Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2023

POLITIK KACAU

  Politik adalah suatu juzuk yang penting dalam Islam.Rasulullah Saw berhijrah ke Madinah dan membina negara madinah.Pembinaan negara Madinah yang terdiri dari pelbagai suku dan puak sudah tentu memerlukan kemahiran politik yang matang     Hari ini di negara kita dapat dilihat dengan jelas betapa kacaunya politik.Hal ini tidak sukar dilihat dimana selepas piliha raya ke 14 negara telah menerima 3 orang perdana menteri dalam satu penggal iaitu lebih kurang 5 tahun.     Dalam pilihanraya ke 14 PH telah berjaya menubuhkan kerajaan dimana Tun Mahathir telah diangkat menjadi Perdana Menteri yang ke 7.Beliau menjadi perdana Menteri buat kali ke 2 setalah memegangnya sebelum ini sebagai perdana Menteri yang ke 4.Dimulai dengan Tengku Abdul Rahman, Tun Abd Razak,Tun Hussein Onn,Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak, Tun Mahathir,Tan Sri Muhyiddin Yasin,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menter...

BELAJAR DAN JADI PENULIS

  Marsli N.O bercerita tentang titik awalnya menjadi seorang penulis, dan mencari jalan sendiri dalam langkah awal tersebut. "Atas minat dan cita-cita yang membara itu, saya mulai menjadi pembeli buku secara tetap pada setiap bulan apabila ke bandar. Menyisihkan beberapa ringgit untuk buku dan mengurangkan hobi menonton wayang atau membeli pakaian berjenama." Tahun 1977. Ketika baru meninggalkan alam remaja dan saya mula belajar hendak jadi penulis, tiada sesiapa yang mengajar dan menjadi guru. Ketika itu, saya sudah enam tahun meninggalkan bangku sekolah menengah, yang saya tinggalkan selepas selesai tingkatan satu dan untuk menafkahi hidup bersendirian, saya bekerja sebagai kuli di sebuah ladang kelapa sawit milik pemodal British. Akan tetapi, menjadi kuli dan ceteknya ilmu tidak memudarkan semangat dan cita-cita saya hendak jadi penulis. Waktu malam, saya mengisi kesunyian di sekitar perumahan ladang tanpa radio atau televisyen itu dengan menulis apa-apa sahaja yang terdet...

Peningkatan kos sara hidup

  P erdana Menteri ke-10, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kabinet kerajaan perpaduan dilihat cakna dan memberikan keutamaan terhadap usaha menangani kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat. YAB Perdana Menteri menyarankan agar orang ramai memberikan cadangan, manakala agensi yang berkaitan mengadakan perbincangan secara terperinci dan mengambil tindakan segera  bagi meringankan beban kenaikan harga yang ditanggung oleh rakyat. Selain daripada kos sara hidup dan kejatuhan mata wang, isu peruntukan tersasar, keperluan bekalan makanan asas rakyat, kerakusan orang tengah, kadar pengangguran dalam kalangan rakyat dan kebocoran pengurusan kewangan kerajaan turut perlu diteliti. Beberapa strategi dan langkah-langkah jangka pendek dan sederhana terus dicerakin oleh kerajaan bagi memastikan  kenaikan kos sara hidup tidak akan terus menghimpit kehidupan dan kesejahteraan rakyat. Peningkatan kos sara hidup dan taraf hidup merupakan dua perkara yang salin...

kisah-kisah Memimpin Dari Hati: Memimpin Guru Meneguhkan Murid

 kisah 1

REZEKI YANG TERBAIK