Peningkatan kos sara hidup

 P erdana Menteri ke-10, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kabinet kerajaan perpaduan dilihat cakna dan memberikan keutamaan terhadap usaha menangani kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat. YAB Perdana Menteri menyarankan agar orang ramai memberikan cadangan, manakala agensi yang berkaitan mengadakan perbincangan secara terperinci dan mengambil tindakan segera bagi meringankan beban kenaikan harga yang ditanggung oleh rakyat.

Selain daripada kos sara hidup dan kejatuhan mata wang, isu peruntukan tersasar, keperluan bekalan makanan asas rakyat, kerakusan orang tengah, kadar pengangguran dalam kalangan rakyat dan kebocoran pengurusan kewangan kerajaan turut perlu diteliti. Beberapa strategi dan langkah-langkah jangka pendek dan sederhana terus dicerakin oleh kerajaan bagi memastikan kenaikan kos sara hidup tidak akan terus menghimpit kehidupan dan kesejahteraan rakyat.

Peningkatan kos sara hidup dan taraf hidup merupakan dua perkara yang saling berkaitan rapat. Kos sara hidup ialah kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah bukan hanya keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal tetapi juga keperluan lain seperti kos perubatan, pengangkutan, dan bayaran pinjaman demi kelangsungan dan keselesaan hidup. Sementara itu, taraf hidup pula mengukur perbandingan antara pendapatan dengan kos sara hidup. Sekiranya pendapatan berada pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup, maka taraf hidup seseorang dikatakan merosot dan begitu juga sebaliknya.

Kos sara hidup meningkat disebabkan oleh kesan inflasi. Kadar inflasi merujuk kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan umum secara berterusan. Kadar inflasi diukur dengan menggunakan Indeks Harga Pengguna (IHP).

 IHP mengukur purata perubahan kos pembelian oleh isi rumah mengikut masa bagi sebakul barangan dan perkhidmatan di pasaran. Kesan daripada berlakunya peningkatan inflasi ialah kuasa beli pengguna akan menurun.

Majoriti pendapatan yang diterima oleh isi rumah setiap bulan digunakan untuk bayaran ansuran perumahan, kenderaan, pendidikan dan pinjaman peribadi. Situasi tersebut menyebabkan mereka tidak mempunyai lebihan wang untuk menabung atau dibelanjakan ke atas barangan lain. Secara teorinya pula, apabila kos sara hidup meningkat maka kuasa beli pengguna akan menurun.

Kuasa Beli Pengguna

Apabila membincangkan tentang kuasa beli pengguna, kita cubai memahaminya dengan mendalam. Sebagai contoh, sekitar tahun 70-an dan 80-an, dengan RM50 yang dibawa ke pasar, pelbagai barang keperluan dapat dibeli Namun begitu, peredaran masa hari ini memperlihatkan bahawa dengan jumlah yang sama, hanya beberapa item yang dapat dibeli. Keadaan ini menunjukkan bahawa kuasa beli pengguna semakin berkurangan.

Umum perlu mengetahui bahawa terdapat tiga kumpulan utama yang mempengaruhi kadar inflasi seperti alam Rajah 1. Kumpulan pertama, iaitu makanan dan minuman bukan beralkohol mencakupi 29.5% yang melibatkan tiga subkumpulan utama, iaitu makanan di rumah, makanan di luar rumah dan kumpulan minuman seperti kopi, teh, koko dan minuman) bukan beralkohol.

 Kumpulan kedua pula ialah perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain dengan 23.8% yang terdiri daripada empat subkumpulan utama, iaitu sewa sebenar untuk rumah, elektrik, gas dan bahan api, penyelenggaraan dan pembaikan rumah kediaman, serta bekalan air dan perkhidmatan berkaitan dengan rumah kediaman.

 Akhir sekali, kumpulan ketiga, iaitu pengangkutan (14.6%) yang mempunyai tiga subkumpulan iaitu pembelian kenderaan, pengurusan alat pengangkutan persendirian dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Sehubungan dengan itu, timbul persoalan apakah cara untuk menurunkan kos sara hidup atau meningkatkan kuasa beli pengguna? Untuk meningkatkan kuasa beli rakyat bukanlah dengan menaikkan gaji atau memberi bantuan kewangan. Hal ini demikian kerana apabila gaji kakitangan awam dinaikkan, maka pekerja di pihak swasta juga akan menuntut kenaikan gaji mereka. Apabila pekerja swasta dinaikkan gaji maka harga barangan keluaran mereka atau kos perkhidmatan terpaksa dinaikkan bagi menampung kos operasi. Maka, secara tidak langsung peniaga akan menaikan harga barangan jualan mereka. Dapatan kajian mendapati bahawa banyak negara yang menaikkan gaji tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah kuasa beli pengguna. Contohnya, walaupun kerajaan Indonesia telah meletakkan kadar gaji atau upah yang tinggi mengikut kadar mata wang mereka, namun negara tersebut bukanlah negara yang kaya. Negara yang kaya seharusnya mempunyai kuasa beli rakyat yang tinggi. Mereka perlu membelanjakan puluhan ribu rupiah hanya untuk membeli barangan yang berharga RM10.

