Hari Raya ke2 Tahun 2023M/1444H
Hari ni aku duduk di rumah sahaja kerana nak mengemas almari buku sebab pada hari selasa almari jati akan sampai.Aku beli almari buku kayu jati RM1800 dan dah bayar deposit RM200 di kedai perabut jati di Cheng sebarisan dengan bank muamalat.
Semalam hari raya aku solat bersama family di masjid pantai kundir seperti tahun2 lalu.aku suka solat di sini sebab tidak sesak.Orang pun tak berapa ramai dan susun atur kenderaan ya juga bagis di mana diaorang buat jalan sehala.Ini membantu mengurangkan kesesakan.Selepas solat kami pusing ikut jalan pantai puteri round2 tengok pantai.Banyak pokok2 telah tiada disebabkan hakisan pantai.Tidak seperti dulu di mana kami pernah bergambar semasa hari raya sebab pokok2 masih banyak lagi.
Aku lihat pokok2 ada ditanam semula di tepi pantai tapi macam tak berapa masuk akal sebab tebatan pantai tidak dibuat.Kemungkinan besar pokok yang ditanam juga akan menerima hakisan yang sama
pada hari raya tahun ini sepatutnya aku menjadi imam dan membaca khutbah seperti tahun lepas di surau seberang Gajah Bukit Rambai.Amir telah menghantar nama aku utk kelulusan JAIM dan dah lulus tapi pada pagi 30 Ramadhan Amir datang ke rumah aku sewaktu itu aku sedang tidur.Ain kejutkan aku katannya "bah ada orang cari".Akuun bangkit dari tidur dan melihat dari tingkap rupanya Amir kawan aku yang minta aku jadi Imam solat Hari raya bermula dari tahun lepas.Katanya seperti biasa minta tolong sebab Ustaz Suhaimi yang biasa jadi imam di situ balik kampungnya di Terengganu
Hendak dijadikan cerita Amir datang pagi tu selepas berbual-bual dia mengatakan yang dia serba salah sebab Ustaz suhaimi ada cakap kepadanya mintak hantar teks khutbah sebab dia nak jadi imam dan baca khutbah.Sewaktu sebelum menghantar nama aku ke JAIM ada kawan amir yang diminta tanya Ustaz Suhaimi tentang imam ini tapi dia tidak memberi jawapan.Jadi diaorang hantarlah nama aku.Agaknya bila Ustaz Suhaimi tak jadi balik kampung maka dia rasa dia nak jadi imam sebab dapat sagu hati RM100 seperti yang aku terima tahun lepas.Aku pun tak mahu timbulkan komplik maka aku cakap dengan Amir bagilah Ustaz Suhaimi jadi imam sebab diamemang karyah situ dan selalu ke surau bersama-sama dengan orang kampung situ.Aku hanya menggantikannya sahaja jika dia tak ada.Maka akupun dengan rela hati suruh Amir minta Ust Suhaimi meneruskan rancangan yang di atur.Amirpun bersetuju dan akan ke rumah ustaz Suhaimi untuk memberitahu.
Selepas ini kalau dia nak suruh aku jadi imam aku nak pastikan dulu ust suhaimi betul-betul tak dapat jangan bila tak jadi balik nak jadi imam pula.Kali ini aku beralah.Next time aku tak nak tolong kalau tak ada kepastian.Hikmah dari kes ini aku dapat mengerjakan solat hari raya bersama family dan dapat mengambil gambar raya di Klebang selepas balik dari solat.Semuanya telah di atur oleh yang maha kuasa
Ulasan
Catat Ulasan