Catatan

Keajaiban membaca

Penulis Steal Like An Artist, Austin Kleon membangunkan disiplin membaca (dan menulis) dengan melakukan langkah-langkah ini. " Kita mesti percaya pada proses menyelak halaman demi halaman yang akan membentuk kita, " kata awal Austin sebagai pemula sesi semalam. 1. Baca lebih daripada satu buku pada satu-satu masa Kita membina percakapan antara buku dalam kepala apabila lebih daripada satu buku dibaca pada satu-satu masa. Percakapan itu akan membentuk input yang berbeza. Jika saudara seorang penulis, kualiti output iaitu hasil tulisan bergantung kepada kualiti input yakni buku yang dibaca. 2. Baca buku kanak-kanak bagi mendapatkan kejelasan susunan penyampaian. Apabila kita menulis apa-apa subjek, usahakan membaca topik yang sama dalam versi buku kanak-kanak. Kelebihan buku kanak-kanak adalah ia mudah difahami. Ia akan mempengaruhi cara saudara memahami topik dan cara saudara menulisnya. 3. Sedar bahawa, setiap buku menghasilkan tingkah laku berbeza Ada dua jenis tingkah laku ...

Minyak zaitun bantu cegah penyakit kronik

Imej
MAKAN makanan berlemak boleh membantu meningkatkan sistem imun tubuh? Kenyataan ini mungkin boleh mewujudkan perdebatan banyak pihak kerana makan makanan berlemak sudah dilabelkan sebagai makanan tidak sihat.  Bagaimanapun, itulah faktanya dan lemak yang dimaksudkan ialah lemak sihat bukan lemak biasa.  Perunding Kanan Malaysia Brain Academy, Dr Rizal Abu Bakar berkata, lemak sihat dapat meningkatkan sistem imun badan apabila berhadapan dengan patogen, sekali gus mengurangkan keradangan. Menurutnya, keradangan adalah tindak balas biasa apabila tertekan atau berlaku luka. "Tetapi keradangan yang kronik boleh memberi kesan buruk terhadap tubuh iaitu melemahkan sistem imun.  "Apabila sistem imun menurun, individu itu mudah terdedah kepada ancaman virus yang akan membahayakan kesihatan," katanya. Dr Rizal berkata, terdapat beberapa jenis makanan berlemak sihat yang boleh membantu meningkatkan sistem imun dengan mudah. "Antaranya ialah minyak trigliserida rantaian sed...

Tajuk 2: Maksud fungsi kisah hidup

Kurang popular namun bermanfaat

Imej
  SENAMAN lompat tali boleh membakar 200 hingga 300 kalori dalam masa 15 mini SENAMAN lompat tali kurang popular berbanding aktiviti fizikal lain menyebabkan sering dipandang remeh dan tidak ramai memilih untuk melakukannya. Tanpa sedar, aktiviti ini memberi banyak manfaat terhadap kesihatan dan kesannya boleh dirasai walaupun dilakukan dalam tempoh singkat, tetapi berterusan. Senaman ini tidak memerlukan peralatan mahal, memadai ada tali dan aktiviti itu boleh dilakukan di mana-mana permukaan rata, sama ada di dalam atau luar rumah. Kajian yang diterbitkan dalam 'Research Quarterly: American Association for Health, Physical Education and Recreation' menunjukkan lelaki yang menghabiskan 10 minit setiap hari selama enam minggu dapat meningkatkan kecergasan kardiovaskular sama seperti 30 minit berjoging. Lima kebaikan senaman lompat tali: 1.Membakar kalori Senaman lompat tali boleh membakar 200 hingga 300 kalori dalam masa 15 minit. Malah boleh membakar lebih banyak kalori berban...