Carta 1 dan Rajah 2 yang berikut menunjukkan purata gaji dan upah bulanan seisi rumah dan tahun 2012 hingga 2020 yang menunjukkan trend penurunan pada tahun 2018 (RM3087 dengan purata peratusan 7.2% tertinggi, tahun 2019 dengan (RM3224 dengan purata peratusan 4.4%) dan akhirnya pada tahun 2020 (RM2933 dengan purata peratusan-9.0%). 

Angka tersebut menunjukkan kos sara hidup rakyat terus meningkat pada kadar yang lebih tinggi berbanding dengan peningkatan kadar pendapatan dan upah benar. Kesan merebaknya kes pandemik COVID-19 global dan tempatan serta langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus menjejaskan ekonomi, meningkatkan kadar bersasar kepada isi rumah; dan mengadakan kempen kepenggunaan.

Namun begitu, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Antaranya termasuklah rakyat perlu memberikan keutamaan kepada perancangan perbelanjaan dengan mengutamakan barangan keperluan berbanding dengan barangan kehendak dan membuat perbandingan harga sebelum berbelanja. Selain itu, rakyat juga perlulah sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dan menimbangkan keputusan secara bijak tentang pengurusan hutang.

Dalam perspektif lain, bagaimanakah cara untuk meningkatkan kuasa beli pengguna? Satu daripada caranya adalah dengan meningkatkan produktiviti. Apabila produktiviti ditingkatkan, maka harga barangan tersebut dapat dikurangkan. Sebagai contoh, negara China yang dikenali sebagai negara yang mempunyai produktiviti yang tinggi di dunia dan secara tidak langsung menyebabkan harga barangan mereka jauh lebih rendah dari negara kita disebabkan oleh kos pengeluaran yang rendah. Mungkin ada yang beranggapan bahawa barangan dari China kurang berkualiti. Dari satu sudut, hal tersebut mungkin ada kebenarannya, namun cuba kita lihat contoh negara Jepun yang pada peringkat awal dahulu produk yang dikeluarkan kurang berkualiti tetapi kini produk mereka sangat berkualiti tinggi kerana sikap mereka yang terus menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi dan pengeluaran secara besar- besaran.

Produktiviti dapat ditingkatkan melalui teknologi moden. Kini, kita berada pada era ekonomi digital atau di Revolusi Industri 4.0, laitu perubahan dalam sektor pembuatan bermula daripada menggunakan tangan kepada menggunakan mesin berkuasa wap. Kemudian beralih kepada tenaga elektrik dan seterusnya kepada penggunaan elektronik dan teknologi maklumat bagi mengautomasikan pengeluaran dan kini kepada penggunaan sistem siber-fizikal seperti automasi, Internet Pelbagai Benda (loT), analisis data raya, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan awan (cloud). Kesemua teknologi yang diperkatakan ini berupaya meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos sekali gus meningkatkan kuasa beli rakyat bagi sesebuah negara. Mungkin ada yang terfikir apabila kesemua pekerjaan ini diambil alih oleh teknologi seperti sistem atau robot, tenaga manusia tidak diperlukan lagi. Kini, kita dapat lihat sistem perbankan umpamanya menggunakan kemudahan teknologi untuk menyantuni pelanggan. Perkhidmatan perbankan tidak lagi terhad pada waktu tertentu untuk berurusan tetapi dapat dilakukan pada bila bila masa dan di mana-mana sahaja.

Kerajaan juga dicadangkan agar dapat menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur di Malaysia seperti menyediakan insentif yang menarik dan menyediakan kemudahan prasarana yang mencukupi. Apabila pelabur melabur dalam negara, mereka bukan sahaja mendirikan kilang, tetapi turut membawa masuk teknologi terkini. Selain itu, mereka juga akan menggunakan mata wang negara kita dan seterusnya mengeksport barangan tersebut ke seluruh dunia. Hal itu dapat meningkatkan nilai mata wang negara. Selain itu, peranan kerajaan juga amat diharapkan dengan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak agar had gaji minimum perlu dinaikkan bagi mewujudkan keseimbangan dengan harga barangan yang meningkat.

