Catatan

POLITIK KACAU

  Politik adalah suatu juzuk yang penting dalam Islam.Rasulullah Saw berhijrah ke Madinah dan membina negara madinah.Pembinaan negara Madinah yang terdiri dari pelbagai suku dan puak sudah tentu memerlukan kemahiran politik yang matang     Hari ini di negara kita dapat dilihat dengan jelas betapa kacaunya politik.Hal ini tidak sukar dilihat dimana selepas piliha raya ke 14 negara telah menerima 3 orang perdana menteri dalam satu penggal iaitu lebih kurang 5 tahun.     Dalam pilihanraya ke 14 PH telah berjaya menubuhkan kerajaan dimana Tun Mahathir telah diangkat menjadi Perdana Menteri yang ke 7.Beliau menjadi perdana Menteri buat kali ke 2 setalah memegangnya sebelum ini sebagai perdana Menteri yang ke 4.Dimulai dengan Tengku Abdul Rahman, Tun Abd Razak,Tun Hussein Onn,Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak, Tun Mahathir,Tan Sri Muhyiddin Yasin,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menter...

BELAJAR DAN JADI PENULIS

  Marsli N.O bercerita tentang titik awalnya menjadi seorang penulis, dan mencari jalan sendiri dalam langkah awal tersebut. "Atas minat dan cita-cita yang membara itu, saya mulai menjadi pembeli buku secara tetap pada setiap bulan apabila ke bandar. Menyisihkan beberapa ringgit untuk buku dan mengurangkan hobi menonton wayang atau membeli pakaian berjenama." Tahun 1977. Ketika baru meninggalkan alam remaja dan saya mula belajar hendak jadi penulis, tiada sesiapa yang mengajar dan menjadi guru. Ketika itu, saya sudah enam tahun meninggalkan bangku sekolah menengah, yang saya tinggalkan selepas selesai tingkatan satu dan untuk menafkahi hidup bersendirian, saya bekerja sebagai kuli di sebuah ladang kelapa sawit milik pemodal British. Akan tetapi, menjadi kuli dan ceteknya ilmu tidak memudarkan semangat dan cita-cita saya hendak jadi penulis. Waktu malam, saya mengisi kesunyian di sekitar perumahan ladang tanpa radio atau televisyen itu dengan menulis apa-apa sahaja yang terdet...

Peningkatan kos sara hidup

  P erdana Menteri ke-10, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kabinet kerajaan perpaduan dilihat cakna dan memberikan keutamaan terhadap usaha menangani kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat. YAB Perdana Menteri menyarankan agar orang ramai memberikan cadangan, manakala agensi yang berkaitan mengadakan perbincangan secara terperinci dan mengambil tindakan segera  bagi meringankan beban kenaikan harga yang ditanggung oleh rakyat. Selain daripada kos sara hidup dan kejatuhan mata wang, isu peruntukan tersasar, keperluan bekalan makanan asas rakyat, kerakusan orang tengah, kadar pengangguran dalam kalangan rakyat dan kebocoran pengurusan kewangan kerajaan turut perlu diteliti. Beberapa strategi dan langkah-langkah jangka pendek dan sederhana terus dicerakin oleh kerajaan bagi memastikan  kenaikan kos sara hidup tidak akan terus menghimpit kehidupan dan kesejahteraan rakyat. Peningkatan kos sara hidup dan taraf hidup merupakan dua perkara yang salin...

kisah-kisah Memimpin Dari Hati: Memimpin Guru Meneguhkan Murid

 kisah 1

REZEKI YANG TERBAIK

 

PENYAKIT MENTAL KIAN BERTAMBAH

 Tidak dapat dinafikan, jika kita berhadapan dengan seseorang yang mempunyai masalah mental, pastinya rata-rata orang di sekeliling akan melabelkan orang itu dengan pelbagai tanggapan negatif. Itulah persepsi masyarakat yang sukar diubah terhadap seseorang itu yang mengalami gangguan mental. Namun begitu, adakah benar bahawa pesakit mental itu merupakan orang gila seperti yang dikatakan oleh sebahagian masyarakat? Adakah mereka mengetahui punca berlakunya masalah mental ini, terutamanya dalam kalangan remaja? Secara umumnya, kesihatan mental merujuk cara seseorang berfikir, merasa dan bertindak. Selain itu, kesihatan mental juga mempengaruhi cara seseorang itu menghadapi dan mengatasi masalah tersebut, serta cara seseorang itu berinteraksi. Antara masalah kesihatan   mental yang dihadapi, termasuklah kemurungan, keresahan, serangan panik, kecelaruan obsesif-kompulsif, kecelaruan stres selepas trauma dan gangguan tidur. Kesihatan mental berkaitan rapat dengan tekanan psiko...

