HILANGNYA SEMANGAT KEINGINAN

 dan akal, ada lagi perasaan halus. Hal yang meninggikan semarak perasaan halus itu ialah keindahan. Siram dan suburkanlah rasa keindahan dalam jiwa, sebab ia adalah alat pelengkap keindah- an di luar diri."


Ingatlah, kita adalah makhluk cipta- an ALLAH SWT yang terbaik se- bagaimana firmannya, "Dan sesungguh- nya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kendera- an di darat dan di laut, dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka di atas banyak makh- luk yang Kami ciptakan dengan kelebih- an yang sempurna." (Surah al-Israa', 17:70).


Justeru, canlah keindahan hidup menerusi kanta hati. Sesungguhnya kanta hati dapat pertingkatkan kualiti hidup tanpa kebergantungan tinggi ke- pada orang lain. Penuhi keinginan hidup tanpa perbandingan.


Profeser Dr Hush Huzzo ab Profeter Pakologi Keling Fakuln Perniagaan dan Kombi jika semangat keinginannya telah hilang. Secara umumnya, setiap individu ingin memenuhi pelbagai keinginan mereka. Pun begitu, masih ramai yang patah semangat serta buntu untuk memenuhi keinginan tersebut walaupun telah diberikan motivasi dan bimbingan. Kenapa hal itu berlaku dan adakah kita telah hilang tujuan hidup?

Baru-baru ini, sewaktu saya berkongsi kepakaran berkaitan hala tuju kehidupan selama dua jam, ada peserta kursus telah bertanya soalan kepada saya, "Apa yang Prof sarankan kepada kami telah pun kami ketahui. Persoalannya, kami tiada keupayaan untuk melakukan apa yang telah kami ketahui sebagaimana yang telah disarankan oleh Prof tadi?"

Pada mulanya terdetik juga kekecewaan dalam hati, kerana tidak memberi fokus terhadap inti pati perkongsian saya selama dua jam, namun saya telah gunakan pendekatan berbeza untuk menjawab persoalan itu.

Saya telah meminta tiga helai kertas kosong daripada pihak urus setia. Kertas yang pertama saya gumpal dan lemparkan kepada para peserta kursus. Namun, tidak seorang pun yang menangkap kertas tersebut. Seterusnya saya menggumpalkan kertas yang kedua dengan menambah sedikit provokasi, "Siapa yang berjaya menangkap kertas tersebut, dia akan dikurniakan masa depan yang cerah." Apabila ker- tas dilontarkan, berebut-rebut para peserta ingin menangkap gumpalan kertas tadi.

Memandangkan mood peserta semakin bersemangat, saya gumpalkan kertas yang ketiga dengan tambahan provokasi, "Siapa yang dapat tangkap gumpalan kertas ini, dia akan menjadi jutawan." Apa lagi, peserta sangat teruja untuk mendapatkan kertas berkena- an. Akhirnya, ada yang tersenyum dan ramai yang kecewa.

Setelah itu, saya merumuskan bahawa ramai dalam kalangan kita yang mahu merebut peluang setelah diberikan provokasi. Tanpa provokası, kita tidak akan rebut peluang tersebut walaupun bendanya adalah sama.

Akhimya, semangat keinginan kita tidak terbina dengan sendiri melainkan setelah diacah dan digasak oleh orang lain dan persekitaran.

Sebetulnya, kita mudah layu dan hilang keinginan untuk hidup kerana gagal mengindahkan' kehidupan kita. Secara peribadi, jiwa saya sangat tersentuh apabila membaca nukilan Pak Hamka berkaitan menyuburkan rasa keindahan dalam hidup menerusi buku- nya, Pandangan Hidup Muslim.

Menurut beliau, "Alangkah kersangnya hidup itu kalau kerja petang, pagi, siang dan malam, hanya menghitung, membilang, membagi, membuat kali- kali. Memperinci ilmu pada alam, tetapi tidak meresapkan keindahan yang ada dengan alam. Alangkah miskinnya hidup ini kalau mata terkembang, tapi tak melihat. Telinga terdandang, tapi tak mendengar. Alangkah payahnya menggesek rebab di telinga kerbau."

Tambah beliau lagi, "Tubuh menghendaki benda untuk menyuburkannya; ia hendak makan, hendak berpakaian, hendak bertempat tinggal. Akal berkehendak kepada bahan yang akan dipikirkan menurut undang-undang berfikir (logika). Namun, di samping tubuh dan akal, ada lagi perasaan halus. Hal yang meninggikan semarak perasaan halus itu ialah keindahan. Siram dan suburkanlah rasa keindahan dalam jiwa, sebab ia adalah alat pelengkap keindahan di luar diri."

Ingatlah, kita adalah makhluk ciptaan ALLAH SWT yang terbaik se- bagaimana firmannya, "Dan sesungguh- nya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut, dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna." (Surah al-Israa', 17:70).

Justeru, carilah keindahan hidup menerusi kanta hati. Sesungguhnya kanta hati dapat pertingkatkan kualiti hidup tanpa kebergantungan tinggi kepada orang lain. Penuhi keinginan hidup tanpa perbandingan.

(sinar harian)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT