Minyak zaitun bantu cegah penyakit kronik

MAKAN makanan berlemak boleh membantu meningkatkan sistem imun tubuh? Kenyataan ini mungkin boleh mewujudkan perdebatan banyak pihak kerana makan makanan berlemak sudah dilabelkan sebagai makanan tidak sihat. Bagaimanapun, itulah faktanya dan lemak yang dimaksudkan ialah lemak sihat bukan lemak biasa. Perunding Kanan Malaysia Brain Academy, Dr Rizal Abu Bakar berkata, lemak sihat dapat meningkatkan sistem imun badan apabila berhadapan dengan patogen, sekali gus mengurangkan keradangan. Menurutnya, keradangan adalah tindak balas biasa apabila tertekan atau berlaku luka. "Tetapi keradangan yang kronik boleh memberi kesan buruk terhadap tubuh iaitu melemahkan sistem imun. "Apabila sistem imun menurun, individu itu mudah terdedah kepada ancaman virus yang akan membahayakan kesihatan," katanya. Dr Rizal berkata, terdapat beberapa jenis makanan berlemak sihat yang boleh membantu meningkatkan sistem imun dengan mudah. "Antaranya ialah minyak trigliserida rantaian sed...