Buku Bagaimana Memengangi Hati Kawan & Mempengaruhi Orang Lain(How to win friends & influence people )- DALE CARNEGIE

 Info penting dari buku ini: 

3 TEKNIK ASAS DALAM MENANGANI MANUSIA

Prinsip 1 Elakkan daripada mengkritik, mencerca atau mengeluh 

Prinsip 2 Berikan penghargaan yang jujur dan tulus 

Prinsip 3 Bangkitkan minat dalam diri orang lain

6 KAEDAH BAGAIMANA MEMBUATKAN ORANG MENYUKAI KITA

Prinsip 1 Bersungguh-sungguh menaruh minat pada orang lain

Prinsip 2 Senyum

Prinsip 3 Mengingat nama seseorang adalah hal paling berkesan dan penting bagi orang itu dalam apa- apa bahasa sekalipun

Prinsip 4 Jadilah pendengar yang baik. Dorong orang lain untuk berbicara tentang diri mereka

Prinsip 5 Berbicara berkenaan minat-minat orang lain

Prinsip 6 Buat orang lain merasa penting dan lakukannya dengan tulus

12 CARA MEMPENGARUHI ORANG LAIN MENERIMA BUAH FIKIRAN KITA

Prinsip 1Satu-satunya cara untuk mendapat yang terbaik dari sesuatu perdebatan ialah dengan MENGELAKKANNYA.

Prinsip 2 Hargailah pendapat orang lain. Jangan sekali-kali berkata "ANDA SILAP

Prinsip 3 Jika kita bersalah, akuilah dengan segera dan ikhlas

Prinsip 4 Mulakan dengan cara yang ramah/mesra. 

Prinsip 5 Pengaruhi orang lain agar segera berkata "ya" dengan segera

Prinsip 6 Biarkan orang lain yang lebih banyak berbicara

Prinsip 7 Biarkan orang lain berasa bahawa idea itu adalah ideanya

Prinsip 8 Cubalah dengan sungguh-sungguh/Ikhlas melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain.

Prinsip 9 Bersimpatilah terhadap idea dan keinginan orang lain.

Prinsip 10 Pilihlah pendekatan yang lebih mulia.

Prinsip 11 Dramatasikan idea-idea anda (Huraikan idea anda itu secara lakonan@ gaya gerak tubuh badan)

Prinsip 12 Lemparkan cabaran pada seseorang. Bangkitkan minat dalam diri orang lain

Cara Menjadi Pemimpin Yang Baik

1: Mulailah dengan pujian dan penghargaan yang jujur terhadap orang lain.

2: Beritahu kesalahan orang lain dengan cara tidak langsung, tidak membentak, serta tidak memojokkan orang lain yang menurut anda salah (kita hanyalah manusia biasa, manusia tidak mungkin luput dari kesalahan).

3: Bicarakan kesalahan Anda terlebih dulu sebelum mengkritik orang lain, jangan hanya mencari kesalahan orang lain sedangkan anda tidak pernah sadar atau menutupi kesalahan anda sendiri

4: Ajukan pertanyaan sebagai ganti memberi perintah langsung, dan jangan segan untuk mengucapkan kata "tolong".

5: Biarkan orang lain menyelamatkan muka nya, jangan pernah memojokkan atau memperlihatkan kesalahan orang lain.

6: Pujilah peningkatan orang sekecil apapun dan pujilah setiap peningkatan tersebut. "tuluslah dalam penerimaan Anda dan murah hati dalam penghargaan Anda

7: Beri orang lain reputasi yang baik untuk mereka penuhi

8: Gunakan dorongan. Buat kesalahan tampak mudah diperbaiki Jangan membesarkan- besarkan masalah

9: Buat orang lain merasa senang mengerjakan hal yang Anda sarankan






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

PERUBAHAN GAYA HIDUP