata wang. Cabaran utama adalah mengawal emosi ketika harga emas dan perak mengalami dua situasi iaitu:

  • Harga naik.
  • Harga turun.

Pelabur logam bertaraf jutawan mempunyai kapasiti yang baik, apabila melibatkan emosi. Mereka bukan sahaja bijak mengenal pasti masa untuk membeli. Malah golongan ini juga tahu bagaimana untuk mengawal nafsu diri.

Duit adalah isu yang boleh memanipulasi jiwa seseorang pelabur. Jika gagal diatur, maka duit pasti lebur

Justeru itu, bab ini adalah bab yang menyusun ilmu- ilmu persiapan untuk setiap insan yang berminat dalam dunia pelaburan logam. Harapannya, supaya kita tidak tersungkur apabila memulakan aktiviti yang melibatkan emosi duit.

7 Strategi Fizikal Mental Pelabur Emas dan Perak

"Peraturan pertama dalam pelaburan,Jangan bagi duit lebur Peraturan kedua? Jangan lupa peraturan pertama-Warren Buffett.

Dalam sebarang bentuk atau instrumen pelaburan, termasuk pelaburan logam seperti emas dan perak, duit adalah item utama. Tanpa duit, kita tidak boleh memulakan pelaburan.

Namun duit semata-mata tidak menjamin sebarang kejayaan. Penting untuk kita kuasai diri secara mental dan fizikal, sebelum memulakan aktiviti pelaburan. Jika tidak, kita bakal melanggar peraturan pertama dalam pelaburan iaitu:

"Jangan bagi duit lebur."

Apakah yang menyebabkan ramai pelabur logam bantut untuk menjana kekayaan dan mencipta kejayaan? Jawapannya terletak pada 7 persiapan di bawah:

1. Faham instrumen pelaburan logam. 

2. Pelaburan bukan skim cepat lingkup.

3. Bukan berjudi. 

4. Tetapkan sasaran untung.

5. Belajar kawal emosi.

6. Merancang hasil keuntungan.

7. Bersiap sedia untuk gagal dan belajar.

#1-Faham Instrumen Pelaburan Logam

Faham dan jelas tentang 5 soalan berikut sebelum memulakan aktiviti pelaburan logam:

1. Kenapa saya memilih pelaburan emas dan perak?

 2. Adakah saya faham potensi pelaburan logam? 

3. Adakah saya sudah mempunyai ilmu tentang pelaburan

ini?

 4. Adakah saya mempunyai guru atau mentor?

 5. Bagaimana untuk saya memulakan langkah pertama

dalam pelaburan logam?

Jika kelima-lima soalan ini dapat dijawab dengan baik, maka itu tandanya kita sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Perkara terpenting di sini adalah mempunyai jawapan untuk soalan keempat dan kelima.

Ini kerana mentor adalah insan yang mempunyai peranan

untuk membantu kita, untuk berjaya dalam pelaburan emas dan perak. Jika tidak mempunyai mentor, berkemungkinan besar kita akan sesat.

Dalam masa yang sama, perjalanan seorang pelabur logam jutawan bermula dengan tindakan. Lakukan sekecil-kecil tindakan. Kerana setiap tindakan akan membuahkan hasil yang lumayan.

#2- Pelaburan Bukan Skim Cepat Lingkup

"Ali, sertai pelaburan legam XXX. Engkau akan dapat untung 10% setiap bulan. Bukan senang mahu dapat peluang sebegini."

Terdapat perbezaan yang ketara dalam dunia pelaburan. Pelaburan langsung tidak serupa dengan skim cepat kaya. Atau lebih sinonim digelar skim cepat lingkup. Pelaburan adalah instrumen yang memberikan pulangan untuk jangka masa panjang.

Terutamanya pelaburan emas dan perak. Jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis manusia di luar sana, yang hanya mahu mengambil kesempatan terhadap kesempitan ilmu majoriti besar masyarakat.

Pelaburan logam bukan skim cepat lingkup. Kedua-dua ini membawa maksud yang jelas berbeza.

#3-Bukan Berjudi

"Agaknya lagi 2 jam harga emas dan perak mesti turun."

Dalam dunia pelaburan logam, kita membeli dan menjual item menggunakan ilmu. Apabila membeli sesuatu pada situasi yang tidak pasti, dan hanya berserah pada nasib (mungkin naik, mungkin nurun), ia ibarat seperti situasi berjudi.

Jangan sesekali bertindak seperti ini. Pelabur logam jutawan mengetahui masa yang sesuai untuk membeli dan menjual logam, bukan kerana mereka sentiasa bernasib baik.

Sebaliknya, mereka mempunyai kapasiti ilmu yang tinggi. Mereka dapat mengenal pasti maklumat dan faktor-faktor sekeliling yang mendorong pada turun naik harga emas serta perak.

Pelaburan logam bukan medium untuk memperjudikan duit dan nasib. la medium untuk orang yang berilmu.

#4-Tetapkan Sasaran Untung

Sebelum mulakan aktiviti pelaburan emas dan perak. tetapkan sasaran untung terlebih dahulu. Sebagai contoh:

"Sekiranya harga emas naik 15% daripada harga yang saya beli hari ini, maka saya akan jualnya.

Langkah pertama adalah membuat rancangan keuntungan. Langkah kedua adalah langkah yang sering dilupakan. Iaitu bertindak segera.

Sentiasa ingat, 90% keputusan melibatkan emosi. Hanya 10% sahaja bedasarkan logik, Justeru itu, penetapan sasaran ini dapat membantu kita untuk terus bertindak dengan segera. Ketika harga emas atau perak sedang naik, hati kita mungkin mempunyai dialog seperti:

"Wah, aku sudah untung lebih 15%. Mungkin esok harga emas akan naik lagi."

Jangan bersikap tamak. Kerana orang tamak selalu rugi. Pilih untuk bersikap sebagai insan yang patuh pada perancangan asal, sebelum memulakan aktiviti pelaburan logam. Berikut adalah contoh situasi yang dimaksudkan:

Katakan kita membeli emas pada harga RM140 per gram. Kemudian nilai pelaburan masa itu untuk 1 kilogram emas adalah:

RM140,000.00

Sasaran untung kita adalah 15% daripada harga asal. Oleh yang demikian, jumlahnya adalah seperti berikut:

RM140,000.00+ 15% untung (RM21,000.00)

Jumlah: RM161,000.

Ketika sasaran harga semasa menjadi RM170.00 per gram, kita boleh bertindak pantas untuk menjual emas fizikal. Ini kerana kita akan peroleh keuntungan pada nilai 15%.

Cara perkiraannya adalah:

RM170,000-5% (nilai susut atau spread bagi jongkong emas).

Jumlah: RM161,500.00

Oleh yang demikian, tindakan menjual emas pada masa yang betul dapat membawa kepada untung keseluruhan sekitar RM21.500.

#5- Belajar Kawal Emosi

Sambungan daripada persiapan fizikal dan mental dalam poin sebelum ini. Sentiasa belajar mengawal emosi. Supaya keputusan jual beli item logam kita tidak sesat daripada apa yang sudah dirancang.

Ramai pelabur logam yang tewas dalam peperangan emosi.Ini menyebabkan duit mereka lebur apabila melabur. Untuk mengatasi situasi ini, kita boleh adaptasi pesan daripada pelabur lagenda:

"Sentiasa bertindak berdasarkan rancangan keuntungan yang telah kita tetapkan sebelum ini."-Warren Buffett

Tidak mustahil harga emas atau perak akan meningkat apabila kita bertindak untuk menjual. Namun ia tetap lebih baik bila kita berjaya mengaut keuntungan.

Dalam pelaburan emas yang melibatkan emas fizikal, sebenarnya kita meletakkan diri dalam status pelaburan berisiko rendah. Dalam apa sahaja jenis pelaburan, fokus utama kita adalah mengaut keuntungan yang maksimum.

Ramai orang berpendapat bahawa emas akan sentiasa naikharganya. Namun begitu, keadaan tidak selalunya indah.Contohnya, Ahmad (bukan nama sebenar) membeli emas pada bulan September 2011. Pelaburan beliau sekitar RM100,000.00 dan beliau meletakkan sasaran untung sebanyak 20% dalam tempoh 1 tahun.

Cuba lihat graf di bawah:



Melihat pada graf di atas, sudah tentu Ahmad akan kecewa kerana kerugian. Ditambah dengan keputusannya untuk menjual emas pada bulan September 2012, yakni setahun selepas tarikh pembelian emas. Ketika itu, pasti pelbagai tohmahan negatif yang melekat pada minda beliau.

#6 - Merancang Hasil Keuntungan

Apabila berjaya mengaut duit lebih daripada pelaburan, gunakan ia sebagai alternatif untuk menambah lebih banyak saluran pendapatan. Ini adalah strategi mental yang penting untuk difahami khususnya buat pelabur-pelabur yang masih baru dan segar.

Di saat kita berjaya menjana keuntungan, itu bukan lampu isyarat yang menandakan bahawa kita sudah bebas kewangan. Perjalanan kita masih jauh. Oleh yang demikian, gunakan duit untung itu supaya menjadi modal pusingan pelaburan yang baru.

Modal itu boleh digunakan untuk:

  • Membeli emas dalam kuantiti yang lebih banyak.

  • Membeli perak dalam kuantiti yang lebih banyak.
  • Memilih instrumen pelaburan lain yang menguntungkan contohnya hartanah
    • Strategi ini adalah strategi pelabur logam yang bijak. Mereka sentiasa cari jalan untuk menambah duit. Atau lebih dikenali sebagai taktik membuat duit lebih banyak beranak Taktik ini juga digelar sebagai taktik duit buat duit. Selalunya alasan ini diberikan kepada orang kaya, tapi sebenarnya anda juga layak mendapatkannya
#7 - Bersiap Sedia Untuk Gagal dan Belajar

      Kita mungkin gagal, kita mungkin berjaya. Itu hak Allah. Persiapan mental yang penting adalah terus mencuba, dari meletakkan komitmen sepenuhnya dalam pelaburan emas dan perak.

       Sebagai umat Islam, amalkan beberapa strategi spritual supaya Allah permudahkan perjalanan kita apabila melakukan aktiviti pelaburan. Strategi spritual yang dimaksudkan adalah:
      • Sentiasa berdoa. 
      •Sentiasa berzikir
      • Sentiasa mencuri masa untuk melakukan solat sunat
      • Sentiasa membaca Al-Quran. 
      • Sentiasa bersedekah
      • Sentiasa tambah ilmu pengetahuan.

          Terlalu banyak strategi spiritual yang boleh kita lakukan. Dalam masa sama, dari sudut insan yang beragama Islam, kita tidak menumpukan kejayaan dan kekayaan dunia semata-mata.

          Fokus utama kita adalah memenangi kekayaan untuk kedua-dua dimensi. Iaitu:
            • .Kekayaan dunia.
            • .Kekayaan akhirat. Yakni kekayaan yang kekal abadi.



            Ulasan

            Catatan popular daripada blog ini

            HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

            HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

            HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT