Catatan

Jaga-Jaga, Ini 5 Faktor Penentu Harga Emas Tahun 2022

Imej
  Take note, faktor-faktor ini besar kemungkinan akan menjadi penentu kepada kenaikan atau penurunan harga emas tahun 2022. Ini pandangan pakar. Terdapat beberapa tanda yang sangat menggalakkan dalam tahun 2021 yang dilihat sebagai ‘tahun perlahan’ untuk emas. Melihat dari sudut teknikal, terdapat beberapa pencetus pada 2022 yang boleh mendorong emas lebih tinggi. Lebih khusus lagi, faktor yang telah mengekalkan emas pada 2021 boleh memacu harga emas lebih tinggi pada 2022. 5 faktor yang menahan dan melonjak harga emas 1. INFLASI.  Dengan inflasi menjadi salah satu kebimbangan utama tahun ini, ramai pelabur menyangka emas akan meningkat berdasarkan sifat lindung nilai inflasinya. Walaubagaimanapun, terdapat banyak faktor bercanggah lain, termasuk pasaran saham A.S., pemulihan ekonomi yang kukuh, dolar A.S. dan hasil sebenar (real yields). Di samping masalah ini, naratif inflasi telah dilihat sebagai sementara hanya sehingga beberapa bulan lalu, yang turut membebankan emas....

Kenapa Harga Emas Naik Bila Inflasi Tinggi?

Imej
  Apa kaitan   emas   dengan inflasi? Dan kenapa harga emas biasanya akan naik bila berlaku inflasi? Artikel ini explain dalam ayat mudah. Inflasi Adalah Masalah Serius Bagi Mana-Mana Ekonomi Inflasi bukan hanya soal mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanjakan. Walaupun ia akan membawa kepada peningkatan dalam jumlah keseluruhan wang yang beredar dalam ekonomi, ia bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Inflasi juga bermakna harga barangan dan perkhidmatan akan meningkat, kadangkala dalam cara yang agak drastik. Akibatnya, mata wang negara sesebuah negara akan kehilangan nilai dengan cepat. Bukan sahaja berbanding mata wang lain, tetapi juga dalam kuasa beli keseluruhan. Pengguna akan dapat membeli lebih sedikit dengan jumlah wang yang sama seperti sebelumnya. Ia jauh daripada situasi yang ideal, dan satu yang mendorong orang ramai kepada bentuk pelaburan alternatif. Dalam kebanyakan kes, ini bermakna ramai akan beralih kepada simpanan yang lebih kukuh seperti emas, pera...

POLA ALIRAN HIDUP MANUSIA

  Memahami Aliran Hidup Manusia 1. Fasa 20an 2. Fasa 40an 3. fasa 60an 4. fasa 80an 1. Fasa 20an       Pertumbuhan melibatkan sisi kuantitatif fizikal seperti perubahan morfologi, peningkatan ketinggian atau berat badan, manakala perkembangan sisi kualitatif pula melibatkan corak pemikiran dan kematangan keperibadian dan sebagainya.      Keberhasilan fasa ini, peranan sebagai 'anak yang soleh' sangat dititikberatkan. Anak yang soleh tentunya anak yang berbakti, terutama kepada ibu bapa dan guru-gurunya, juga yang memanfaatkan peluang masa mudanya untuk menuntut sebanyak mungkin ilmu pengetahuan.      Ini adalah fasa keghairahan dan semangat berkobar-kobar, untuk mengejar impian yang digantung setinggi bintang di langit. Fasa di mana seseorang mengumpul literatur kehidupan alif ba ta, mengumpul rujukan yang mengukir keperibadiannya, menampung perpustakaan idea yang memperkaya fikirannya dengan semua khazanah untuk tampil kreatif dan ...

Malaysia bukan negara sihat-Khairy

Imej
  KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Malaysia dianggap sebagai negara bukan sihat memandangkan jumlah rakyatnya yang menghidapi penyakit jantung dan obesiti adalah tinggi, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Beliau berkata, kesedaran tentang aspek kesihatan dalam kalangan rakyat juga masih berada di tahap rendah. “Kalau tanya saya sebagai menteri, adakah Malaysia negara sihat sekarang? Tidak. Kita antara negara kadar tertinggi dari segi obesiti, sakit jantung dan antara penyebab punca kematian Covid-19 di negara ini adalah sebab sebahagian besar daripada pesakit mengalami komorbiditi atau kronik. “Bayangkan di Malaysia seorang daripada dua rakyat terlebih berat badan atau obesiti termasuk diri saya, manakala seorang daripada empat rakyat Malaysia tidak amalkan kecergasan. Selain itu, hanya seorang daripada 20 rakyat mengamalkan pemakanan mengikut nutrisi yang betul. “Mengikut statistik rasmi juga, setengah juta orang dewasa mengalami kemurungan. Saya percaya angka ini se...
MALAYSIA BUKAN NEGARA SIHAT  

Kembalinya Taliban - apa kesannya di Malaysia?