Hal itu secara tidak langsung membolehkan rakyat berbelanja dan yang lebih penting memberikan peluang kepada warganegara tempatan bekerja di negara sendiri dengan mengurangkan kebergantungan pekerja asing yang menguasai pasaran buruh. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bijak merancang perbelanjaan supaya tidak terjebak dengan perangkap hutang manakala pihak kerajaan perlu memperkasakan sistem pendidikan dan meningkatkan had gaji minimum bagi mengurangkan bebanan masyarakat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka. Selain itu, pihak kerajaan harus kerap membuat pemantauan dan penguatkuasaan dengan mengutamakan keperluan rakyat meliputi isu seperti pembelian rumah, barangan keperluan harian, kenaikan harga petrol dan bayaran tol di kawasan bandar yang sangat membebankan rakyat. Selain individu dan kerajaan, terdapat satu lagi entiti yang dapat membantu mengekang dan mengurangkan peningkatan kos sara hidup, iaitu koperasi. Ramai yang tidak mengetahui bahawa koperasi juga mempunyai peranan dalam mengurangkan peningkatan kos sara hidup. Bilangan anggota koperasi yang melebihi tujuh juta atau satu negara dapat mempengaruhi penawaran dan permintaan barang pengguna dalam pasaran. Hal itu secara tidak langsung menunjukkan kuasa gerakan koperasi dapat memberikan kesan kepada harga barangan pengguna dalam pasaran. Terdapat beberapa inisiatif yang boleh dilakukan oleh koperasi bagi mengurangkan peningkatan kos sara hidup. Antaranya adalah dengan memperkasakan dan memanfaatkan sepenuhnya rangkaian pemasaran koperasi sedia seperti subsidiari Koperasi. Permodalan Felda Bhd., iaitu Felda Trading Sdn. Bhd., Koperasi Jaringan Sepadu Bhd. dan 12 lagi koperasi yang dilantik sebagai pusat pengedaran di seluruh negara. Kewujudan pusat pengedaran itu seharusnya dapat menjimatkan kos pengangkutan. Bukan itu sahaja, koperasi juga boleh mewujudkan pusat pengumpulan pelbagai hasil pengeluaran koperasi di setiap negeri bagi memudahkan urusan pengumpulan dan pengedaran barang, menambahkan bilangan koperasi untuk memiliki lesen dan permit import dan mengedar barangan kawalan serta meningkatkan pelibatan rantaian nilai ekonomi. 

Inisiatif lain yang boleh mengurangkan kos kenaikan sara hidup adalah dengan menyediakan pakej insentif kepada koperasi. Hal ini bertujuan untuk memperkasakan peranan koperasi dalam perdagangan pengedaran supaya koperasi berupaya untuk menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna bagi mengimbangi kos sara hidup. Menurut sumber Utusan Malaysia pada 22 Februari 2014, strategi meningkatkan kapasiti operasi dan menambahkan bilangan pusat pengedaran (DC) dan subpusat pengedaran, Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), kedai COOP dan pasaraya COOP mampu memasarkan barangan pengguna pada harga yang kompetitif dan dapat mengekalkan kualiti yang setanding dengan produk lain dalam pasaran.

Akhir sekali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Menteri Ekonomi perlu mencapai persetujuan bersama tentang beberapa inisiatif proaktif dalam menangani cabaran ekonomi semasa yang mampu menjejaskan kehidupan rakyat, Beberapa langkah ini termasuklah tindakan panjang lanjutan daripada kelulusan yang diperoleh dalam Mesyuarat Khas NACCOL dan Mesyuarat Jemaah Menteri.

Antara 10 keputusan penting strategi jangka pendek yang diputuskan oleh kerajaan adalah seperti dalam Jadual 1 menerima sokongan rakyat. Ironinya, isu kenaikan kos sara hidup telah mendatangkan kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan M40. Dalam konteks ini, peningkatan pendapatan isi umah dan produktiviti hanya mengikut arus peningkatan kos sara hidup kelihatannya dapat mengurangkan tekanan kos sara hidup seseorang sedangkan setiap tahun tekanan kos sara hidup terus menghimpit kehidupan rakyat.

 (Dr. Hj. Mustafa Dakian ialah Pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT