TIGA PEGANGAN ALIRAN TEOLOGI (ILMU KALAM)KETIKA MENGHADAPI WABAK PENYAKIT
JABARIAH
▪Menyerahkan sepenuhnya pada takdir Allah tanpa ada usaha dan ikhtiar.
▪Pandangan kelompok ini menganggap bahawa semua wabak penyakit itu semata-mata berasal dari Allah ﷻ. Namun, mereka tidak mahu peduli dengan tuntunan syariat untuk berusaha menghindarinya.
▪Mereka berpandangan sekiranya mereka terkena wabak penyakit tersebut, ia merupakan takdir dari Allah.
▪Sekiranya mereka nanti meninggal dunia, itu juga sudah takdir dari Allah.
▪Sekiranya mereka selamat, tidak terkena apa-apa jangkitan wabak penyakit, itu pun juga sudah takdir dari Allah ﷻ.
▪️Mereka tidak peduli _facemask_, _hand sanitizer_, alat pencegahan penyakit, dan tidak peduli orang lain. Mereka hanya peduli keyakinan mereka semata-mata.
▪Konsep perubatan tidak ada dalam kamus mereka, kecuali jika memang sudah parah kondisinya. Itu pun jika sudah terpaksa.
▪Contoh slogan yang seringkali digunakan, _"Kami hanya takut kepada Allah, tidak takut Covid! Covid itu juga makhluk Allah!"_ (tanpa mengendahkan arahan dan aturan dunia perubatan).
▪Kelompok tersebut hanya peduli pada keyakinan mereka sendiri, tanpa mempedulikan kesan yang boleh ditimbulkan oleh kelompok mereka melalui penyebaran jangkitan penyakit kepada orang di sekitarnya.
▪Ringkasnya, kelompok fahaman Jabariyyah ini hanya peduli pada pemberi "Asbab", bukan pada "Musabbab". Yakin hanya pada Allah, tapi tidak yakin pada Sunatullah-Nya.
QADARIAH
▪Sepenuhnya yakin pada kekuatan diri sendiri, tanpa melibatkan kekuatan Allah ﷻ sama sekali.
▪Cara berfikir kelompok ini seringkali menyandarkan kemampuan diri sendiri atau orang lain yang dianggapnya kuat atau kemampuan seseorang pemimpin atau para pengurus negara yang mereka yakini kemampuannya.
▪Mereka hanya berkeyakinan penuh pada kecanggihan peralatan perubatan serta kemajuan ilmu pengetahuan. Namun, menafikan Allah ﷻ dalam setiap peristiwa dan kejadian.
▪Biasanya, mereka menggunakan slogan seperti, _"Covid hanya boleh dicegah atau disembuhkan melalui kaedah perubatan moden"_ atau _"Kaedah perubatan kita sudah cukup canggih! Covid tak akan mampu menular di tempat kita! Kita tak perlukan kaedah perubatan lain"_ dsb.
▪Kelompok fahaman ini seringkali lebih menyandarkan logik dan rasional semata berbanding keyakinan hati dan iman. Semua dinilai secara materialistik dan realistik.
▪Ringkasnya, fahaman Qadariyyah ini hanya melihat dan meyakini faktor "Musabbab", namun mengabaikan Sang Pemberi "Asbab".
AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
▪Menyeimbangkan antara ikhtiar dan tawakkal.
▪Kelompok Ahlu Sunnah wal Jama'ah memiliki sikap dan pandangan mu'tadil dan mutawasit; seimbang dan berimbang.
▪Mereka tidak terlalu takut berlebihan dan tidak pula mencabar dengan penuh kesombongan. Menyeimbangkan antara ikhtiar dan tawakkal.
▪Mereka selalu berusaha bertawakkal mendekatkan diri pada Allah ﷻ dengan doa dan zikir, namun pada waktu yang sama, mereka juga selalu berikhtiar dengan ubat-ubatan yang dapat menyembuhkan.
▪Mereka sentiasa menjaga kebersihan jasmani dan juga kebersihan rohani.
▪Mereka sentiasa berdoa dalam masa yang sama tetap berikhtiar memakai _facemask_ dan menjaga SOP sepertimana diarahkan.
▪Jika disarankan supaya mereka menghindari penyebab menularnya penyakit, mereka akan lakukan, tapi mereka juga tak lupa berlindung dengan Allah daripada segala kemudharatan.
▪Kelompok ini berkeyakinan bahawa Allah yang menjadi "Musabbab", tetapi meyakini juga Dia yang menciptakan "Asbab". Dia yang menurunkan bala wabak penyakit, namun Dia pula yang memberikan cara menghindari dan menyembuhkan wabak penyakit tersebut.
▪️Biasanya, mereka menggunakan slogan seperti, _"Teruskan berdoa dan berikhtiar"_.
▪Ringkasnya, kelompok ini mengikuti aturan dunia perubatan serta tunduk patuh pada aturan agama. Mereka memerhatikan keseimbangan antara usaha dan iman, kesetaraan antara hati dan logik akal serta pertimbangan antara maslahat dan mudharat.
Ulasan
Catat Ulasan