PENDIDIKAN TIDAK MENJAMIN KEKAYAAN

 Dewasa ini, peningkatan kos sara hidup saban hari menyebabkan manusia bekerja keras untuk mencari sebanyak mungkin wang bagi menyara kehidupan yang penuh pancaroba. Ada yang bekerja di dalam sektor kerajaan, semi kerajaan, swasta dan ada juga yang bekerja sendiri. Seperti yang diketahui, pekerjaan dan pendidikan mempunyai hubungan yang erat kerana tanpa pendidikan seseorang itu tidak akan mendapat pekerjaan yang sewajarnya. Oleh itu, pendidikan sangat dititikberatkan sejak zaman dahulu lagi kerana pendidikan formal diberi keutamaan sebagai satu daripada modal untuk mendapatkan pekerjaan. Bahkan telah menjadi keinginan setiap ibu bapa melihat anak-anaknya berjaya dalam pelajaran dan mendapat pekerjaan yang menjamin masa hadapan. "Tak Belajar Tinggi pun Boleh Kaya"? Meniti realiti kehidupan yang terjadi pada masa ini sangat mengecewakan apabila pendidikan mula dipertikaikan sebagai usaha yang sia-sia untuk mendapatkan pekerjaan dan kemewahan secara  mutlak. Tidak dapat dinafik...

STRATEGI MENGHADAPI CABARAN EKONOMI 2023

Banyak ahli ekonomi meramalkan bahawa tahun 2023 akan menjadi tahun yang sukar. Hal itu demikian kerana tahun 2023 diramalkan akan berlakunya kelembapan ekonomi global kerana krisis perang Rusia-Ukraine dan bencana alam yang telah menyebabkan berlakunya krisis rantaian global. Situasi itu telah menyumbang kepada berlakunya peningkatan kadar inflasi pada peringkat global. Oleh itu, ekonomi Malaysia berdepan dengan dua cabaran utama. Pertama, Malaysia perlu segera menyusun strategi untuk berhadapan dengan kelembapan ekonomi global pada tahun ini. Kedua, menangani halangan struktural yang menjejaskan kualiti kehidupan rakyat dan membelenggu negara daripada terus berdaya saing. Bagi mengatasi cabaran ekonomi ini, pelaksanaan yang berkesan perlu bersifat transformatif. Isu kos sara hidup, kualiti pekerjaan dan pendapatan, lambakan pekerja asing, sekuriti makanan, bekalan makanan, tarikan pelabur, adaptasi teknologi, pengangguran dalam kalangan siswazah dan belia, keselamatan sosial, dan jur...

Kaser Usus Besar

 AZIZI Afandi, 55, mengalami masalah sukar membuang air besar sejak dua tahun lalu. Disebabkan dirinya seorang yang jarang jatuh sakit, keadaan itu dibiarkan sahaja. Bagi Azizi, hal itu kecil dan boleh diatast sementelah beliau seorang yang sangat sibuk memenuhi tuntutan sebagal kontraktor. Pun demikian, beberapa bulan lalu, najisnya berdarah. Difikirkan la satu kebetulan, tetapi kejadian itu berterusan selama seminggu lamanya. Khuatir kondisi tersebut memudaratkan kesihatan lebih-lebih lagi bakal terbang menunaikan umrah, lelaki berkenaan terus berjumpa doktor. Azizi sangat terkejut apabila pakar mengesahkan beliau menghidap kanser usus besar atau kolorektal tahap 3. Jika pembaca Sinar Plus masih ingat, pada 30 Disember 2022, legenda bola sepak dunia, Pele meninggal dunia akibat kanser usus besar yang menyebabkan sejumlah organnya gagal berfungsi. Statistik global, World Cancer  Research Fund International mendedahkan, kolorektal merupakan kanser ketiga tertinggi dalam kalang...

PELUANG KERJA SEMAKIN MENGECIL

 Umum mengetahui bahawa kita berpotensi berhadapan krisis ekonomi luar biasa tahun ini dan ia memerlukan pendekatan yang luar biasa. Namun, amat penting dalam berhadapan krisis ekonomi ini, sejauh mana kita memahami gelombang yang bakal mendatang. Di dalam penulisan pada 10 Januari lalu, saya memberikan penekanan kepada krisis ekonomi yang semakin hampir. Terbaharu, Bank Dunia juga telah memberi amaran bahawa kemelesetan ekonomi sudah semakin hampir. Bank Dunia telah mengemas kini dan mengurangkan unjuran per- tumbuhan ekonomi global 2023 kepada 1.7 peratus daripada unjuran awalnya sebanyak tiga peratus. Sekiranya berlaku, ia bakal menjadi pertumbuhan tahunan ketiga paling lemah dalam tempoh 30 tahun, selepas kemelesetan  besar yang berpunca daripada krisis kewangan global 2009 dan pandemik Covid-19 pada 2020. Amaran ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan dan semua pihak agar kita bersedia untuk berhadapan sebarang kemungkinan luar jangka. Kita berharap pada yang terbaik. Pe...