Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

Kembalinya Taliban - apa kesannya di Malaysia?

Imej
  A - Dalam sidang media pertamanya, Taliban berkata ia tidak mahu bermusuh atau berdendam dengan mana-mana pihak; ia mahu membina kerajaan Islam yang kuat dan ‘inklusif’; serta wanita tidak akan didiskriminasi dan akan dibenarkan bekerja dan belajar - selagi tidak keluar daripada kerangka Islam. Namun, ia berdepan pandangan skeptik daripada pemerhati yang mengimbau dasar keras kumpulan itu, lebih-lebih ke atas golongan wanita ketika pemerintahannya dahulu pada era 90-an. Bagi profesor pengajian keselamatan di Naif Arab University for Security Sciences (NAUSS) di Riyadh, Mohd Mizan Aslam, memang benar terdapat bibit perubahan pada apa yang digelarnya sebagai “Taliban 2.0” berbanding Taliban era 90-an Namun, apakah benar-benar Taliban akan berpegang pada kata-kata yang dijanjikannya atau tidak, hanya dapat dinilai setelah tentera Amerika Syarikat dan Wakil Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) berundur sepenuhnya daripada tanah Afghanistan. “Saya sebenarnya ada keraguan, sehin...

PANDEMIK -19 DAN GANGGUAN TIDUR

Imej
  Secara umum, orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas memerlukan tujuh hingga sembilan jam waktu tidur manakala remaja memerlukan lapan hingga 10 jam waktu tidur setiap malam. Tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan selain dapat membantu anda lebih fokus terhadap tugasan harian. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam kalangan 11,000 pekerja di Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada 2018, mendapati bahawa anggaran 54 peratus yang bekerja mendapat kurang daripada tujuh jam waktu tidur setiap malam. Kajian yang dijalankan pada tahun lalu pula di beberapa universiti di Malaysia turut mendapati kira kira 58 peratus pelajar tahun tiga dan empat tidur kurang daripada tujuh jam sehari. Pakar Psikiatri  Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Dr Farah Deena Abd Samad berkata. ketika negara dilanda pandemik Covid-19, ramai yang terkesan. sehingga menyebabkan. gangguan tidur. "Lebih ramai yang bekerja dari rumah dan terpaksa bekerja sambil menjaga anak serta menguruskan hal ru...

HARGAI PELUANG MEMILIH KERJAYA

Imej
  Dunia kini dihuni lebih daripada 7.8 bilion orang pada tahun 2020, yakni satu angka yang tidak terjejas walaupun  4.12 juta(angka pada 21 julai 2021) orang meninggal dunia akibat wabak COVID-19. Dengan kadar kelahiran dijangka menurun daripada 2.5 orang bayi bagi setiap wanita kepada 1.9 kelahiran bagi setiap wanita pada abad ini, perangkaan itu dijangka mencecah 10.9 bilion menjelang penghujung abad ke-21. Bayangkan dengan jumlah manusia dari pelbagai agama, bangsa dan budaya, pastinya tiada satu, sepuluh mahupun 100 jenis sumber pendapatan sahaja yang sesuai untuk semua. Banyak faktor menjadi penentu sama ada seseorang itu menjadi pekerja makan gaji, peniaga atau usahawan, mahupun cuma menghabiskan harta ibu bapa yang kaya-raya. Kelulusan pendidikan, kecerdasan minda (IQ), kecerdasan emosi (EQ), semangat untuk berusaha, cita-cita mahupun nasib dan keturunan mungkin menjadi penentu. Dalam konteks Malaysia, secara tradisinya ibu bapa melihat kerjaya hebat seperti d...

MASA DEPAN GENERASI PKP

               Negara kini memasuki Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam tahun kedua wabak COVID-19 mencengkam dunia. Bukan sahaja di Malaysia, malah kebanyakan negara di seluruh dunia berdepan dengan nasib serupa. Ada yang menanganinya dengan lebih baik kerana mempunyai sumber dan teknologi terkini, namun terdapat juga negara  yang semakin tersungkur kerana tidak mampu menanganinya dengan baik.                Bagi penduduk dunia, termasuklah rakyat Malaysia, kebimbangan sumber ekonomi menjadi antara perkara yang paling lantang dibangkitkan. Tubuh badan dihambat penyakit, poket pula semakin sepi tanpa isi. Golongan yang bekerja mahupun berniaga mengadu tentang gaji dipotong, hilang pekerjaan dan tiada sumber pendapatan untuk kelangsungan hidup, sehingga rata-ratanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan mahupun daripada golongan berkemampuan. Bagi graduan baharu, sukar bagi mereka ...