PENYAKIT MENTAL KIAN BERTAMBAH
Tidak dapat dinafikan, jika kita berhadapan dengan seseorang yang mempunyai masalah mental, pastinya rata-rata orang di sekeliling akan melabelkan orang itu dengan pelbagai tanggapan negatif. Itulah persepsi masyarakat yang sukar diubah terhadap seseorang itu yang mengalami gangguan mental. Namun begitu, adakah benar bahawa pesakit mental itu merupakan orang gila seperti yang dikatakan oleh sebahagian masyarakat? Adakah mereka mengetahui punca berlakunya masalah mental ini, terutamanya dalam kalangan remaja? Secara umumnya, kesihatan mental merujuk cara seseorang berfikir, merasa dan bertindak. Selain itu, kesihatan mental juga mempengaruhi cara seseorang itu menghadapi dan mengatasi masalah tersebut, serta cara seseorang itu berinteraksi. Antara masalah kesihatan mental yang dihadapi, termasuklah kemurungan, keresahan, serangan panik, kecelaruan obsesif-kompulsif, kecelaruan stres selepas trauma dan gangguan tidur. Kesihatan mental berkaitan rapat dengan tekanan psiko...