RAHSIA SENI BERHUBUNG(EVERYONE COMMUNICATES FEW CONNECT)-JOHN C. MAXWELL

 kata-kata motivasi dari buku ini:

  1. Sekadar bekerja keras ataupun melakukan pekerjaan yang baik belum mencukupi. Bagi mencapai kejayaan, kita harus belajar cara terbaik berkomunikasi dengan orang lain.
  2. Berhubung adalah kebolehan mengeratkan silaturahim dengan orang lain dan membina hubungan sehingga menambah pengaruh kita ke atas mereka.
  3. Kriteria utama bagi kemajuan dan kenaikan pangkat untuk ahli profesional adalah kebolehan berkomunikasi dengan berkesan.
  4. Sekiranya saya berpeluang belajar di kolej semula, saya pasti memberi tumpuan pada dua subjek, iaitu belajar menulis dan belajar bercakap di hadapan khalayak ramai. Tidak ada yang lebih penting dalam hidup daripada kebolehan berkomunikasi dengan berkesan.
  5. Apabila kita berhubung dengan orang lain, kita bersiap sedia bagi mengeksploitasi segala skil dan bakat yang ada pada kita.
  6. Tidak kira apa juga matlamat kita, berhubung membantu kita dalam banyak hal.
  7. Kebolehan berhubung dengan orang lain bermula dengan memahami nilai manusia.
  8. Saya cuba maju ke hadapan dengan memperbetulkan kesalahan orang lain. Apa yang patut saya lakukan adalah berhubung dengan orang lain
  9. Kematangan adalah keupayaan melihat dan bertindak bagi pihak orang lain.
  10. Kematangan tidak selalunya seiring dengan usia; kadang kala usia datang sendirian.
  11. Bagi menambah nilai pada orang lain, kita harus menghargai mereka dahulu.
  12. Sikap saling mengambil berat, mewujudkan hubungan antara manusia.
  13. Tidak siapa yang mahu dijual, tetapi semua mahu diberikan bantuan.
  14.  Kepercayaan adalah lebih penting daripada rasa cinta.-Jeffrey Gitomer
  15. Setiap kali manusia melakukan sesuatu, tindakan mereka adalah berasaskan sebab mereka sendiri, bukan sebab anda ataupun saya.
  16. Lebih daripada 90 peratus gambaran yang kita berikan, tidak ada kaitan dengan perkara yang sebenarnya kita katakan.
  17. Sebarang mesej yang hendak kita sampaikan harus mengandungi sebahagian daripada diri kita.
  18. Sekiranya wajah kita berkomunikasi' bagi pihak kita, pastikan wajah kita menyampaikan mesej yang positif.
  19. Sekiranya bukan daripada pengalaman, pemikiran, ataupun pengetahuan sendiri, lagu itu tidak mungkin mengalir daripada instrumen muzik kamu.-CHARLIE PARKER PEMUZIK
  20. Apabila kita mengenali diri kita, kita pasti mengenali audiens kita.
  21. Orang mungkin mendengar kata- kata kita, namun, mereka merasakan sikap kita.
  22. Kamu terbawa-bawa dengan cara kamu sehingga saya tidak faham perkara yang kamu katakan.-RALPH WALDO EMERSON

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT