Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2022

JADI INSPIRASI KAWAL EMOSI

               KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ungkapan ini                     menggambarkan betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada anak-anaknya. Mereka           insan paling rapuh hatinya apabila mengetahui anak-anaknya menghidap penyakit kronik. Malah, mereka dengan setulus hati sanggup supaya penyakit dihadapi anak dipindahkan kepada mereka.           Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Hanina Halimatusaadiah Hamsan berkata, penerimaan ibu bapa ketika pertama kali mengetahui anaknya didiagnosis menghidap barah adalah berbeza mengikut tahap kesediaan mereka menerima berita tidak dijangka itu.Menurutnya, ia sesuatu berita yang amat mengejutkan bagi ibu bapa dan boleh memberi kesan kepada emosi mereka."Seterusnya, ibu bapa cuba menafikan dan pe...

KEKAL SIHAT HINGGA TUA

       Apabila usia meningkat, kebanyakan individu akan mula mengalami           gejala awal penyakit sendi atau saraf seperti kebas, sakit lutut, sakit           belakang dan sebagainya. Keadaan ini bukan perkara yang pelik kerana majoriti mereka yang berusia akan mengalami kesakitan seiring dengan peningkatan usia. Jurupulih Anggota Flex Physiotherapy, Wan Muhamad Zahid Wan Zullkefli berkata, terdapat beberapa tip untuk kekal sihat yang boleh diamalkan. Menurutnya, ini untuk mengurangkan masalah sakit sendi dan saraf pada usia tua nanti. "Pertama, amalkan pemakanan sihat dan berkhasiat. Ini langkah paling penting untuk mengekalkan kesihatan. "Makan mengikut panduan piramid makanan dan suku-suku separuh. Ini kerana ia merangkumi semua nutrien diperlukan tubuh dalam kadar yang betul. "Pengambilan terlalu banyak makanan tidak sihat yang tinggi kandungan garam, gula dan lemak akan menyebabkan masalah kesihatan...

KESAN KONFLIK RUSIA -UKRAINE TERHADAP EKONOMI

  Tidak mudah untuk saya memberi pandangan tentang emas, berikutan situasi tegang yang sedang berlaku di Ukraine. Sedikit perkongsian untuk kali ini.. Awal tahun ini, saya ada menulis tentang situasi emas yang bergantung kepada tiga elemen. Jika anda berpendapat bahawa Desakan yang berlaku rantaian bekalan global akan bertambah kurang, dan nilai tenaga akan kembali ke tahap pra-pandemik; Pembuat dasar akan dapat mengurangkan kadar inflasi ke tahap pra-pandemik; dan Risiko geopolitik (sama ada perdagangan di antara AS /China, Turki, Rusia/Ukraine, Taiwan dll) tidak akan menjadi lebih teruk, maka emas berkemungkinan akan menjunam pada tahun 2022. Sebaliknya, jika anda pesimis dan berfikiran positif terhadap 3 faktor ini, maka emas berkemungkinan akan menunjukkan nilai yang memberangsangkan. Kita sedang berdepan dengan risiko geopolitik yang semakin memuncak dan emas kembali berlegar di sekitar paras tertinggi berbanding dua tahun sebelum iaitu AS$1,908 untuk setiap auns. Hal ini dise...

MOTIVASI SEMANGAT BEKERJA

 MOTIVASI SEMANGAT BEKERJA Ada kalanya kita akan menjadi orang yang malas ketika ingin memulakan kerja.Ada pelbagai faktor seperti cuaca, masalah kesihatan,suasana di pejabat yang tidak kondusif, bunyak tugas, serta pelbagai masalah lain. Kita menjadi bosan dan merupakan hal yang sangat wajar terjadi pada seseorang Berikut ada beberapa contoh kata-kata motivasi untuk semangat bekerja. Ketika semangat bekerja mulai luntur, cuibalah untuk mengingati keluarga atau orang yang anda sayangi,bekerjalah secara sungguh-sungguh untuk kebahagiaan mereka. Ada dua cara mengatasi kesukaran. Anda mengubah kesukaran atau anda mengubah diri sendiri untuk mengatasinya. Perkara yang kita risaukan bermaksud perlukan doa kita.Tuhan dekat dengan doa kita. Prasangka adalah sumber kepada banyak masalah kekacauan. Ramai onang beminpi untuk berjaya, sementara yang lain juga berminpi dan mulai bertindak untuk menjadikan impian mereka satu kenyataan. Belajiartah daripada kesalahan orang lain Anda tidak hidup ...

KENAPA PERLU KAYA

10 ALASAN SEORANG MUSLIM HARUS KAYA Seorang Muslim selain kaya dengan ilmu juga perlu kaya harta. Sesuatu yang salah jika berfikir seorang Muslim harus hidup dengan sederhana dan cukup-cukup  makan. Juga salah jika berfikir bahawa kaya ilmu lebih baik berbanding kaya harta. Kaya ilmu dan harta harus seimbang. Berikut adalah sebab mengapa seorang Muslim harus kaya harta. 1. Dengan Kekayaan Seseorang Dihormati Melalui kekayaan, kita mempunyai nilai lebih di mata masyarakat.Kita boleh berdikari dan tidak meminta belas kasihan orang lain. Dengan kekayaan, kita boleh memberi.Ingat tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah, memberi lebih baik daripada menerima. 2, Peredaran Wang Adalah Petunjuk Kesolehan atau Kemusnahan Masyarakat Jika peredaran wang dikendalikan oleh Muslim yang baik maka masyarakat akan baik juga.Sebaliknya, jika peredaran dikuasai oleh orang jahat maka masyarakat akan menjadi teruk.Maka umat Islam perlu kaya dan menguasai peredaran wang dalam masyarakat. 3. B...

7 GAYA FIKIR JUTAWAN BERUSIA 22 TAHUN

  7 GAYA FIKIR JUTAWAN BERUSIA 22 TAHUN Hughes baru berumur 22 tahun. Tetapi,usia muda bukan penghalang beliau untuk mencapai tahap jutawan dalam industri yang kompetitif dan mencabar (industri hartanah komersial) di Amerika Syarikat.Kalau mahu menjadi kaya, perkara pertama yang perlu diubah adalah mentaliti.Saya akan kongsikan 7 gaya fikir(mindset)Hughes yang bantu capai kejayaan dalam hidup beliau. 1. UMUR SEKADAR NOMBOR Kita masih bernafas, kan? Alhamdulillah. Bermakna, Allah S.W.T masih berikan kita peluang untuk teruskan kehidupan.Tapi hakikatnya, ia tidak akan kekal selama- lamanya.Dan kita tak tahu bila.Selagi masih hidup dan sihat,teruskan tindakan dan fokus 100% kat impian yang kita nak capai. Tak patut jadikan umur sebagai batu penghalng Saat kita berikan alasan (tak kira berdasarkan apa faktor sebalipun), kejayaan akan susah nak dekat pada kita. Kalau kita percaya yang kita boleh buat daripada mula, peluang keiayaan akan jadi lebih cerah. Amalkan sikap postif, tak kina a...

Bagaimana menjadi penulis yang baik dan efektif?

Menjadi penulis yang efektif bukan sesuatu yang mudah, dan pada masa yang sama, juga bukan sesuatu yang sukar . Namun demikian, tiada jalan pintas atau"laluan tikus"untuk menjadi penulis efektif.Walau bagaimanapun, proses itu akan lancar jika 12 perkara utama seperti yang berikut dijadikan amalan dan budaya penulisan: 1. Tetapkan matlamat karya penulisan: Sebelum memulakan penulisan, penulis,tidak kira yang baharu atau yang mempunyai pengalaman luas, perlu menetapkan objekrif dengan Jelas. Kita menulis untuk siapa? Apakah yang hendak disampaikan dan mengapakah hendak menulis?Sama ada sesuatu karya itu dihasilkan dengan tujuan untuk memujuk ataupun hanya ingin menyampaikan maklumat.Mempunyai tujuan yang jelas bermakna akan membantu penulis kekal dengan topik penulisan dan memudahkan penerimaan dan pemahaman di pihak kumpulan sasaran   2. Tentukan kumpulan sasaran: Siapakah pembaca tulisan dan apakah latar belakang mereka? Kumpulan sasaran ada hubung kait dengan objek...

7 PANDUAN MENJADI PENULIS YANG BAIK

 "Kalau kamu bukan anak raja dan kamu bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis." - Mutiara kata Imam al-Ghazali. M AKNA daripada sebalik mutiara kata Imam al-Ghazali inilah yang menjadi mangkin semangat, mengapakah perlu menjadi penulis? Inspirasi daripada mutiara kata ini akan menjadikan seseorang penulis itu seperti "anak raja" yang membuatkan seseorang itu bakal menjadi seorang yang "berkuasa" dan "penting". Menjadi "anak ulama besar" pula, "pewaris ilmu" dan anda bakal "terkenal" kerana anda akan ada pengikut. Maka, jika anda bukan daripada dua golongan tersebut, jadilah "penulis" kerana dengan menjadi penulis anda "berkuasa" menawan minda dan hati pembaca melalui karya anda. Anda akan menjadi "penting" dan "terkenal", kerana penulis yang baik semestinya penulis yang berilmu, yang berjaya memandaikan pembaca melalui karyanya. Oleh sebab itu, tulislah dengan ilmu dan mem...