Kaser Usus Besar
AZIZI Afandi, 55, mengalami masalah sukar membuang air besar sejak dua tahun lalu. Disebabkan dirinya seorang yang jarang jatuh sakit, keadaan itu dibiarkan sahaja.Bagi Azizi, hal itu kecil dan boleh diatast sementelah beliau seorang yang sangat sibuk memenuhi tuntutan sebagal kontraktor.Pun demikian, beberapa bulan lalu, najisnya berdarah. Difikirkan la satu kebetulan, tetapi kejadian itu berterusan selama seminggu lamanya.
Khuatir kondisi tersebut memudaratkan kesihatan lebih-lebih lagi bakal terbang menunaikan umrah, lelaki berkenaan terus berjumpa doktor.Azizi sangat terkejut apabila pakar mengesahkan beliau menghidap kanser usus besar atau kolorektal tahap 3.
Jika pembaca Sinar Plus masih ingat, pada 30 Disember 2022, legenda bola sepak dunia, Pele meninggal dunia akibat kanser usus besar yang menyebabkan sejumlah organnya gagal berfungsi. Statistik global, World Cancer Research Fund International mendedahkan, kolorektal merupakan kanser ketiga tertinggi dalam kalangan penduduk dunia.la merupakan jenis barah kedua terbanyak dialami oleh wanita. Tiga negara yang mendahului carta ialah Hungary, Slovakia dan Norway.
Di Malaysia, Pakar Perunding Bedah Am & Kolorektal, Hospital Gleneagles, Pulau Pinang, Dr Buvanesvaran T Moorthi memberitahu mengikut laporan pada tahun 2016, kanser kolorektal atau kolon di Malaysia adalah penyebab kedua kematian dan nombor satu menyerang kaum Adam dengan peratusan 21.2 peratus daripada 100,000 lelaki di negara ini.
Menurut pakar tersebut kelazimannya, barah itu dikesan apabila pesakit sudah berada pada tahap ketiga dan ke atas. Justeru, adakah perlu untuk membuat ujian saringan awal untuk kanser jenis tersebut?
Anemia, mual & obesiti
Sebelum menjawab pertanyaan itu, Dr Buvanesvaran menjelaskan, kanser kolon merujuk kepada pertumbuhan isi tanpa kawalan yang bermula dengan suatu bonjolan pada selaput dalam usus atau dikenali sebagai polip. Polip akan beransur-ansur membesar sehingga bertukar menjadi barah. "Pertumbuhan itu boleh menyebabkan berlakunya pendarahan, perubahan tabiat perkumuhan dan kesukaran membuang air besar," katanya.
Ujar beliau lagi, kanser berkenaan berkeupayaan merebak ke bahagian organ lain. Lazimnya boleh sampai ke hati, paru-paru, tulang dan otak.
Penularan itu secara tidak langsung akan merosakkan fungsi asal bahagian organ tersebut dan boleh mencetuskan beberapa gejala memudaratkan yang akhirnya meragut nyawa. Ditanya apakah simptom yang sering berlaku kepada penghidap, berikut penerangan beliau
1) Berlaku pendarahan pada tinja (tahl) termasuk perubahan tabiat membuang air besar. Kekerapan ke tandas dan cirit-birit yang berlarutan perlu diberi perhatian sewajarnya.
⚫️ Jika berlaku sembelit berpanjangan terutama berterusan melebihi dua minggu, la merupakan satu petanda kurang baik.
ii) Hilang selera makan
Tiada nafsu untuk menikmati sebarang hidangan juga satu keadaan yang perlu diberi penekanan.
III) Berat badan turun mendadak
Berat badan yang menyusut ditambah dengan rasa lesu yang berlebihan antara simptom yang agak lewat berlaku kepada pesakit kanser usus. Selain tiga ciri itu, laman web The Endescopy Centre dan CNN menyenaraikan beberapa petanda lain yang tidak disedari ramal. Antaranya:
1) Anemia tanpa sebab
Salah satu ciri anemia adalah badan manusia mudah letih, lemah dan lesu. Pesakit kanser kolon boleh mengalami anemia lantaran kehilangan darah yang ditandai dengan masalah tinja berdarah. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran darah merah berkurangan dan kehabisan 'rizab' zat besi di dalam badan.
II) Mual dan muntah
• Dua situasi itu ditambah dengan sembelit, cirit-birit, sakit perut termasuk tinja berdarah adalah antara sifat kanser usus. Penghidap biasanya mengalami muntah kerana pertumbuhan tumor akan menyebabkan penyumbatan pada usus
II) Gas berlebihan
• Gas berlebihan akan membuatkan perut kembung dan tidak selesa.
iv) Perut kejang
Ramai menganggap ia adalah gejala wanita yang mahu datang bulan.Namun, seandainya, masalah tersebut berlanjutan dan di luar waktu menstruasi, itu adalah indikasi kepda barah usus. Kepada golongan yang berumur 40 tahun ke atas, anda digalakkan melakukan pemeriksaan rapi, kata Dr Buvanesvaran. Pada aras usia itulah, kanser kerap berlaku terutama kepada mereka yang mempunyai sejarah dalam kalangan ahli
ANEKDOT
ANTARA cara terbaik mencegah kanser usus besar:
- Buah dan sayur termasuk makan makanan yang mengandungi vitamin, mineral, serat tinggi serta antioksidan berupaya mencegah risiko kanser.
- Hentikan amalan merokok yang hanya mendatangkan banyak penyakit. Begitu juga dengan minum minuman beralkohol.
- Lakukan senaman selama 30 minit sehari.
- Paling penting, sentiasa menjaga berat badan kerana kanser kolon boleh berlaku disebabkan obesiti.
- Mengurus penyakit diabetes dengan baik.
- Menjalani ujian colonoscopy apabila mencapai umur 45 tahun.
Ulasan
Catat Ulasan