Azan jumaat yang mengelirukan

Imej
  Di antara hikmah dikemundangkan azan yang pertama pada hari jumaat adalah untuk mengingatkan kaum muslimin supaya segera ke masjid dan tinggalkan semua aktiviti seperti yang jelas dalam ayat di atas Apabila berlaku PKP seperti sekarang ini  bilangan had jamaah telah di hadkan ada masa 100, ada masa 50, ada masa 12 orang mengikut ketetapan negeri-negeri.Alangkah baik supaya tidak mengelirukan masyarakat pihak AJK masjid misalnya tidak payah melaungkan azan yang pertama lagi supaya kaum muslimin faham bahawa solat jumaat telah 'cukup koata'.Tidaklah orang perlu bergegas ke masjid seolah-olah koata belum cukup lagi.Para jemaah yang bertuah dapat hadir dan dipilih untuk solat Jumaat hari itu  boleh terus mendirikan solat dengan memulakan azan kedua dan diikuti dengan khatib membaca khutbah seperti mana biasa'. Maksud ayat 'diseru' dalam ayat di atas tidak semestinya bermaksud dilaungkan azan.Boleh dengan berbagai cara seperti mengeluarkan senarai nama yang dapat hadir...

ANALISA PENCAPAIAN STAM SMASRA 2020

Imej
  GPS melepasi/melebihi sasaran peratus lulus tertinggi dalam masa 5 tahun GPS terbaik dalam masa 5 tahun Peratus mumtaz meningkat dari 9.52% kepada 16.67% senarai nama calon cemerlang

TIGA PEGANGAN ALIRAN TEOLOGI (ILMU KALAM)KETIKA MENGHADAPI WABAK PENYAKIT

Imej
JABARIAH ▪Menyerahkan sepenuhnya pada takdir Allah tanpa ada usaha dan ikhtiar.  ▪Pandangan kelompok ini menganggap bahawa semua wabak penyakit itu semata-mata berasal dari Allah ﷻ. Namun, mereka tidak mahu peduli dengan tuntunan syariat untuk berusaha menghindarinya. ▪Mereka berpandangan sekiranya mereka terkena wabak penyakit tersebut, ia merupakan takdir dari Allah.  ▪Sekiranya mereka nanti meninggal dunia, itu juga sudah takdir dari Allah.  ▪Sekiranya mereka selamat, tidak terkena apa-apa jangkitan wabak penyakit, itu pun juga sudah takdir dari Allah ﷻ. ▪️Mereka tidak peduli _facemask_, _hand sanitizer_,  alat pencegahan penyakit, dan tidak peduli orang lain. Mereka hanya peduli keyakinan mereka semata-mata. ▪Konsep perubatan tidak ada dalam kamus mereka, kecuali jika memang sudah parah kondisinya. Itu pun jika sudah terpaksa. ▪Contoh slogan yang seringkali digunakan, _"Kami hanya takut kepada Allah, tidak takut Covid! Covid itu juga makhluk Allah!"_ (tanpa menge...

JANGAN MENGELUH

Imej
Mengeluh hanya akan membuat hidup kita semakin tertekan sedangkan bersyukur akan sentiasa membawa hidup kita semakin mudah.Firman Allah yang bermasud: Sekiranya kamu bersyukur aku akan tambahkan lagi nikmat kepada kamu sekiranya kamu kufur(kufur nikmat) sesungguhnya azabKu amatlah pedih Menurut kajian orang yang suka mengeluh lebih senang terkena penyakit nyanyuk, kecelaruan fikiran dan kemurungan .Selain dari itu orang yang mempunyai tabiat buruk ini tidak suka menyalahkan diri sendiri tetapi lebih suka menuding jari kepada orang lain sebagai tempat melepaskan tekanan perasaannya Adalah lebih baik menyalahkan diri sendiri kerana ini boleh mendorong kita berfikir lebih kreatif, berusaha dengan lebih kuat dan berubah kepada perkara yang positif dengan meninggalkan tabiat-tabit buruk yang menjadi punca kegagalan atau kelemahan Oleh itu: Jangan mengeluh jika tidak hensem tapi cuba tingkatkan penampilan diri Jangan mengeluh jika tidak naik pangkat atau tidak terima APC tapi cuba bekerja de...

GENERASI YANG HILANG

Imej
  https://malaysiagazette.com/2021/06/12/generasi-yang-hilang-inilah-kami-risaukan/

KEPUTUSAN SPM 2020 SMASRA

Imej
  Al-hamdulillah keputusan SPM 2020 telah diumumkan dan al Asyraf sekali lagi menunjukkan prestasi yang cemerlang dan semakin baik dari tahun ke tahun