Kembalinya Taliban - apa kesannya di Malaysia?

A - Dalam sidang media pertamanya, Taliban berkata ia tidak mahu bermusuh atau berdendam dengan mana-mana pihak; ia mahu membina kerajaan Islam yang kuat dan ‘inklusif’; serta wanita tidak akan didiskriminasi dan akan dibenarkan bekerja dan belajar - selagi tidak keluar daripada kerangka Islam. Namun, ia berdepan pandangan skeptik daripada pemerhati yang mengimbau dasar keras kumpulan itu, lebih-lebih ke atas golongan wanita ketika pemerintahannya dahulu pada era 90-an. Bagi profesor pengajian keselamatan di Naif Arab University for Security Sciences (NAUSS) di Riyadh, Mohd Mizan Aslam, memang benar terdapat bibit perubahan pada apa yang digelarnya sebagai “Taliban 2.0” berbanding Taliban era 90-an Namun, apakah benar-benar Taliban akan berpegang pada kata-kata yang dijanjikannya atau tidak, hanya dapat dinilai setelah tentera Amerika Syarikat dan Wakil Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) berundur sepenuhnya daripada tanah Afghanistan. “Saya sebenarnya ada keraguan, sehin...