Istimewanya Malam Raya

 Ramadan al-Mubarak yang mengunjungi kita kini sudah hampir meninggalkan umat Islam.Ada hati yang mula menangis.Tetamu yang mulia ini akan pergi dan pasti akan kembali lagi.Namun, adakah kita berkesempatan lagi untuk bertemu.dengan bulan yang agung ini? Apa yang sudah berlalu,tidak dapat lagi kta ulangi.Apa yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa dan beristighfar,Berdoa agar segala yang telah kita lakukan,benar-benar diterima oleh Allah s.w.t. Beristighfar kerana pasti sepanjang hari-hari yang kita lalui tu,terdapat pelbagai kelemahan dan kekhilafan yang telah kita lakukan.

Bagaimanapun,berakhirnya Ramadan dengan munculnya anak bulan 1 Syawal bukanlah penamat segala kebaikan dan Impahan rahmat Allah s.w.t. Sebaliknya, malam Hari Raya tersebut adalah satu malam yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Alangkah ruginya,jika sepanjang Ramadan kita mampu bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah dan segala kebajkan,tiba-tiba pada malam yang penuh berakah ini,kita dilekakan dengan kesibukan persiapan Hari Raya. Memang tidak salah kita bergembira mensyukuri nikmat kerana dapat menyem- purnakan ibadah pada bulan Ramadan tahun ini, tetapi kegembiraan kita janganlah sampai menyebabkan kita kerugian daripada mendapat keuntungan yang amat besar.

Doa Makbul 

Semasa bersama Ramadan kita ditawarkan dengan satu malam yang amat hebat iaitu  lailatulqadar,namun selepas itu pada buan Syawal kita ditawarkan lagi dengan satu malam yang tidak kurang hebatnya,iatu malam 1 Syawal.

Syeikh al-Hadis al-Syeikh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi,pengarang kitab Aujaz al-Masalik,menukilkan dalam kitabnya Fadilat Ramadan,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang berjaga pada kedua-dua malam Hari Raya(dengan sibuk dalam keadaan beribadah) dengan niat untuk mendapatkan ganjaran Allah, hatinya akan hidup pada hari di mana hati-hati yang lain mati."Dalam kitab Kashf al-Ummah,dengan rujukan kepada Imam al-Syaft'i,bahawa terdapat lima malam yang doa-doa akan dikabulkan padanya; malam Jumaat,kedua-dua malam Hari Raya,malam permulaanRejab dan malam Nisfu Syaaban.Lailah al-Ja'izah Oleh sebab itu,malam Hari Raya ini harus diisi dengan doa dan zikir tertentu. Sungguhpun begitu,kita jangan pula melupakan bahawa malam itu juga adalah malam terakhir Ramadan.Abu Hurairah r.a. berkata,telah bersabda Rasulullah s.a.W., mafhumnya:"...dan diampunkan bagi mereka(umat Muhammad s.a.w.)pada malam terakhir Ramadan."Lalu seseorang bertanya:"Wahai Rasulullah, adakah malam itu ialah lailatulqadar?"Jawab Rasulullah s.a.w.:"Tidak! Tetapi seorang pekerja akan diberikan upah setelah dia menyelesaikan pekerjaannya!"(Riwayat Ahmad,al-Bazzar dan Abu al-Syeikh Ibn Hibban)

Bersumber daripada Ibn Abbas r.a., dalam sebuah hadis yang panjang,beliau menyatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud:"。。。apabila tiba malam Hari Raya Aidilfitri, dinamakan malam itu dengan panggilan Lailah al-Ja'izah(Malam Pengurniaan).Maka apabila pagi hari raya menjelang,Allah Azzawajalla mengutuskan para malaikat ke setiap tempat dan berdiri di muka-muka lorong dan jalan.Mereka akan menyeru dengan suara yang akan didengari oleh semua yang diciptakan Allah Azzawajalla kecuali jin dan manusia.Mereka berkata: Wahai umat Muhammad! Keluarlah kamu kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang memberikan kurniaan dan memaafkan dosa-dosa besar.'Apabila mereka tiba di tempat solat raya mereka,Allah Azzawajalla bertanya pula kepada para malaikat: 'Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah melaksanakan kerjanya?' Para malaikat akan menjawab,'Wahai Tuhan kami dan Pemilik kami,balasannya adalah disempurnakan ganjarannya. "Lalu Allah berfirman yang bermaksud, 'Maka Aku jadikan kamu sebagai saksi, wahai malaikat-Ku! Sesungguhnya Aku telah jadikan untuk mereka yang berpuasa pada bulan Ramadan dan berdirinya(untuk beribadat dalam tarawih), balasannya ialah keredhaan-Ku dankeampunan-Ku!"Allah s.w.t.berkata lagi:"Wahai hamba-hamba-Ku,pohonlah kepada-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan kehebatan-Ku, tidaklah kamu memohon sesuatu apapun daripada-Ku pada hari ini,dalam perhimpunan ini,sama ada untuk kepentingan akhiratmu,melainkan Aku akan menunaikannya, dan tidak juga untuk kepentingan duniamu melainkan Aku akan memandang untuk kebaikanmu. Demi kemulian-Ku,Aku akan tutup keaiban kamu selama engkau mengambil berat terhadap-Ku.Demi kemuliaan-Ku dan kehebatanKu,tidaklah Aku akan menghina kamu dan tidak juga Aku memalukan kamu dalam kalangan orang yang berdosa (dan juga orang kafir).

Kembalilah kamu dalam keadaan kamu telah diampunkan.Sesungguhnya kamu telah meredhakan Daku dan Aku juga telah meredhakan kamu'Para malaikat pun bergembira dan bersuka nia dengan apa yang Allah telah berikan kepada umat ini apabila mereka telah selesai berpuasa pada bulan Ramadan."(Riwayat Abual-Syeikh Ibn Hibban dan al-Baihaqi.AJ-Qari menyebut dalam al-Mirqat beberapa jalan periwayatan hadis ini lalu berkata,"Pelbagainya jalan-jalan periwayatan hadis ini menunjukkan bagi riwayat ini ada asalnya.")

Semoga Syawal yang menyusuli pemergian Ramadan dapat disambut dengan kegembiraan sejati.Sebagaimana gembira dan bersuka rianya para malaikat atas kurniaan Allah yang melimpah-ruahke atas kita! Janganlah pula kegembiraan kita membuatkan kita alpa,betapa besar dan mulianya fadilat malam Hari Raya, dan betapa terbuka luasnya rahmat Allah tatkala kita berhimpun untuk solat Hari Raya.Semoga Aidilfitri kali ini,Aidilfitri yang menyebabkan para malaikat semakinmencemburui kita! 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT