Hari Raya ke2 Tahun 2023M/1444H
Hari ni aku duduk di rumah sahaja kerana nak mengemas almari buku sebab pada hari selasa almari jati akan sampai.Aku beli almari buku kayu jati RM1800 dan dah bayar deposit RM200 di kedai perabut jati di Cheng sebarisan dengan bank muamalat. Semalam hari raya aku solat bersama family di masjid pantai kundir seperti tahun2 lalu.aku suka solat di sini sebab tidak sesak.Orang pun tak berapa ramai dan susun atur kenderaan ya juga bagis di mana diaorang buat jalan sehala.Ini membantu mengurangkan kesesakan.Selepas solat kami pusing ikut jalan pantai puteri round2 tengok pantai.Banyak pokok2 telah tiada disebabkan hakisan pantai.Tidak seperti dulu di mana kami pernah bergambar semasa hari raya sebab pokok2 masih banyak lagi. Aku lihat pokok2 ada ditanam semula di tepi pantai tapi macam tak berapa masuk akal sebab tebatan pantai tidak dibuat.Kemungkinan besar pokok yang ditanam juga akan menerima hakisan yang sama pada hari raya tahun ini sepatutnya aku menjadi imam dan membaca khutbah s...