Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

Minyak zaitun bantu cegah penyakit kronik

Imej
MAKAN makanan berlemak boleh membantu meningkatkan sistem imun tubuh? Kenyataan ini mungkin boleh mewujudkan perdebatan banyak pihak kerana makan makanan berlemak sudah dilabelkan sebagai makanan tidak sihat.  Bagaimanapun, itulah faktanya dan lemak yang dimaksudkan ialah lemak sihat bukan lemak biasa.  Perunding Kanan Malaysia Brain Academy, Dr Rizal Abu Bakar berkata, lemak sihat dapat meningkatkan sistem imun badan apabila berhadapan dengan patogen, sekali gus mengurangkan keradangan. Menurutnya, keradangan adalah tindak balas biasa apabila tertekan atau berlaku luka. "Tetapi keradangan yang kronik boleh memberi kesan buruk terhadap tubuh iaitu melemahkan sistem imun.  "Apabila sistem imun menurun, individu itu mudah terdedah kepada ancaman virus yang akan membahayakan kesihatan," katanya. Dr Rizal berkata, terdapat beberapa jenis makanan berlemak sihat yang boleh membantu meningkatkan sistem imun dengan mudah. "Antaranya ialah minyak trigliserida rantaian sed...

Tajuk 2: Maksud fungsi kisah hidup

Kurang popular namun bermanfaat

Imej
  SENAMAN lompat tali boleh membakar 200 hingga 300 kalori dalam masa 15 mini SENAMAN lompat tali kurang popular berbanding aktiviti fizikal lain menyebabkan sering dipandang remeh dan tidak ramai memilih untuk melakukannya. Tanpa sedar, aktiviti ini memberi banyak manfaat terhadap kesihatan dan kesannya boleh dirasai walaupun dilakukan dalam tempoh singkat, tetapi berterusan. Senaman ini tidak memerlukan peralatan mahal, memadai ada tali dan aktiviti itu boleh dilakukan di mana-mana permukaan rata, sama ada di dalam atau luar rumah. Kajian yang diterbitkan dalam 'Research Quarterly: American Association for Health, Physical Education and Recreation' menunjukkan lelaki yang menghabiskan 10 minit setiap hari selama enam minggu dapat meningkatkan kecergasan kardiovaskular sama seperti 30 minit berjoging. Lima kebaikan senaman lompat tali: 1.Membakar kalori Senaman lompat tali boleh membakar 200 hingga 300 kalori dalam masa 15 minit. Malah boleh membakar lebih banyak kalori berban...

Azan jumaat yang mengelirukan

Imej
  Di antara hikmah dikemundangkan azan yang pertama pada hari jumaat adalah untuk mengingatkan kaum muslimin supaya segera ke masjid dan tinggalkan semua aktiviti seperti yang jelas dalam ayat di atas Apabila berlaku PKP seperti sekarang ini  bilangan had jamaah telah di hadkan ada masa 100, ada masa 50, ada masa 12 orang mengikut ketetapan negeri-negeri.Alangkah baik supaya tidak mengelirukan masyarakat pihak AJK masjid misalnya tidak payah melaungkan azan yang pertama lagi supaya kaum muslimin faham bahawa solat jumaat telah 'cukup koata'.Tidaklah orang perlu bergegas ke masjid seolah-olah koata belum cukup lagi.Para jemaah yang bertuah dapat hadir dan dipilih untuk solat Jumaat hari itu  boleh terus mendirikan solat dengan memulakan azan kedua dan diikuti dengan khatib membaca khutbah seperti mana biasa'. Maksud ayat 'diseru' dalam ayat di atas tidak semestinya bermaksud dilaungkan azan.Boleh dengan berbagai cara seperti mengeluarkan senarai nama yang dapat hadir...

ANALISA PENCAPAIAN STAM SMASRA 2020

Imej
  GPS melepasi/melebihi sasaran peratus lulus tertinggi dalam masa 5 tahun GPS terbaik dalam masa 5 tahun Peratus mumtaz meningkat dari 9.52% kepada 16.67% senarai nama calon cemerlang

TIGA PEGANGAN ALIRAN TEOLOGI (ILMU KALAM)KETIKA MENGHADAPI WABAK PENYAKIT

Imej
JABARIAH ▪Menyerahkan sepenuhnya pada takdir Allah tanpa ada usaha dan ikhtiar.  ▪Pandangan kelompok ini menganggap bahawa semua wabak penyakit itu semata-mata berasal dari Allah ï·». Namun, mereka tidak mahu peduli dengan tuntunan syariat untuk berusaha menghindarinya. ▪Mereka berpandangan sekiranya mereka terkena wabak penyakit tersebut, ia merupakan takdir dari Allah.  ▪Sekiranya mereka nanti meninggal dunia, itu juga sudah takdir dari Allah.  ▪Sekiranya mereka selamat, tidak terkena apa-apa jangkitan wabak penyakit, itu pun juga sudah takdir dari Allah ï·». ▪️Mereka tidak peduli _facemask_, _hand sanitizer_,  alat pencegahan penyakit, dan tidak peduli orang lain. Mereka hanya peduli keyakinan mereka semata-mata. ▪Konsep perubatan tidak ada dalam kamus mereka, kecuali jika memang sudah parah kondisinya. Itu pun jika sudah terpaksa. ▪Contoh slogan yang seringkali digunakan, _"Kami hanya takut kepada Allah, tidak takut Covid! Covid itu juga makhluk Allah!"_ (tanpa menge...

JANGAN MENGELUH

Imej
Mengeluh hanya akan membuat hidup kita semakin tertekan sedangkan bersyukur akan sentiasa membawa hidup kita semakin mudah.Firman Allah yang bermasud: Sekiranya kamu bersyukur aku akan tambahkan lagi nikmat kepada kamu sekiranya kamu kufur(kufur nikmat) sesungguhnya azabKu amatlah pedih Menurut kajian orang yang suka mengeluh lebih senang terkena penyakit nyanyuk, kecelaruan fikiran dan kemurungan .Selain dari itu orang yang mempunyai tabiat buruk ini tidak suka menyalahkan diri sendiri tetapi lebih suka menuding jari kepada orang lain sebagai tempat melepaskan tekanan perasaannya Adalah lebih baik menyalahkan diri sendiri kerana ini boleh mendorong kita berfikir lebih kreatif, berusaha dengan lebih kuat dan berubah kepada perkara yang positif dengan meninggalkan tabiat-tabit buruk yang menjadi punca kegagalan atau kelemahan Oleh itu: Jangan mengeluh jika tidak hensem tapi cuba tingkatkan penampilan diri Jangan mengeluh jika tidak naik pangkat atau tidak terima APC tapi cuba bekerja de...

GENERASI YANG HILANG

Imej
  https://malaysiagazette.com/2021/06/12/generasi-yang-hilang-inilah-kami-risaukan/

KEPUTUSAN SPM 2020 SMASRA

Imej
  Al-hamdulillah keputusan SPM 2020 telah diumumkan dan al Asyraf sekali lagi menunjukkan prestasi yang cemerlang dan semakin baik dari tahun ke tahun

BOOK REVIEW 6: MAHABBAH

Imej
  Membaca Mahabbah, novel terbaharu Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, terkesan bahawa novel ini memberi kelainan daripada novel-novelnya yang terdahulu dan daripada novel-novel yang dihasilkan oleh novelis yang lain. Ia tidak sahaja memaparkan cerita, malah mengejutkan pembaca dengan beberapa kelainan sehingga sebahagian dari penting yang mengidentifikasikan dan memantapkan sesebuah novel telah dianggap tidak penting dan dirombak dalam Mahabbah. Kelainan persembahan Mahabbah mempunyai hubungan yang erat dengan pemusatan cerita tertumpu pada perjalanan minda ikon Endar sahaja. Ikon lelaki tua yang mengalami serangan penyakit Myasthenia Gravis sehingga melumpuhkan anggota badannya dan terlantar di perbaringan hanya berupaya menggerakkan mindanya pada dua persoalan yang utama: Bangsanya yang berpecah dan bertelagah serta dirinya yang telah bersedia untuk meninggalkan alam fana dan berpindah ke alam barzakh.   ULASAN AKU Membaca buku ini memerlukan kesabaran yang tinggi.Sudah beber...

10 TIPS UNTUK BERUBAH

Imej
Cari kawan baharu usah tunggu Berpindah tempat tinggal jika perlu Buang segala tabiat buruk jauh ke hulu Bergaul dengan ramai orang yang satu kepala dan sebulu Solat berjamaah jangan malu Tukar tempat kerja@kerjaya jika termampu Tuntut ilmu baharu dan berguru Cari hobi baharu jika mahu Perbanyyakkan membaca al Quran dan buku Bersedekah banyak-banyak tanpa ragu # Keluar dari zon selesa yang merimaskan kehidupan kita selama ini # Jika mahu perubahan ubahlah persekitaran lama kepada suasana yang segar dan baharu # Jangan asyik sibuk menjaga tepi kain orang kain sendiripun sudah lama tercarik tidak sedar-sedar

Sudah tiba masanya bagi organisasi bertindak dinamik

SELAMA dua dekad yang lalu, para pemimpin dalam organisasi menghadapi banyak pergolakan dan cabaran dalam ketidakpastian. Namun, pandemik Covid-19 memberi cabaran yang lebih hebat yang mana mereka terpaksa menghadapi krisis kewangan global dan perubahan teknologi yang ketara. Tidak dapat nafikan akan muncul lebih banyak cabaran yang akan menanti pada masa depan. Cabaran seperti ketidaksamaan pendapatan dan cuaca buruk yang disebabkan oleh perubahan iklim akan diramalkan bakal menyebabkan kekacauan kepada organisasi tempatan, malah organisasi antarabangsa. Semua cabaran yang sedang berlaku dan akan datang ini cukup untuk memberi isyarat kepada kita perlunya persekitaran organisasi yang lebih dinamik untuk berdaya saing baik di peringkat tempatan atau antarabangsa. Secara umumnya, kebanyakan teori dan amalan operasi organisasi hari ini dibuat untuk keadaan yang stabil dan mudah diramal. Amalan perniagaan sebegini dikatakan dapat mengoptimumkan kecekapan dan keberkesanan jangka panjang. N...

BOOK REVIEW 5: POLITIK UNTUK PEMULA

Imej
  Apakah punca kekacauan politik? Bagaimanakah untuk mewujudkan kerajaan yang stabil? Sejauh mana kita faham tentang sistem ‘demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan’ yang diamalkan oleh negara kita? Mengapa ahli politik sukar menunaikan janji? Persoalan-persoalan ini hanya mampu dijawab jika kita mempunyai asas pengetahuan tentang institusi-institusi, ideologi-ideologi dan prinsip-prinsip dalam politik. Kalau anda berasa keliru dengan keadaan politik semasa, atau berasa bosan dengan perbahasan politik yang sekadar mengangkat pujaan dan menghina lawan pujaan masing-masing, buku ini akan membantu anda membina perspektif baharu dan segar tentang politik.   ULASAN AKU: Setelah membaca buku ini sedikit kebimbangan muncul dalam benak pemikiran aku betapa politik negara sekarang ini menuju kepada ketidakstabilan.Dengan konsep-konsep dan jenis-jenis ideologi politik yang dibahaskan memberi aku kejelasan tentang parti-parti politik yang ada di negara kita ini Kestabilan polit...

Generasi yang tertangguh

Imej
  SEORANG remaja lelaki berusia 14 tahun yang kini sepatutnya belajar di Tingkatan Dua telah menghabiskan masa sejak enam bulan yang lalu menjual buah. Pada sebelah pagi dia menguruskan kandang lembu milik keluarganya. Adakah dia tidak bersekolah? Ya, dia masih bersekolah tetapi sepertimana beribu lagi yang lain, dia adalah generasi yang tertangguh. Oleh kerana sekolah ditutup kerana wabak Covid-19 (hanya dibuka untuk seketika sahaja awal tahun ini) remaja ini mempunyai ‘kebebasan᾿ untuk melakukan apa yang dia rasa ‘baik᾿ bagi dirinya. Rakan sekelasnya berjumlah 32 orang. Namun yang betul-betul mengambil bahagian dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau PdPR hanyalah sekitar maksimum sembilan orang setiap hari. Pada kebiasaannya cuma sekadar enam orang sahaja. Ini adalah grup teras yang kaki belajar. Yang lain sekejap ada sekejap tidak ada.Remaja yang menjual buah dan mengembala lembu itu tidak pernah masuk kelas PdPR walau sekali pun. Bila ditanya kenapa dia tidak hadir kel...

PdPR sehingga cuti pertengahan penggal

Imej
https://www.youtube.com/watch?v=JGc3_iNsJ7E  

TAKLIMAT LIBAT URUS PENGARAH, JPN MELAKA BERSAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH, PENGETUA DAN EXCO MAJLIS GURU BESAR NEGERI MELAKA TAHUN 2021.

Imej
  Tarikh               : 5 Jun 2021 (SABTU) Masa                : 9.00 malam Pengerusi         : Dr. Mohd. Azam bin Ahmad, Pengarah JPN Melaka.   Ucapan aluan : Timbalan Pengarah, Tn. Hj. Karim Tumin 1.       Pemberian vaksin kepada guru mengajar tingkatan 4, 5 dan 6 akan diberi sebagai persediaan untuk memulakan operasi persekolahan selepas PKP 3.0 ini. 2.       Jumlah pelajar dan kakitangan Pendidikan yang dijangkiti virus Covid 19 agak membimbangkan. Semua PGB perlu mengingatkan guru dan murid agar mematuhi SOP.   Taklimat Pengarah JPN, Melaka, Dr. Mohd. Azam bin Ahmad. 1.       Pengarah Negeri ditegur oleh KPM kerana adanya aduan oleh AKP yang mengatakan mereka diarahkan hadir bertugas. Penegasan oleh Penga...