Imej
  A - Dalam sidang media pertamanya, Taliban berkata ia tidak mahu bermusuh atau berdendam dengan mana-mana pihak; ia mahu membina kerajaan Islam yang kuat dan ‘inklusif’; serta wanita tidak akan didiskriminasi dan akan dibenarkan bekerja dan belajar - selagi tidak keluar daripada kerangka Islam. Namun, ia berdepan pandangan skeptik daripada pemerhati yang mengimbau dasar keras kumpulan itu, lebih-lebih ke atas golongan wanita ketika pemerintahannya dahulu pada era 90-an. Bagi profesor pengajian keselamatan di Naif Arab University for Security Sciences (NAUSS) di Riyadh, Mohd Mizan Aslam, memang benar terdapat bibit perubahan pada apa yang digelarnya sebagai “Taliban 2.0” berbanding Taliban era 90-an Namun, apakah benar-benar Taliban akan berpegang pada kata-kata yang dijanjikannya atau tidak, hanya dapat dinilai setelah tentera Amerika Syarikat dan Wakil Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) berundur sepenuhnya daripada tanah Afghanistan. “Saya sebenarnya ada keraguan, sehin...

PANDEMIK -19 DAN GANGGUAN TIDUR

Imej
  Secara umum, orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas memerlukan tujuh hingga sembilan jam waktu tidur manakala remaja memerlukan lapan hingga 10 jam waktu tidur setiap malam. Tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan selain dapat membantu anda lebih fokus terhadap tugasan harian. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam kalangan 11,000 pekerja di Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada 2018, mendapati bahawa anggaran 54 peratus yang bekerja mendapat kurang daripada tujuh jam waktu tidur setiap malam. Kajian yang dijalankan pada tahun lalu pula di beberapa universiti di Malaysia turut mendapati kira kira 58 peratus pelajar tahun tiga dan empat tidur kurang daripada tujuh jam sehari. Pakar Psikiatri  Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Dr Farah Deena Abd Samad berkata. ketika negara dilanda pandemik Covid-19, ramai yang terkesan. sehingga menyebabkan. gangguan tidur. "Lebih ramai yang bekerja dari rumah dan terpaksa bekerja sambil menjaga anak serta menguruskan hal ru...

HARGAI PELUANG MEMILIH KERJAYA

Imej
  Dunia kini dihuni lebih daripada 7.8 bilion orang pada tahun 2020, yakni satu angka yang tidak terjejas walaupun  4.12 juta(angka pada 21 julai 2021) orang meninggal dunia akibat wabak COVID-19. Dengan kadar kelahiran dijangka menurun daripada 2.5 orang bayi bagi setiap wanita kepada 1.9 kelahiran bagi setiap wanita pada abad ini, perangkaan itu dijangka mencecah 10.9 bilion menjelang penghujung abad ke-21. Bayangkan dengan jumlah manusia dari pelbagai agama, bangsa dan budaya, pastinya tiada satu, sepuluh mahupun 100 jenis sumber pendapatan sahaja yang sesuai untuk semua. Banyak faktor menjadi penentu sama ada seseorang itu menjadi pekerja makan gaji, peniaga atau usahawan, mahupun cuma menghabiskan harta ibu bapa yang kaya-raya. Kelulusan pendidikan, kecerdasan minda (IQ), kecerdasan emosi (EQ), semangat untuk berusaha, cita-cita mahupun nasib dan keturunan mungkin menjadi penentu. Dalam konteks Malaysia, secara tradisinya ibu bapa melihat kerjaya hebat seperti d...

MASA DEPAN GENERASI PKP

               Negara kini memasuki Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam tahun kedua wabak COVID-19 mencengkam dunia. Bukan sahaja di Malaysia, malah kebanyakan negara di seluruh dunia berdepan dengan nasib serupa. Ada yang menanganinya dengan lebih baik kerana mempunyai sumber dan teknologi terkini, namun terdapat juga negara  yang semakin tersungkur kerana tidak mampu menanganinya dengan baik.                Bagi penduduk dunia, termasuklah rakyat Malaysia, kebimbangan sumber ekonomi menjadi antara perkara yang paling lantang dibangkitkan. Tubuh badan dihambat penyakit, poket pula semakin sepi tanpa isi. Golongan yang bekerja mahupun berniaga mengadu tentang gaji dipotong, hilang pekerjaan dan tiada sumber pendapatan untuk kelangsungan hidup, sehingga rata-ratanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan mahupun daripada golongan berkemampuan. Bagi graduan baharu, sukar bagi mereka ...

Keajaiban membaca

Penulis Steal Like An Artist, Austin Kleon membangunkan disiplin membaca (dan menulis) dengan melakukan langkah-langkah ini. " Kita mesti percaya pada proses menyelak halaman demi halaman yang akan membentuk kita, " kata awal Austin sebagai pemula sesi semalam. 1. Baca lebih daripada satu buku pada satu-satu masa Kita membina percakapan antara buku dalam kepala apabila lebih daripada satu buku dibaca pada satu-satu masa. Percakapan itu akan membentuk input yang berbeza. Jika saudara seorang penulis, kualiti output iaitu hasil tulisan bergantung kepada kualiti input yakni buku yang dibaca. 2. Baca buku kanak-kanak bagi mendapatkan kejelasan susunan penyampaian. Apabila kita menulis apa-apa subjek, usahakan membaca topik yang sama dalam versi buku kanak-kanak. Kelebihan buku kanak-kanak adalah ia mudah difahami. Ia akan mempengaruhi cara saudara memahami topik dan cara saudara menulisnya. 3. Sedar bahawa, setiap buku menghasilkan tingkah laku berbeza Ada dua jenis tingkah laku ...